Pernah terdengar, terlihat atau apa-apa lah tentang Projek 12 Purnama sebelum ni? Artikel ini akan kongsikan 5 dari 18 teknik yang anda akan belajar dalam Projek 12 Purnama.

Memandangkan terdapat pelbagai cabaran dalam dunia bisnes masa kini, maka terlahirlah Projek 12 Purnama ini untuk bantu kembangkan bisnes anda. Takdalah langgar dinding saja kan.

Dalam artikel ini saya akan kongsikan 5 teknik yang boleh bantu anda capai Rm5K pertama dengan bisnes online saja.

Dah sedia nak tahu? Jom!

 

5 teknik bantu anda buat RM5K pertama pada tahun ini.

 

1# Copywriting Storytelling – Tuan Izan Shafie (Guru Niaga Akademi)

projek 12 purnama

Dalam bisnes online, copywriting sangat penting kerana ianya merupakan perantara atau mesej yang disampaikan oleh anda kepada bakal pelanggan.

Semakin hebat anda bermain kata-kata untuk produk atau servis yang anda tawarkan, semakin tinggi juga potensi untuk anda dapatkan sales dari satu-satu copywriting itu.

People like to buy but they hate to be sold.

Nak tahu bagaimana untuk buat orang jatuh hati dengan bait-bait kata anda? Tuan Izan Shafie ada solusinya di dalam Projek 12 Purnama.

 

2# Teknik FB ads – Hirman Razali (Ultra Noah)

projek 12 purnama

Dengan jumlah pengguna seramai 2 billion di serata dunia, menjadikan Facebook sebagai medium ramai peniaga online untuk menjalankan iklan.

Dengan fungsi yang pelbagai, ini memudahkan anda untuk buat iklan dengan FB ads. Selain setiap FB Ads campaign ada objektif yang tersendiri, ia juga akan bantu anda capai tujuan pengiklanan dengan lebih mudah dan tepat.

Bila anda menyasarkan iklan pada kelompok manusia yang tepat, apa yang akan terjadi selepas itu?

Anda dapat bayangkan? Boleh riuh rendah bunyi telefon anda jadinya.

Dalam Projek 12 Purnama, anda akan belajar selok belok FB ads dengan Tuan Hirman Razali yang bukan calang-calang orang dalam dunia FB ads ni.

Ilmu mahal yang dicurahkan sangat membantu anda dalam pengiklanan dengan Facebook ads.

 

3# Teknik Google – Azrain Alaman (Google Partner)

projek 12 purnama

Berbeza dengan FB ads, Google adword menyasarkan pengiklanan kepada kelompok yang benar-benar ingin mencari produk atau servis yang anda iklankan.

Sebagai contoh, jika anda mencari sesuatu adakah anda akan mencari di Facebook atau Google?

Semestinya Google kan.

Jadi dengan Google Adword anda akan menyasar kepada hungry buyer iaitu orang yang benar-benar akan keluarkan duit mereka untuk dapatkan produk atau servis anda.

Bagaimana caranya?

Semuanya akan diajarkan oleh Tuan Azrain Alaman yang juga merupakan salah seorang Google Partner. Google Partner tau, jadi beliau akan merungkai setiap persoalan untuk menjadikan iklan google adword anda sesuatu yang berbaloi.

 

4# Aura Insta – Coach Ada Adwa

projek 12 purnama

Kenapa Coach Ada Adwa beria nak kongsikan ilmu Instagram dalam Projek 12 Purnama ni? Bukan Google dan Facebook paling ramai pengguna ke?

Kerana Instagram tempat paling sesuai anda mencari orang muda sebenarnya. Kerana Instagram menyasarkan pengguna dari golongan orang muda dan jurang umur mereka ini antara 18-24 tahun.

Jika produk anda sesuai untuk golongan usia itu, Instagram adalah platform yang akan bantu tingkatkan jualan anda.

Berapa ramai anak muda yang hanya menggunakan medium Instagram ini sudah berjaya hasilkan income sehingga 5 angka? Nampak tak penangan Instagram ni?

Belum cuba belum tahu.

 

5# Teknik Closing online – En Khairul (Closing Consultant)

projek 12 purnama

Kalau marketing punyalah power tapi part nak closing sale setiap lead yang masuk hampeh pun tak guna juga kan?

Oleh itu, Projek 12 Purnama turut menekankan ilmu Teknik Closing Online ni kepada anda.

Memandangkan pelbagai platform social media sehingga ke google pun sudah anda terokai. Jadi penting untuk memastikan lead dari setiap platform itu berjaya menjadi pelanggan anda.

Dalam topik ini akan diajarkan cara untuk anda berkomunikasi dan memastikan pelanggan faham setiap bait mesej tu dan berjaya pujuk pelanggan tanpa merayu. Macam Close Sale cara pro lah.

 

Jika digunakan setiap ilmu diatas, tidak mustahil untuk anda menjana RM 5,000 pertama anda walaupun anda belum pernah mulakan bisnes sebelum ini.

Projek 12 Purnama ini sangat sesuai untuk anda yang baru mulakan bisnes, sudah miliki bisnes ataupun anda yang belum miliki sebarang bisnes.

Selain dari ilmu diatas, Projek 12 Purnama juga membawakan lebih 18 ilmu bisnes lain dalam usaha membantu anda untuk bina bisnes anda supaya boleh sustain dan pergi lebih jauh.

Dengan 1440++ video yang penuh dengan ilmu bisnes dan akan ditambah dari masa ke masa. Projek 12 Purnama juga mambawakan guru yang pakar dalam bidang masing-masing.

Berminat untuk dapatkan? klik link dibawah.

Untuk belian dan maklumat lanjut tentang Projek 12 Purnama, klik link ini sekarang.

Selamat Berniaga!

WordPress Security