Bisnes online secara international? Kebelakangan ini anda pasti banyak mendengar orang sibuk berkata tentang buat duit dengan matawang USD kan?

Bukan anda saja, bahkan saya pun turut lalui perkara yang sama.

Sebenarnya dah lama hal ini, dah ramai pun orang Malaysia yang Berjaya menjana pendapatan dalam nilai USD.

Cuma sekarang dunia online sudah makin gila dan itu menyebabkan ramai orang aware dengan hal ini dan jadikan ia antara bisnes online terkini.

Jadi hari ini saya nak kongsikan kepada anda tentang bisnes online secara dropship di luar negara.

Apa beza cara bisnes dropship dalam negara dan luar negara ni?

Teruskan membaca kerana saya akan dedahkan satu persatu dalam artikel ini.

Jom!

 

Berikut merupakan antara perbezaan bisnes online dropship di luar negara.

 

Platform Jualan

Tidak seperti kebanyakkan peniaga dropship tempatan yang menggunakan profil facebook, facebook group, Instagram dan sebagainya.

Peniaga dropship luar negara menggunakan platform e-commerce atau e-dagang iaitu satu platform menjual yang lebih professional dengan menggunakan website anda sendiri.

bisnes online

Contoh platform ecommerce diambil dari lakecycling.com

Ecommerce lebih kepada automated service atau servis layan diri dimana anda tidak perlu melayan pelanggan dengan whatsapp dan sebagainya.

Sebaliknya pelanggan akan melayan diri mereka sendiri sehingga mereka melakukan pembelian.

Anda hanya akan dapat notifikasi bahawa pelanggan tersebut telah membeli produk ABC dari store anda.

Tugas anda hanya membuat tempahan kepada pembekal anda dan masukkan detail pelanggan anda untuk penghantaran terus kepada mereka.

Lebih menarik, ecommerce seperti anda miliki store sendiri untuk perniagaan atas talian dan anda boleh hias kedai tersebut mengikut citarasa yang anda mahukan.

Sebagai contoh platform ecommerce anda boleh lihat uniteeproject.com untuk melihat rupa bentuk platform ecommerce ni (bagi yang tidak tahu)

Antara penyedia platform ini antaranya ialah shopify, bigcommerce dan banyak lagi.

 

Pembekal

Bisnes online dropship international ini juga sama seperti konsep bisnes dropship yang lain, peniaga dropship luar negara turut memerlukan pembekal untuk lengkapkan kitaran bisnes dropship mereka.

Tapi apa yang membezakan pembekal ini ialah kebanyakkan peniaga dropship luar negara mengambil dengan market place yang memberikan harga terbaik untuk mereka.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan market place yang menawarkan produk dengan harga terendah ialah dari China dan ini menjadikan ia satu bisnes online yang menguntungkan.

Antara tempat mencari pembekal yang popular untuk bisnes dropship luar negara adalah ebay, aliexpress, Alibaba dan banyak lagi.

 

Cara Pembayaran

bisnes online

Antara penyedia payment getway ialah Paypal

Disebabkan bisnes dropship luar negara kebanyakkan menggunakan platform ecommerce, mereka turut akan menerima pembayaran secara automatic mengikut payment gateway yang digunakan atau yang telah disediakan oleh platform ecommerce tersebut.

Nama pun bisnes online luar negara kan, jadi matawang yang digunakan kebanyakkan adalah dalam USD. Jadi tiada istilah bank in atau transfer duit sebagai bayaran kepada kita untuk bisnes online ini.

Sebab itulah wujudnya payment gateway seperti paypal, Ipay88 dan banyak lagi.

 

Masa Proses Barang

Memandangkan pelanggan anda boleh berada di serata dunia, jadi ia mengambil sedikit masa pemprosesan barang untuk barang sampai ke pelanggan anda.

Yelah pelanggan jauh nun di US, Pembekal di China. Bisnes online internantional ni luas. Pelanggan pun luas.

Bagi pelanggan luar negara, seminggu dua untuk terima barang adalah satu kebiasaan untuk mereka.

Tidak sama seperti pembeli online di Malaysia yang biasanya ada expectation barang sampai dalam 3 hari. Kerana pelanggan di Malaysia tahu bahawa mereka membeli dengan orang Malaysia dan barang mesti dalam Malaysia juga.

Cara ini tidak diguna pakai oleh mat saleh diluar sana ya. Tapi ada juga yang nak cepat. Ikut individu.

 

Kos Bisnes Online Secara International

Jika anda lakukan bisnes dropship di Malaysia mungkin anda boleh bermula dengan bisnes tanpa modal.

Hal ini tidak sama jika anda bercita-cita membuat bisnes online dropship di luar negara kerana ada beberapa kos yang perlu anda tanggung.

Antaranya ialah kos store ecommerce, kos domain (untuk website), kos untuk payment gateway, kos marketing dan kos-kos tersembunyi yang anda perlu jelaskan.

 

Diatas adalah antara perbezaan bisnes dropship dalam Malaysia dan bisnes dropship di luar negara.

Itu hanyalah beberapa perkara sahaja, ada banyak lagi yang akan dikongsikan pada artikel yang akan datang.

Cuma nasihat saya buat anda yang baru nak mulakan bisnes dropship, saya lebih sarankan anda mulakan secara lokal terlebih dahulu untuk rasa feel bisnes online tu dulu.

Kerana untuk buat bisnes di luar negara ada banyak perkara yang akan anda lalui dan boleh memudahkan anda untuk berputus asa dan keluarkan modal yang besar.

Jika anda mahu mulakan bisnes dropship, sila ke sini untuk ketahui langkah demi langkah untuk buat bisnes online secara dropship.

Disitu saya ada kongsikan tips, cara dan banyak lagi untuk anda yang mahu mulakan bisnes dropship.

Jika artikel ini memberi manfaat, jom share atikel ini supaya lebih ramai orang dapat manfaat juga.

Selamat Berniaga!