Sebut saja bab pemasaran atau marketing ni, ramai peniaga yang mula fikir tentang modal yang besar perlu dilaburkan untuk itu.

Tahukah anda, Dato’ Aliff Syukri menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk marketing perniagaan beliau sahaja?

Bila dilihat pada peleburan modal tersebut memang bukan kecil nilainya. Tetapi lihat pada pulangannya pada syarikat.

Jika aktiviti marketing dijalankan dengan betul, sistematik dan konsisten. Tidak mustahil untuk anda naikkan jumlah jualan produk atau servis yang anda tawarkan.

 

Ada apa dengan Marketing ni?

Marketing ialah antara perantara untuk perkenalkan bisnes anda dengan prospek yang tepat dan  berminat diluar sana. Tanpanya, produk anda yang terbaik di dunia pun akan jadi sia-sia saja.

Bahkan syarikat terkemuka seperti Apple, Coca-Cola dan sebagainya masih peruntukkan modal besar untuk aktviti marketing mereka.

Apa lagi kita yang baru berkecimpung dalam dunia perniaaan ni kan?

 

Berikut 4 Sebab Mengapa Marketing Penting Untuk Perniagaan Anda:

 

1# Buat Prospek Kenal Produk/Servis Ditawarkan

Kepentingan Marketing

Sekiranya anda mahukan bisnes yang terus berkembang dan boleh compete dengan pesaing lain. Produk atau servis anda tawarkan mestilah perlu dikenali oleh orang ramai.

Bisnes tanpa marketing boleh buatkan orang takut untuk gunakan produk anda kerana tiada info mengenai jenama tersebut.

Kerana tidak semua manusia membeli setelah pertama kali mereka melihat produk tersebut. Ada yang akan membeli selepas melihat iklan produk pada kali ke-empat tau. So, tu kepentingan marketing yang pertama tau.

Jadi aktiviti marketing ini mestilah dijalankan dengan konsisten dan  ditujukan pada sasaran yang tepat.

 

2# Kepentingan Marketing Untuk Meningkatkan Jualan Syarikat

Kepentingan Marketing

Objektif jalankan iklan selain menaikan brand awareness, mestilah untuk meningkatkan jualan syarikat kan?

Kerana tujuan marketing ialah proses anda memanggil orang ramai untuk datang kepada produk atau servis yang anda tawarkan.

Sebagai contoh marketing yang biasa digunakan untuk bisnes online ialah Facebook Ads, Google Adword, Email dan lain-lain.

Berbeza pula dengan marketing secara offline iaitu dengan gunakan billboard, banner, surat khabar dan banyak lagi.

Apa yang pasti semua tujuan iklan ni untuk jana jualan kepada bisnes.

Selain itu, bahagian sales juga perlu memantapkan skil penjualan yang bukan sahaja bolehkan orang ramai kenal produk anda malah menjadi pelanggan anda.

Aktiviti marketing yang berkesan pastinya akan membantu peningkatan angka jualan bisnes anda.

Pastikan anda menyusun cara marketing yang efektif terlebih dahulu sebelum menyasarkan untuk meningkatkan branding produk atau servis anda.

 

3# Mengukuhkan Branding

Kepentingan Marketing

Dengan pemasaran bisnes anda ni, secara tak lansung anda juga telah membantu kepada branding produk atau servis anda.

Yelah orang pergi kemana saja nampak iklan anda, nampak produk dan jenama anda. Mesti sebconsious mind mereka akan mula merekod tentang apa yang dilihat itu.

Syarikat makanan segera seperti McDonalds yang jika dilihat sudah berjaya dengan restoran mereka. Patutnya tak perlu lah nak spend cost untuk marketing lagi kan.

Tetapi mereka masih gigih jalankan marketing untuk terus maju dalam bisnes mereka. Pelbagai jenis strategi iklan yang mereka guna pakai kan.

Kerana kepentingan marketing bantu mereka untuk terus kukuhkan jenama mereka dan terus bersaing dengan peniaga makanan segera yang lain.

 

4# Persaingan Sihat

Kepentingan Marketing

Dalam berniaga mesti akan rasai persaingan dalam setiap idustri. Tapi mengapa ianya dikatakan cara yang sihat?

Itulah sebab kepentingan marketing yang berkesan akan meningkatkan potensi pembeli produk tersebut sekaligus meningkatkan juga penjualan produk dalam niche tersebut.

Anda dan peniaga lain akan lebih terbuka dalam membawakan USP (Unique Selling Point) yang berbeza untuk menarik minat prospek. Sebagai contoh beza harga, kualiti servis, freegift, material dan banyak lagi.

Dengan persaingan inilah anda memberi pilihan kepada prospek untu mendapatkan pelbagai pilihan yang lain dan sesuai dengan kehendak prospek.

 

Selamat Berniaga!

 

Tapi sebelum tu,

anda nak jana Untung Bersih 3-4 Angka Tambahan Sebulan tanpa modal 1 sen pun dengan Google?

Walaupun anda newbie dan masih zero? Jangan risau, anda akan belajar semua skill step by step okeh.

Nak tahu lanjut? Klik je link kat bawah ni tau.

>> Saya Nak Tahu <<

 

WordPress Security