Kempen branding yang berjaya akan tarik lebih ramai orang untuk faham bisnes anda. Itulah antara tips bina branding pada awalnya.

Bila mereka dah faham bisnes anda, baru lah mereka akan consider produk atau servis yang ada.

Dan nak tahu sesuatu kempen cara nak branding tu berjaya ke tidak, prospek ni tadi akhirnya akan membeli dengan anda.

Kalau bisnes anda pon orang tak faham, macam mana mereka nak membeli dari anda kan?

Tapi, nak jalankan satu kempen branding yang berjaya bukan satu kerja yang mudah, betul?

Anda perlu jelas dengan objektif yang anda nak capai. Dan yang paling penting, anda kena ada action plan yang jelas untuk capai objektif tadi.

Gagal merancang bermakna merancang kegagalan kan?

 

Kenapa kena buat branding semua ni?

Supaya anda dapat pulangan positif dari SETIAP SEN yang dilaburkan.

Barulah berbaloi kan? Nak tahu macam mana nak branding produk di Facebook (FB) atau Instagram (IG)?

Teruskan membaca okeh.

 

So harini saya nak share 5 formula yang anda boleh guna SEKARANG JUGAK untuk strategi branding bisnes di FB dan IG.

 

1. Smartphone & Video

Tips branding yang pertama ialah gunakan smartphone dan video.

Kalau anda baru nak start kempen branding di FB dan IG, apa kata fokus pada 2 benda ni dulu.
Smartphone dan Video.

Perasan tak lately, video sharing dah jadi sangat trending untuk orang share info and any latest update.

Kalau anda perasan, post-post yang viral dan trending kebanyakannya dalam bentuk video. Kerana itulah cara nak branding dengan pantas.

Dan cuba teka macam mana posting ni semua boleh jadi viral?

Yup, melalui SMARTPHONE.
Semudah satu klik je anda dah boleh share satu-satu video ke beratus or even beribu orang yang lain.

 

2. People-based Content

tips bina branding

Anda kena ingat, FB dan IG ni tempat orang BERSOSIAL.

Orang surf FB dan IG sebab nak tahu apa update terbaru pasal family dan kawan diorang.

Nak tahu kawan-kawan diorang makan kat mana, bercuti kat mana, tengah stress dengan kerja ke, nak membawang kat komen ke, macam-macam lagi la.

Sebab tu, video yang anda hasilkan atau apa-apa jenis posting pon, pastikan ianya people-based.

So that audiens anda lagi tertarik untuk engage dengan posting anda.

 

3. Timing Posting

tips bina branding

Selain dari 2 tips bina branding di atas, penting juga untuk anda lihat waktu audiens anda paling aktif.

Lain audiens, lain timing nya.

Kenal pasti bila waktu audiens anda paling aktif dan fokuskan untuk buat posting pada waktu tersebut.

Untuk tahu bila audiens anda paling aktif, anda boleh check pada page insights.

Data ni FB berikan pada anda bukan saje-saje tau dan itulah tips bina engagement di facebook dengan lebih baik.

So gunakan data-data yang FB beri tu sebaik mungkin.

 

4. Be Different & Informative

tips bina branding

Pengguna media sosial ni dah confirm la follow ramai orang kan.

Contoh status personal branding ialah anda perlu berbeza dengan pesaing yang lain untuk menarik perhatian mereka.

Kalau posting anda sama je macam orang lain, agak-agak diorang senang ke nak perasan?

Tapi jangan sibuk sangat nak “Be Different” sampai abaikan kualiti konten anda.

Audiens follow sebab ada something yang diorang nak dari anda. So, pastikan anda live up to their expectation.

Kalau konten asyik mengarut je dengan alasan untuk be different, lama-lama nanti confirm audiens akan boring dengan anda.

 

5. Tips Bina Branding Yang Terakhir Ialah Konsisten

Yang ni paling susah nak buat sebenarnya. Untuk start sesuatu projek tu biasanya lagi senang dari nak konsisten jayakan projek tu.

Biasa lah usahawan kan, macam-macam nak buat, nak fikir.

Sebab tu susah nak konsisten buat branding untuk bisnes.

Salah satu sebabnya ialah anda tak nampak hasilnya dalam masa terdekat.

Tapi percayalah, kalau anda konsisten buat branding dengan strategi yang betul, lama-lama nanti confirm nampak hasil

 

Itulah 5 tips bina branding di FB dan IG yang dapat saya kongsikan dengan anda.

Kalau anda rasa 5 tips bina branding ni membantu, jom kongsikan dengan kawan yang lain okeh.

Moga membantu dan selamat berniaga.

 

WordPress Security