Sebelum itu adakah anda tahu apa itu Bisnes Funnel? Bisnes funnel dalam bahasa melayunya dikenali sebagai corong bisnes.

Kenapa corong bisnes? Kenapa bukan kolam bisnes ke, pancing bisnes ke, paip bisnes dan sebagainya?

Dinamakan corong atas sebab rupanya yang menyerupai corong dimana ia besar di permukaan dan semakin mengecil di pengakhirannya. Rujuk gambar dibawah.

bisnes funnel

Rupa asas kepada Bisnes Funnel

Kenapa corong itu dicantumkan seperti gambar diatas?

Kerana Bisnes Funnel juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Marketing funnel
  • Sales funnel

Secara asanya bisnes funnel merupakan satu proses yang melorongkan pergerakan seseorang daripada satu tempat ke tempat lain mengikut ketetapan yang anda tentukan(page di dalam website anda).

Dari situ anda akan menapis dari trafik(audience) yang ramai sehingga anda perolehi hanya yang benar-benar berkualiti sahaja di akhirnya.

Jadi teruskan baca sampai habis okay supaya anda tak terlepas dengan ilmu funnel ni.

 

Kenapa Funnel?

Kenapa funnel ni diwujudkan dalam dunia bisnes?

Dengan bisnes funnel inilah anda akan menemui kualiti lead yang sedia untuk mengeluarkan duit mereka untuk dapatkan produk atau servis yang anda tawarkan kelak.

Kerana bisnes funnel ini membantu anda untuk menapis dari trafik(audience) yang ramai dan semakin berkurang mengikut flow funnel tersebut.

Yang kurang itulah lead yang benar-benar berkualiti untuk bisnes anda.

 

Bagaimana Bisnes Funnel Membantu?

Dengan menggunakan funnel yang sesuai dengan bisnes anda, tak mustahil untuk anda tingkatkan sales dengan lebih mudah pada masa akan datang.

Sebenarnya banyak syarikat besar telah mengamalkan bisnes funnel ni sejak sekian lama lagi. Sebab itu mereka boleh berkembang dan terus berkembang.

Disebabkan mereka telah menyusun bisnes funnel yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Sebagai contoh:

Lazada.my

bisnes funnelPernah anda membeli di Lazada? Jika anda membeli produk dari Lazada, pihak Lazada akan cuba untuk upsell kepada anda untuk beli barang yang berkaitan dengan barang yang dibeli supaya mereka boleh membuat sales lebih banyak dengan anda.

bisnes funnel

Contoh bahagian upsell yang terdapat di lazada. Bahagian ini akan keluar dibawah segment barang yang anda inginkan.

Jika anda sudah add to cart sesuatu produk dan tak jadi buat belian dengan produk tersebut. Perasaan tak lazada akan menghantar email sekiranya kita masih berminat dengan produk tersebut?

Selepas itu, kita akan kerap nampak produk tersebut di facebook, youtube dan sebagainya. Ini kerana Lazada telah menanam cookie kepada IP address kita.

Nampak funnel yang mereka guna pakai sehingga pelanggan akan buat belian?

Bisnes funnel inilah yang akan membuatkan pelanggan berpotensi anda tidak terlepas dari pandagan anda dan terus menerus menyapa mereka dengan pelbagai cara yang anda tentukan supaya mereka membeli diakhirnya.

Kerana tidak semua orang membuat belian pada saat pertama melihat barang tersebut, mungkin kali ke-4 baru mereka membeli.

 

Dapat sesuatu? Mari kita teruskan ke bahagian seterusnya.

 

2 Komponen Utama Bisnes Funnel

Seperti yang diterangkan di atas, bisnes funnel ini terdiri kepada dua bahagian iaitu marketing funnel dan sales funnel.

Setiap satunya ada fungsi dan fasa tersendiri. Jika anda memahami kedua-dua funnel ini, tak mustahil untuk bisnes anda boleh dihujani sales untuk jangka masa yang panjang tau.

 

Marketing Funnel

bisnes funnel

Apa yang anda faham daripada gambar di atas? Itu adalah marketing funnel atau corong pemasaran. Terdiri dari tiga fasa yang mempunyai fungsi yang berbeza iaitu

  • Acquisition (K)
  • Activation (L)
  • Monitization (T)

Fungsinya adalah untuk menarik trafik yang audience kemudian di tapis mengikut fasa diatas sehingga anda menemui audience yang benar-benar sesuai dengan produk atau servis anda.

Fasa Acquisition (K)

Ini adalah peringkat di mana kita nak tarik pelanggan yang berpotensi untuk beli produk atau servis kita. Peringkat ni kita nak bagi tau orang siapa kita dan apa kita buat. Bila mereka dah familiar dengan brand yang kita bawa, sekaligus kita dah berjaya bina hubungan dengan prospek kita.

Fasa Activation (L)

Fasa ini ialah dimana pelanggan sudah mula suka kepada kita atau apa yang kita bawa seperti nama bisnes, brand dan sebagainya. Dan selepas dari fasa ini adalah untuk kita bina trust dikalangan audience tu supaya mereka lebih yakin untuk laburkan duit untuk produk atau servis anda.

Fasa Monitization (T)

Disini dimana fasa audience sudah percaya dengan produk atau servis anda. Jadi lebih mudah untuk anda close mereka.

Sekarang kita masuk pula pada bahagian sales funnel. Jom!

 

Sales Funnel

bisnes funnelPada bahagian sales funnel juga terdiri daripada tiga fasa iaitu

  • Buyer (B)
  • Repeat Buyer (RB)
  • Referral (RF)

Semestinya pada sales funnel ini ia berkaitan untuk mengembangkan sales bisnes kita.

Fasa buyer (B)

Di bahagian ini, pelanggan anda sudah membeli produk atau servis anda sekali. Jadi bagaimanakah nak buat mereka beli untuk kali kedua dan seterusnya? Lihat fasa selepas ini.

 

Fasa repeat buyer (RB)

Fasa repeat buyer dimana pelanggan anda sudah mula serasi dan yakin dengan produk atau servis anda. Jadi mereka tidak teragak untuk membeli lagi. Disini penting untuk anda bina kepercayaan bisnes anda dengan pelanggan ini kerena anda akan membawa mereka ke fasa seterusnya dan bantu kembangkan sales anda.

 

Fasa referral (R)

Fasa referral adalah dimana pelanggan dari fasa repeat buyer mula mendapat perubahan, kebaikan dari apa yang anda tawarkan. Pada fasa ini mereka sedia untuk kongsikan tentang produk atau servis anda kepada kenalan atau orang lain pula. Kini, anda lebih mudah jika anda ingin membuat system ejen atau dropship untuk produk anda dan mereka juga lebih mudah untuk menjual kerena mereka sendiri merupakan pengguna produk atau servis tersebut.

Dapat sesuatu?

 

2 Case Study Bisnes Funnel

Dibawah adalah dua contoh funnel yang digunakan oleh dua syarikat gergasi iaitu Amazon dan Mc Donald.

 

1# Amazon

bisnes funnelCuba anda fikir tentang Amazon.com sebagai corong membeli. Ada beberapa langkah yang anda perlu lalui sebelum anda membuat pembelian. Antara langkah yang anda perlu lalui adalah:

  1. Anda perlu melawat ke page Amazon.com
  2. Kemudian lihat produk (web katalog buku)
  3. Anda perlu add to cart (borang belian)
  4. Dan akhirnya anda akan melalui proses bayaran.

Inilah yang saya maksudkan corong jualan.

 

2# Mc Donald

bisnes funnelPada awalnya mereka menjual burger kemudianya menjadikan ia sebagai satu set (burger, fries dan air). Seterusnya pelanggan boleh menambah saiz hidangan dari medium ke large.

Nampak macam mana flow mereka men-upsell untuk terus menerus meningkatkan jumlah jualan untuk setiap pelanggan mereka?

Secara kesimpulannya, bisnes funnel terbahagi kepada dua iaitu marketing funnel dan sales funnel. Marketing funnel mempunyai corong yang semakin mengecil akibat dari kualiti lead yang diperolehi. Semakin kecil lead yang kita dapat, semakin berkualiti lead tersebut.

Manakala sales funnel mempunyai corong yang semakin membesar akibat proses jualan yang semakin meningkat. Dari satu fasa kita akan bawa pelanggan ke fasa lain untuk meningkatkan jualan itu secara tak lansung.

Moga artikel ini bermanfaat.

Selamat Berniaga!

bisnes funnel