Mulakan bisnes online anda pada tahun 2018 ini kerana ia seiring dengan perkembangan dunia digital yang telah mewujudkan satu suasana perniagaan yang sangat membangun.

selain itu, banyak usahawan muda telah berjaya dengan hanya menggunakan platform online ini.

Perniagaan online sangat mudah untuk diuruskan kerana setiap urusan hanya atas talian dan tidak memerlukan untuk berada pada sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.

Ini menyebabkan ramai pelajar dan suri rumah menceburkan diri dalam bisnes online.

 

Berikut adalah antara 5 sebab untuk anda mulakan bisnes online pada tahun 2018 ni.

 

  • Tidak perlukan modal yang besar
  • Tidak perlu pendidikan yang tinggi
  • Boleh dilakukan di mana saja
  • Risiko yang rendah
  • Bebas masa

 

 

1. Tidak Perlukan Modal Yang Besar

 bisnes online 2018

Untuk mulakan bisnes online anda tidak memerlukan kedai yang menelan kos awal yang tinggi.

Perniagaan online ini tidak memerlukan modal yang besar dan jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline.

Anda turut boleh mulakan bisnes online ini tanpa sebarang modal.

Dengan memilih jenis bisnes online yang memerlukan anda untuk menjadi orang tengah dan mempromosikan produk orang lain sahaja seperti bisnes Dropship dan Affiliate.

Kenapa bisnes online tak pakai modal besar ye?

Perkara asas yang diperlukan cukup sekadar capaian internet.

Pada tahap permulaan ini anda boleh memilih untuk gunakan medium percuma seperti blog dan laman sosial.

Antara Laman  sosial yang boleh digunakan adalah:

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Whatsapp
  • Dan pelbagai lagi…

 

2. Tidak Perlu Pendidikan Yang Tinggi

bisnes online 2018

Untuk menjadi seorang peniaga online pada 2018 ni, sijil dan sebagainya tidak mampu untuk menjamin kejayaan bisnes anda.

Kerana disini ilmu perniagaan sangat diperlukan.

Banyak kursus pemasaran online atau bahan bacaan yang boleh didapati pada masa kini sama ada secara berbayar mahupun secara percuma.

Dengan ilmu perniagaan online ini, anda akan lebih memahami selok-belok dunia perniagaan online dengan  mendalam lagi dan lebih mudah untuk mulakan bisnes online anda.

Selain itu, ilmu tersebut juga membantu untuk anda menjana keuntungan dengan bisnes online.

 

3. Boleh Dilakukan Dimana Saja

bisnes online 2018

Berniaga secara online, anda tidak perlukan tempat yang terhad untuk jalankan bisnes online anda.

Sebaliknya anda bebas untuk menguruskan bisnes online anda diamana saja.

Asalkan anda ada  keprluan yang diperlukan seperti handphone, laptop dan akses internet.

Itulah yang menyebabkan ramai orang boleh menjadikan bisnes online sebagai sebagai perniagaan dari rumah dan uruskan bisnes tersebut mengikut kesesuaian mereka.

Sambil-sambil tu boleh la jana duit sikit dari habiskan masa dirumah begitu saja kan.

 

4. Risiko Yang Rendah

bisnes online 2018

Kelebihan bisnes online ialah anda tidak perlu menampung kos sewa kedai fizikal dan kos overhead

yang sering merisaukan peniaga sekiranya keuntungan tidak mampu menampung kos tersebut.

Dengan memilih platform ini anda tidak perlu menyewa kedai lagi!

Mula dengan bisnes online tak semestinya kena ada produk sendiri dan lain-lain,

anda ada banyak alternatif pilihan yang ditawarkan dalam dunia perniagaan online ini seperti bisnes dropship dan affiliate.

jadi anda tidak perlu laburkan modal besar untuk miliki produk, uruskan produk dan sebagainya.

Jika produk tersebut tidak terjual, tiadalah istilah ‘rugi’ yang telah menakutkan ramai orang untuk mula berniaga.

Untuk anda yang miliki modal lebih dan mempunyai produk sendiri serta inginkan pemasaran yang lebih baik.

Boleh memilih untuk iklankan produk anda gunakan cara berbayar seperti pengiklanan di

Facebook Ads, Google Adword dan pelbagai medium lain lagi yang dapat membantu menarik pelanggan dengan lebih pantas.

Atau anda boleh gunakan platform percuma seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Ini bergantung pada ilmu pemasaran online,  modal dan kemampuan individu yang berbeza.

 

5. Bebas Masa

bisnes online 2018

Berbeza dengan perniagaan kedai  fizikal, perniagaan atas talian ini memberi anda masa yang lebih fleksibel.

Mempunyai kedai fizikal memerlukan anda membuka dan menutup kedai pada masa yang ditetapkan.

Sekiranya andalah yang menjaga kedai tersebut maka anda akan terikat dengan waktu perniagaan anda.

Perniagaan online memberi anda masa yang fleksibel dan bebas melakukan pelbagai kerja lain lagi.

Sebab itulah ramai suri rumah memilih untuk berniaga online untuk jana pendapatan sampingan mereka.

Sambil uruskan kerja rumah dan anak, sambil itu boleh menjana duit juga.

 

Ingin memulakan bisnes online di Facebook?

Tidak mempunyai modal dan  tidak tahu untuk bermula?

Anda boleh dapatkan  Ebook Case Study Bisnes Tanpa Modal.

Anda akan belajar tentang cara memulakan bisnes online dari awal hingga akhir tanpa modal.

Dalam Ebook ini juga bakal mendedahkan anda bagaimana saya menjana RM1085 sesingkat 8 hari saja.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni.

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk mula.

Untuk maklumat lanjut atau ingin dapatkan Ebook tersebut anda boleh ke  http://alfarabishariff.com/case-study-rm1085-farabi/            

Selamat Berniaga!