buat-duit-secara-autopilot

Bagaimana Nak Buat Duit Secara Autopilot Dan Jana Passive Income Lumayan Setiap Bulan

Anda pernah buat duit secara online?

Pernah cuba banyak cara namun gagal & tak cukup masa?

Atau memang sudah buat duit online, namun nak tambah duit pasif?

Artikel ini akan membuka mata anda bahawa adanya satu sistem anda WAJIB cuba untuk menjana duit passive income lumayan setiap bulan secara automatik (buat duit secara autopilot).

Disampaikan oleh : Al-Farabi Shariff

buat duit autopilot

Anda mungkin salah seorang yang sudah fed-up bila dengar perkataan “buat duit online”. Google sana sini, jumpa pelbagai cara, pelbagai iklan, pelbagai guru.

Tapi hampa, tak dapat buat duit online pun. Kerana kita tak buat sampai habis, atau pun kena tipu. Kita bayar untuk ebook/video dan pergi seminar buat duit online, namun hampa tiada hasil.

Saya jujur dengan anda ya. Ini realiti yang anda kena terima dalam membuat duit online.

Ianya tidak semudah ABC.

 

Ia hanya mudah jika anda belajar betul-betul teknik yang diajar, ikut step by step sampai habis.

Keyword yang penting : SAMPAI HABIS.

Kerana ramai yang stop sampai step C, dan tak pergi ke Step D. Lalu salahkan pengajar. Hehe, sayalah tu orang yang kena sound dengan guru saya. Jadi harap anda tidak jadi seperti saya ya.

Ambil masa sedikit kerana kita kena belajar step-by step. Skim buat duit cepat tidak wujud. Kita bukan nak buat duit dalam masa singkat, tapi kita nak membina bisnes atau membina kedai online sendiri, yang menjana income bulanan yang lumayan.

Oleh itu saya nak kongsikan beberapa rahsia pakar pemasaran internet, di Malaysia dan luar negara, dalam membuat satu sistem automatik menjana duit. Ada beberapa step dan modul yang perlu anda faham.

Malah anda boleh COPY PASTE cara mereka dengan shortcut, malah lebih jimat 200%.

 

Rahsia Buat Duit Online Dalam USD Secara Auto-Pilot.

Rahsia #1 – Senjata Affiliate

Kenapa affiliate?

Kerana dengan bisnes affiliate, ia telah memudahkan 50% kerja kita untuk buat duit online secara auto-pilot.

  1. Tak perlu cari produk, simpan produk, restock produk.
  2. Tak perlu uruskan penghantaran (shipping)
  3. Tak perlu layan kerenah customer sebelum dan selepas membeli.

Baik, izinkan saya explain sikit apa itu affiliate, bagi mereka yang masih baru dengan perkataan ini ya.

Jika anda masih tidak faham tentang affiliate, ia bermaksud anda akan terima komisen/upah jika anda berjaya promote produk orang lain, dan ada customer beli dari link yang anda promote itu.

affiliate-program

Ianya mudah.

Anda tidak perlu buat atau simpan produk, tak perlu pos barang, tak perlu risau dengan kerenah customer. Tugas anda hanya bawa mereka ke sales page/page jualan produk orang lain, dengan link affiliate anda.

Senang kata, selepas anda daftar affiliate di mana-mana platform (akan diterangkan di bawah), anda akan dapat 1 link khas yang unik untuk anda.

Link tersebut menandakan, jika ada orang membeli melalui link tersebut, sistem akan tau andalah yang layak dapat komisen.

So tugas anda ialah mempromosikan link affiliate anda dengan cara yang berhemah tanpa SPAM.

Jika mereka berminat dan membeli melalui link anda, pemilik produk akan bayar komisen kepada anda, secara mingguan, atau secara bulanan.

Apa Beza Affiliate Dengan Dropship?

Dropship ialah satu model bisnes dimana kita boleh promosikan produk kepunyaan orang lain dengan menjualnya dengan harga lebih mahal dari harga ejen dropship. Beza harga tersebut ialah keuntungan anda.

Jika anda nak belajar lebih dalam tentang Dropship secara lengkap, boleh rujuk artikel ini:

Persamaan Affiliate dan Dropship ialah kita menjadi orang tengah, tak perlu pegang produk, tak perlu uruskan penghantaran, tak perlu layan kerenah customer.

Bezanya pula, customer tak bank in pada kita, dia bank in terus pada owner produk. Jadi ringan beban kita nak uruskan bank in sana bank in sini. Kita kan nak buat sistem automatik. Tau-tau je, komisen masuk jika ada customer yang membeli melalui link kita.

Kita juga tak perlu layan kerenah dan persoalan dari customer, kerana dia akan berurusan terus dengan pemilik produk asal.

Jenis-Jenis Produk Affiliate

Bila kita jadi ejen affiliate, secara popularnya di Malaysia, ada 2 jenis affiliate.

  1. Affiliate Produk Fizikal
  2. Affiliate Produk Digital

Produk fizikal seperti baju, barangan elektronik dan sebagainya yang perlu dihantar ke rumah pembeli.

Produk digital pula ialah seperti Ebook, Video, Courses, Membership dan lain-lain.

Perbezaan Ketara Affiliate Produk Fizikal Dan Digital

Perbezaan utama ialah dari segi percentage komisen.

Bila kita menjual produk fizikal, selalunya komisen ialah dibawah 10%.
Biasanya bawah 3%.
Paling tinggi pun berbelas percent.
Itu pun bersyarat, selalunya untuk pembelian pertama sahaja.

Contohnya Zalora, mereka memberikan anda komisen 12% untuk customer baru dan 5% untuk customer lama yang membeli di kedai online mereka iaitu zalora.com.my . (sumber : http://www.zalora.com.my/partner/)

Produk Digital pula, disebabkan tiada kos produk, jadi kebiasannya percentage komisen jauh lebih tinggi.

Biasanya 50%.
Kalau bagi lebih pun ada yang 60-70%.
Rare case ada yang bagi 100%, ya memang ada.

Kalau rendah pun sekitar 30-40%.

Jom kita belajar teruskan belajar tentang affiliate produk fizikal dan digital.

 

Affiliate Produk Fizikal

Contoh yang menyediakan affiliate produk fizikal, website-website e-commerce di Malaysia seperti Lazada.com, Zalora.com, Lelong.com.my.

zalora_partner_program_09

Zalora, mereka memberikan anda komisen 12% untuk customer baru dan 5% untuk customer lama yang membeli di kedai online mereka iaitu zalora.com.my .

Maksudnya, jika anda promote link affiliate Zalora, dan ada wanita yang membeli jubah berharga RM100, anda akan dapat RM12 komisen (12% untuk customer baru) dibayar oleh Zalora.

Dan jika wanita itu beli lagi dengan Zalora, contohnya, membeli jubah RM100 lagi, anda akan dapat komisen RM5. (5% untuk customer lama).

Jangan pandang rendah dengan komisen 5%. Jika anda dapat datin-datin untuk membeli di Zalora, belian mereka bukan tahap beratus, tapi hingga tahap ribuan ringgit tau. Senyum je anda tengok datin-datin ni shopping.

Lazada pula offer 7% ~ 12% untuk produk mereka. (sumber : http://www.lazada.com.my/affiliate/)

Keuntungan yang anda dapat dengan market local kali ini, ialah dalam ringgit Malaysia, RM. Dengan pembeli majority dari Malaysia, dan mungkin minority dari Singapore dan Brunei.

Kelemahannya, kena membeli secara online menggunakan system cart/e-commerce/e-store masih kurang lagi selesa dipakai oleh rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia, lebih prefer order menggunakan Whatsapp atau pm di FB. Jadi kita perlu ada effort untuk balas whatsapp, jawab kerenah pelanggan dan close-sale dengan baik.

Tapi disebabkan adanya platform Shopee dan Tiktok, makin hari makin ramai orang makin celik dan pandai untuk beli terus di Apps/website.

Senarai Platform Affiliate Produk Fizikal Dalam Malaysia

  1. Lazada Affiliate
  2. Tiktok Affiliate
  3. Zalora Affiliate
  4. Involve Asia

Nak tak saya tunjukkan LUBUK yang sama seperti Zalora dan Lazada, tetapi marketnya 1 dunia, kuasa membeli online sangat kuat, pembelinya memang biasa membeli menggunakan ecommerce?

Of course, jika 1 dunia menggunakannya, keuntungan dalam USD lah. $1 = +- RM4.62 sekarang ni. 🙂

Iaitu dengan menjadi affiliate kepada platform ecommerce luar negara seperti Amazon.com

Sekarang ni, Amazon masih menjadi platform #1 wordwide especially di US, UK, Canada, New Zealand dll.

Okay ini fizikal, komisen agak rendah, tapi masih tidak boleh pandang rendah.

Bagaimana dengan produk digital yang lebih tinggi komisennya?

Affiliate Produk Digital

Saya sendiri ada jual produk digital berbentuk ebook panduan, video panduan dan ada buka untuk sesiapa yang nak join affiliate.
Cuma buat masa ini sedang ditutup sementara saya adjust dulu apa patut.

Kebanyakannya, trainer, coach, sifu, konsultan, ada banyak keluarkan panduan dan boleh kita tolong promotekan dan dapat 50% komisen selalunya.

Affiliate Produk Digital dalam Malaysia, tak banyak platform yang mengumpulkan semuanya. Buat masa ni yang saya tahu hanya 1 sahaja iaitu Klikjer.

Jika di luar negara ada banyak, dan berkomisen USD seperti Clickbank, JVzoo dan Warriorplus.
Sebenarnya banyak lagi, tapi 3 ni yang saya sendiri pernah join dan dapat komisen.

Kalau tanya saya, jika anda baru nak bermula, boleh bermula dengan platform dalam negara dahulu seperti Klikjer.

Anda boleh daftar Klikjer di sini. (<– Klik jer! hehe)

Lepas klik, daftar terus, nanti anda akan dapat akses dashboard, dan di situ anda boleh tonton tutorial apa nak buat lepas tu.

Cara Promosikan Link Affiliate

Okay, sekarang dah ada produk (link affiliate), jadi apa seterusnya? Apa yang “AUTO PILOT” nya?

Sekarang, kita kena berfikir sebagai seorang Marketer, pegawai pemasaran.
Tugas aku ialah agar lebih ramai orang yang berpotensi untuk melihat dan klik link affiliate ini.

Jadi ada pelbagai teknik pemasaran, saya kongsikan beberapa sahaja yang kena dengan idea “Auto Pilot”.

Ada 2 skill yang anda boleh mahirkan, dan dengan 2 skill ini akan terpisah 2 cara untuk promosikan :

1. Skill Menulis
2. Skill Buat Video

  1. Buat artikel yang menceritakan berkisar tentang produk yang anda nak promosikan, seperti buat artikel blog, kemudian gunakan teknik SEO agar bila orang cari sesetengah keyword di Google, mereka akan jumpa website anda. Bila dia klik website anda, baca artikel, klik link dan beli anda dapat komisen.
    Buat banyak artikel secara berterusan.
  2. Buat video yang berkisar tentang produk yang anda nak promosikan, kemudian upload di platform video seperti Youtube, Youtube Shorts, Tiktok dan lain-lain. Di description video, letakkan link affiliate anda sekali. Buat banyak video dan berterusan.

Teknik SEO Itu Apa?

Seach Engine Optimization (SEO) ialah salah satu teknik pemasaran yang membolehkan artikel dan video yang kita upload di website atau di platform video seperti Youtube dan Tiktok, agar dijumpai bila orang mencari keyword yang berkaitan. SEO selalunya prosesnya mengambil masa 3-6-12 bulan untuk nampak hasil.

Tapi bila dah senang dijumpai, anda tak perlu keluarkan 1 sen pun duit untuk dapat ramai orang yang masuk ke website dan tonton video anda.

Baca lebih lanjut tentang SEO di sini :

Bagaimana Ia Jadi Autopilot?

Dengan Teknik No 1, menulis artikel + teknik SEO, anda buat artikel tu sekali, dan jika dia rank berada di page pertama Google, orang akan melawat website anda berterusan tanpa anda perlu buat apa-apa. Tapi jika anda faham Teknik SEO, anda tak berharap pada 1 artikel, setiap hari atau setiap minggu anda perlu keluarkan artikel-artikel susulan secara konsisten.

Sepertimana artikel yang anda sedang baca ni, cuba tanya bagaimana anda boleh sampai sini? Sebab anda taip keyword di Google dan mencari sesuatu kan?

Dengan Teknik No 2, sama seperti artikel, ada teknik SEO yang boleh digunakan yang membuatkan bila orang search video dengan keyword tertentu, mereka akan nampak video anda sebagai hasil carian yang teratas. Selain itu, ada platform seperti Tiktok yang akan push video-video yang boleh viral masuk FYP (For Your Page).

Jadi dengan impak yang minima, anda boleh dapat kesan “Autopilot” secara long-term.
Anda tidur pun, atau pergi bercuti ke, orang akan sentiasa menaip carian di Google, Youtube dan Tiktok setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Apa Anda Kena Buat Sekarang?

Sepertimana saya kata awal-awal, benda ni tak mudah. Apatah lagi anda baru nak bermula, mungkin terkial-kial nak mula dari mana.

Ini cadangan saya :

1. Go through balik semua platform affiliate yang saya senaraikan di atas.

2. Pilih satu platform, dan pilih produk yang sesuai.

3. Fahamkan produk, fahamkan siapa yang paling sesuai membeli.

4. Jika anda nak go for menulis, buat website blog sendiri dengan (Google & Youtube) atau upah orang tak sampai RM200-300 di Fiverr.com. Kos Domain & Hosting untuk website ialah dari RM100 ke RM200 tahunan. Belajar teknik seo.(Google & Youtube) Anda akan tau apa nak tulis nanti.

5. Jika anda nak go for membuat video, belajar buat video dengan Tiktok atau Capcut. Kemudian buat video sendiri atau upah orang lain buatkan. Kemudian upload di platform seperti Youtube & Tiktok.

6. Letak link affiliate di dalam artikel, dan juga link affiliate di description video.

Kesimpulan

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Investlah masa dan tenaga anda sekarang untuk belajar kemahiran-kemahiran penting seperti kemahiran menulis, membuat video, membuat website, membuat artikel, teknik SEO, teknik affiliate. Banyak panduan percuma yang anda boleh jumpa di Google atau Youtube. Hanya nak tak nak sahaja.

Dengan ilmu tersebut bila dipraktikkan, anda akan faham bagaimana ia boleh jadi Auto Pilot. Sebab bila “benda” ni dah ranked dan sentiasa dijumpai orang, makin lama makin ramai orang klik link affiliate anda, makin ramai orang membeli.

Jadi all the best, jika ada soalan boleh tanya di ruangan komen ya?

Jika anda nak gunakan ilmu Affiliate ini dan gabungkan dengan platform Tiktok yang sedang trending sekarang ni, anda akan banyak belajar di artikel ini :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *