Blueprint Case Study

mula bisnes tangan kosong

DISCLAIMER

Jumlah keuntungan RM1000 dalam 8 hari bukanlah fixed. Lumrah & adat berniaga, income tidak menentu, ada masa sikit, ada masa banyak. Yang penting, teruskan mencuba dan jangan putus asa.

 

BONUS

Ada BONUS di hujung Ebook ini. Baca sekarang dengan tenang dari awal sampai akhir. Percayalah, tak sampai 10 minit pun. 🙂

 

Tak Kenal Maka Tak Chenta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Al-Farabi Shariff

Al-Farabi Shariff merupakan seorang Fresh Graduate 2015 dari sebuah IPTA (Degree In Engineering), seorang full-timer Internet Marketer dan suka minum white coffee.

Passion & kepakaran beliau ialah “Internet Marketing”, khususnya dalam Affiliate & Paid Advertising dan sanggup berhabis duit melabur untuk ilmu Marketing.

 

Beliau terkenal dengan Leverage Bisnes Online nya menjadi hampir 80% Automated, dan bagaimana mula berniaga & buat duit dengan tangan kosong.

 

Beliau sangat benci pada orang yang suka tayang “duit kipas” dan kereta mewah, skim cepat kaya dan juga orang yang berniaga tanpa kuasai ilmu pemasaran.

 

Servis dan perkongsian beliau bukan untuk mereka yang sudah pakar dan sudah stabil buat duit 4-5 angka sebulan, tapi untuk mereka yang teringin nak ada tambahan pendapatan sampingan dan mahu mula berniaga online.

 


 

Ebook ini ialah “Real Case Study” saya sendiri, ketika awal-awal saya ceburi bidang bisnes online.

Saya akan kongsikan direct to the point, tanpa ayat bunga-bunga. Agar lepas baca, anda juga boleh praktikkan.

 

Percayalah, tak sampai 7 minit pun nak habis baca semua ni. 🙂

 

 

Step 1 : Survey Demand produk.

Saya selalu pergi ke group jualan di Facebook, dan lihat apakah produk hot, trending yang iklannya mendapat banyak engagements seperti likes dan comments.

Saya pastikan produk tersebut masih baru dalam pasaran dan belum tepu lagi.

Oleh itu kena kerap survey di group FB seperti Terbaik E-Store, Terbaik E-Shop, dll.

 

Dalam kes saya, sedang saya survey-survey, tiba-tiba tengah hot dan trending dengan produk “Turtle Lamp”.

turtle

Masa tu Turtle Lamp masih baru. Apa lagi, saya pun terus cari pembekal untuk jadi agen dropship.

 

PS : Agen Dropship ialah cara buat duit/menjual tanpa keluar modal.

Anda jadi agen kepada pemborong produk, anda promosikan.

Contoh harga agen untuk Turtle Lamp RM20, kos pos RM6. Saya jual dan promosikan dengan harga RM40. Tambah pos RM6.

Customer bank in pada saya RM46, saya bank in pada pemborong RM26. Untung RM20.

Pemborong yang uruskan penghantaran. Kita tak perlu pegang barang, tak perlu uruskan pos. Jimat banyak masa. Cuma keuntungan sajalah kurang sedikit. Namun, ini bagus untuk permulaan & pengalaman.

 

 

 

Step 2 : Cari Pembekal Produk & Jadi Agen Dropship Mereka.

Selepas saya kenal pasti produk apa yang sedang “panas” dan masih baru,

Saya akan cari pembekal kepada produk tersebut.

Kebetulan pada waktu yang sama, saya ada ternampak seorang pembekal sedang buat iklan cari agen, dan pembekal tersebut ada produk yang saya nak promote. (Turtle Lamp)

Rupanya beliau ialah pemborong full time bekerjasama dengan agen dropship. Ada beratus lagi produk beliau. Jika berminat, add saya di FB, nanti saya invite anda ke group dropship beliau. (kerana group FB pemborong ni SECRET, saya perlu add anda manually)

 

 

  • Cara Lain Untuk Cari Pemborong Yang Dipercayai

lelong1

  1. Pergi ke Lelong.com.my
  2. Buat carian untuk produk yang anda jual. (Dalam contoh ini saya nak jadi agen Happy Call/Pemanggang Ajaib)
  3. Lihat penjual yang sudah established, rating tinggi, feedback bagus. lelong2
  4. Dapatkan nombor contact penjual, biasanya mereka letakkan nombor Whatsapp. Jadi anda whatsapp mereka.
  5. Cara offer untuk dropship.

“Hai, nama saya Farabi, dan saya buat bisnes online.

Adakah pihak tuan ada buat servis agen dropship?

Jika ya, bagaimana boleh saya join?”

Selepas mereka beritahu cara-cara untuk jadi agen dropship mereka (biasanya percuma, tak perlu bayar apa-apa),

 

Soalan yang perlu ditanya lagi nanti:

  1. Bolehkah menjadi ejen/reseller?

  2. Jika boleh, berapa harga dan pembelian minima?

  3. Berapa lama masa diambil untuk proses order.

  4. Lokasi COD, jika ada.     (credit : Ashraf Latif)

 

 

 

  • Cari Di Group Facebook

  1. Taip perkataan “agen dropship” di carian Facebook.

dropship

  1. Join group yang berkenaan, tunggu admin approve. Lagi bagus, lihat siapa admin, dan PM dia terus, kata nak join jadi agen dropship. Contoh di bawah.

dropship2

 

  1. Baca dan teliti syarat dan peraturan yang disediakan oleh Admin/pemborong.

 

 

 

  • Dropship.im

dp

 

  • Carian di Google. Dapatkan cara untuk contact mereka, dan tanya soalan yang saya tunjukkan di atas.

 

TIPS TAMBAHAN :

  1. Cari pemborong yang mudah dan cepat reply PM, sama ada di FB atau di Whatsapp. (Jika mereka lambat beberapa jam, itu normal, sebab mereka memang sibuk. Tapi jika dah berhari-hari tak jawab, anda perlu ada backup.)
  2. Pastikan pemborong itu ialah pemborong yang betul-betul pegang barang dan uruskan pos. Jangan jadi agen kepada agen dropship pula. Susah, lambat, untung pun sikit.
  3. Join beberapa group dropship, agar kita dapat backup jika seorang pemborong bermasalah atau tiada stok, boleh berurusan dengan pemborong lain.

 

 

 

STEP 3 : MENJUAL DENGAN CARA TIDAK MENJUAL

Sekarang, saya dah ada produk, dah ada pembekal. Sekarang waktu untuk promosikan.

 

  • TIPS PERTAMA.

Ramai orang menjual dengan menjual. Ayat jualan hard-selling yang seperti memaksa.

Ingat, dalam sehari seseorang itu telah lihat beratus-ratus iklan.

Dan manusia secara fitrahnya tidak suka “dijual”.

 

Apatalah lagi jika anda nak menjual di laman social Facebook, ianya tempat bersantai.

Jadi dari anda letak ayat menjual, apa kata kita ubah sikit, menjadi “AYAT BERTANYA”. (contoh di bawah)

Ianya lebih santai dan friendly, sesuai dengan konsep “bersantai di laman social”. (FB, IG, Whatsapp, WC)

 

  • TIPS KEDUA

Jangan menjual di group jualan besar-besar seperti Terbaik E-store dan Terbaik E-shop.

Disana bukan audience tepat anda, majority dalam group tu ialah penjual macam anda.

Anda post pada group-group bukan menjual, seperti group FB university tempat anda belajar, group orang kumpul hobi, group tempat anda tinggal.

Contohnya penduduk Shah Alam ada group FB mereka.

Penduduk Ipoh ada Group FB mereka.

Penduduk Labuan ada group FB mereka.

Ini tempat mereka lepak-lepak.

Dalam emel-emel berikutnya saya akan kongsikan link Group-Group FB yang panas dan bagus untuk menjual. Jangan lupa semak emel anda nanti!

Ok berbalik pada Turtle Lamp. Saya post di group rasmi FB di universiti tempat saya belajar.

Capture

Saya pun terkejut sebenarnya. Asalnya saya nak validate atau bertanya sahaja. Terus dapat hamper 500 komen dan hamper 600 likes dalam masa 2-3 hari.

Faktor penting di sini ialah : AYAT + GAMBAR.

Saya perasan, dalam group tersebut, ada juga orang yang jual Turtle Lamp, malah lebih murah dari saya.

Tapi post iklan saya lebih mendapat banyak engagements kerana ayatnya yang santai, dan pemilihan gambar yang cantik, gambaran apa yang mereka akan dapat bila mereka ada Lamp Turtle ni.

 

Ingat, ayat jenis bertanya/validate. Biar santai.

Atau boleh cuba ayat-ayat lebih kurang begini :

“Cantik tak XXXX ni (letak gambar), sangat berguna untuk XXXXXX (ceritakan manfaat produk bukan ciri-ciri produk),

Ada ke kat sini yang rasa-rasa berminat nak dapatkannya?”

Stop sini, atau boleh tambah :

“Komen “saya nak”, nanti saya pm anda dengan offer kasih sayang”

 

 

 

 

 

 

STEP 4 : CLOSE THAT SALE!

 

Saya pun PM seorang demi seorang yang komen di post saya.

Lebih kurang saya tulis begini, dan saya sertakan gambar cantik untuk pilihan warna.

 

“Assalamualaikum, terima kasih komen di post saya di Group XXX, tentang Turtle Lamp.

(CERITAKAN BENEFIT)

Turtle Lamp ni bukan saja comel, tapi mencantikkan bilik tidur waktu malam, dengan pelbagai jenis warna lampu.

Sis boleh guna bateri atau guna Powerbank, atau cucuk pada laptop. Wayar USB disediakan sekali, jadi jangan risau. 🙂

Turtle Lamp ini akan automatic tutup sendiri selepas 45 minit, sangat jimat elektrik!

Ada 5 warna pilihan : Hijau Tua, Hijau Muda, Biru, Pink & Coklat.
1 unit : RM40 sahaja. Pos tambah RM6.

Jika ambil dua unit RM80, pos sepatutnya RM10, tapi saya belanja sis kos pos.

Sis nak ambil 1 unit atau 2 unit terus ya 🙂 ?”

 

Ingat, ABC. Always Be Closing. Ayat close sale anda, akhiri dengan soalan.

 

Selepas di jawab nak berapa unit, bagi mereka nombor akaun, sebaiknya Maybank dan CIMB. Minta nama, alamat, nombor handphone dan emel (optional).

Anda hantar order pada pembekal, berikan nama alamat dan nombor hp.

Minta nombor tracking dari pembekal, dan berikan kembali pada customer anda.

 

 

Manusia ni memang suka bertangguh.

Kadang-kadang minta PM, dah bagi nombor bank, tapi liat nak bayar.

Dalam emel-emel seterusnya saya akan kongsikan pada anda Tips Close Sale yang Buat Prospek Anda Tak Sabar Nak Bayar.

Okay itu sahaja Case Study ringkas saya. Dalam emel-emel seterusnya, anda akan dapat tips tambahan dimana saya akan terangkan dengan lebih mendalam.

 

Agar anda juga boleh mula buat duit online seperti saya dan ramai orang lagi.

 

 

 

 

Al-Farabi Shariff

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor