Mulakan bisnes online sekarang tidak memerlukan modal yang besar seperti kebanyakan bisnes cara lama dulu yang kena ada kedai dan sebagainya.

Dengan modal permulaan yang sangat minima atau boleh juga mulakan tanpa sebarang modal, ramai orang boleh miliki sebuah bisnes walaupun secara atas talian.

Perniagaan online juga sangat mudah untuk diuruskan hinggakan anda bebas memilih waktu dan lokasi bekerja anda.

Ini menjadikan platform perniagaan online ini menjadi pilihan ramai orang untuk mula berniaga.

Dengan sambutan baik rakyat Malaysia terhadap belian secara online,

tak mustahil la kan jika hari ini ramai orang bergelar sebagai jutawan hanya dengan bisnes online saja.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan tips yang akan bantu anda untuk mulakan bisnes online sekarang.

 

Berikut adalah 3 tips untuk mulakan bisnes online anda.

 

FIKIRKAN APA YANG AKAN ANDA JUAL?

Tips bisnes online

Tips bisnes online ni adalah langkah awal yang sangat penting bagi membuat bisnes online  anda berjaya  pada masa mendatang.

Kerana dalam fasa ini anda akan menentukan untuk memilih kategori produk yang  sentiasa ada permintaan, produk trending dan sebagainya.

Setiap produk yang dipilih ada pro and cons nya.

Sebagai contoh jika memilih produk trending, jualannya laku keras pada masa tertentu saja.

Tapi jualan pada masa itu bagaikan ribut.

Ramai orang mencari produk tersebut.

Contoh produk trending seperti fidget spinner, vape dan banyak lagi.

Bagi produk yang sentiasa ada permintaan pula, jualannya mungkin tak sekencang seperti produk trending.

Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut.

Sebagai contohnya seperti produk kecantikan diri, produk kesihatan dan sebagainya.

Faham sesuatu?

Jadi anda perlu melakukan sedikit kajian untuk memilih jenis produk dan kaji juga tentang kebaikan, kelebihan dan manfaat produk yang ingin anda jual.

Hasil kajian itu akan membantu anda mengenal pasti sasaran bakal pelanggan anda.

Kerana anda tidak boleh memilih produk secara rawak dan berharap orang akan membeli produk tersebut tanpa ada kepentingan buat mereka.

 

APAKAH PASARAN UNTUK PRODUK ANDA?

Tips bisnes online

Kali ini mungkin anda mempunyai idea produk yang menarik.

Tapi adakah anda tahu siapa yang akan membayar untuk produk tersebut?

Sebelum menjual, anda perlu kenal siapa sasaran pelanggan untuk menjual produk  itu.

Di sini penting untuk anda membuat customer avatar supaya anda dapat tahu apa keinginan, keperluan dan sebagainya yang diperlukan bakal pelanggan.

Sebagai contoh:

Anda ingin menjual produk kecantikan dan kepada siapakah anda akan menjual?

Semestinya anda akan menjual kepada wanita.

Lebih-lebih lagi kepada wanita yang berkerjaya kerana mereka perlu jaga keterampilan diri supaya lebih yakin ketika bekerja.

Itulah antara contoh persoalan yang anda patut tanya diri anda sebelum mula menjual sesuatu produk itu.

Lebih baik jika anda tahu seberapa besar pasaran untuk produk anda, siapa sasaran untuk membeli produk anda dan banyak lagi.

 

DIMANAKAH PELANGGAN ANDA BERADA?

Tips bisnes online

Tips bisnes online kali ni akan kongsikan cara untuk promosikan bisnes online mengikut jenis produk dan pelanggan anda.

Terdapat pelbagai platform media sosial untuk anda promosikan bisnes online anda seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Ada yang percuma dan berbayar.

Tetapi,

Anda perlu kenal pasti setiap pengguna laman-laman sosial tersebut untuk memudahkan anda menjual produk atau perkhidmatan anda.

Ibarat seperti anda ingin menjual ikan, adakah anda akan menjual di stadium ketika perlawanan bola sedang berlangsung?

atau anda akan menjual di pasar tani?

Anda lebih tahu jawapannya.

Jika anda menyasarkan golongan remaja sebagai pelanggan anda .

Adakah golongan remaja lebih ramai menggunakan Forum?

Atau mereka lebih mudah dijumpai di laman Instagram?

Itulah jawapan untuk mengetahui di mana pelanggan anda berada.

Dapat sesuatu?

Itulah serba sedikit tips yang boleh dipraktikkan dalam perniagaan online anda.

 

Anda nak memulakan perniagaan online di Facebook?

Tidak mempunyai modal dan  tidak tahu untuk bermula?

Anda boleh dapatkan  Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal .

Anda akan belajar tentang cara saya mulakan bisnes online dari awal hingga akhir tanpa gunakan sebarang modal.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni.

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk mula.

Untuk maklumat lanjut atau ingin dapatkan Ebook tersebut anda boleh ke  http://alfarabishariff.com/case-study-rm1085-farabi/            

Selamat Berniaga!