1. Bina Kepercayaan Prospek Kepada Jenama

Transaksi jual beli takkan berlaku jika prospek tak percaya kepada penjual. Dan salah satu cara untuk bisnes kecil meraih kepercayaan dari prospek adalah melalui branding. Apabila sesebuah jenama mempersembahkan brand mereka dalam cara yang professional, kepercayaan prospek terhadap sesebuah jenama makin meningkat. Ini sedikit sebanyak akan meruntuhkan dinding yang menghalang prospek dari membeli produk/servis anda.

 

2. Mewakili Bisnes Anda

Branding bukan setakat mempunyai logo yang cantik dan menarik untuk bisnes anda. Ianya jauh lebih penting dari itu. Strategi branding yang bagus akan memperkenalkan bisnes anda kepada prospek dengan lebih mendalam. Bila warm prospect lihat saja brand anda, mereka dah ada bayangan tentang bisnes anda.

 

3. Membantu Aktiviti Marketing

Strategi branding yang bagus akan menyokong aktivit-aktiviti marketing yang anda jalankan untuk menukar lebih banyak prospek kepada pembeli. Mungkin sudah cukup ramai prospek yang mengenali brand dan bisnes anda namun mereka masih membeli. Dan antara sebab yang boleh menyebabkan keadaaan ini ialah mereka masih belum mempercayai brand anda. Oleh itu, branding mampu meningkatkan lagi conversion rate dari prospek ke pembeli.

 

4. Memotivasikan Pekerja

Bayangkan anda memperkenalkan diri anda sebagai pekerja di salah sebuah syarikat dengan brand yang sangat gah. Pasti anda sebagai pekerja akan berasa bangga kan? Begitu juga pekerja anda. Jika mereka berada di bawah satu jenama yang dikenali ramai, secara tak langsung motivasi dan produktiviti mereka juga akan meningkat. Ini secara tak langsung akan memberi kesan positif kepada perkembangan syarikat.

 

5. Menjana Prospek Baru

Boleh ke anda bercerita tentang baju kegemaran anda yang baru anda beli kepada kawan anda jika anda tak ingat pon jenama nya? Produk yang berkualiti dan dapat memenuhi cita rasa pelanggan secara tak langsung akan menjadikan pelanggan anda ejen anda secara tak langsung. Mereka pasti tak kisah langsung untuk bercerita tentang produk anda kepada orang lain dan di sinilah, jenama anda memainkan peranan penting dalam menanam bisnes anda dalam kepala prospek yang baru.