Duit Video? Ya namanya sahaja sudah memberikan maksud sebenar. Iaitu cara anda buat duit pasif dengan hanya membuat video & upload video anda di Youtube. Panduan ini dibuat oleh seorang Internet Marketer Malaysia yang berpengalaman lebih 10 tahun, iaitu Gobala Krishnan, owner kepada syarikat Kreydle.

 

duit-video-review

 

Overview Duit Video

 

duit-video-gobala-krishnan-wazeen-azizan

Panduan Duit Video yang dikeluarkan oleh Internet Marketer Malaysia, Gobala Krishnan & Wazeen Azizan.

 

Nama ProdukDuit Video (klik sini untuk ke sales page)
Niche Produk : Panduan Buat Duit USD Online Dengan Membuat & Meng”upload” Video Ke Youtube
Jenis Produk : Digital – Video bersiri berjumlah 24 video (tonton online atau download menggunakan Dropbox)
Bahasa Pengantara : Bahasa Melayu, ada beberapa term dalam English yang masih mudah difahami.
Medium Pembelajaran : Video Vimeo yang di”embed” pada website
Pemilik Produk : Gobala Krishnan (Product Creator), Wazeen Azizan (Product Marketing)
Tarikh Pelancaran : 15 Ogos 2016 – 29 Ogos 2016 (Jualan dibuka kembali oleh saya, pemegang lesen reseller)
Status Produk : Jualan di page utama sudah ditutup, namun masih boleh dapatkan dari saya sendiri.
Jaminan Pulangan Wang : 100% – Dalam Tempoh 30 Hari
Pakej & Harga : Pakej Produk Utama RM190 / Pakej Advanced RM390 (sekarang hanya ada pakej Utama sahaja)

Berminat nak dapatkan panduan ini? Lihat bawah sekali untuk lihat tawaran bonus saya . Anyway lagi bagus jika baca dulu sampai habis review ni ok, haha.

Belum Jadi Pembaca VIP Review Produk IM?

Supaya anda tidak terlepas menjadi orang pertama dan utama mendapat emel updates dari saya.

Tuliskan Nama Glamor & Emel yang anda selalu buka di bawah :

Tq! Anda boleh teruskan bacaan. Tapi jangan lupa sentiasa cek emel eksklusif dari saya ya? 😉

 

Apa Itu Duit Video & Apa  Yang Anda Akan Belajar Di Dalamnya?

Duit Video ialah sebuah panduan video bersiri (24 video) dimana diajar didalamnya selok belok bagaimana anda boleh buat duit USD secara pasif dengan hanya membuat video & meng”upload”nya di laman Youtube.

 

Kenapa Youtube?

 

kenapa-youtube-duit-video

duit-video-youtube-alexa-rank

Alexa Rank menunjukkan laman Youtube ialah laman web nombor 2 yang paling ramai visitor di seantero dunia.

 

Mengikut info statistik di gambar atas ini, memang tidak dinafikan Youtube mempunyai ramai penggunanya sehingga menjadi website no 2 yang paling banyak visitor di dunia.

Ingat, dimana tempat orang ramai melepak, di situlah tempat buat duit paling masyuk.

When there’s crowd, there’s goldmine – Farabi (haa i pun ada quotes jugak y’all)

 

 

Bagaimana Duit Boleh Terhasil Dengan Letak Video Di Youtube?

Ada dua cara utama yang akan diajar dalam Panduan Duit Video ini iaitu :

  1. Melalui Google Adsense
  2. Melalui Affiliate

 

 

Cara Pertama : Google Adsense

Bila anda tonton video di youtube, korang mesti perasan iklan bersepah kan? Ada 4 tempat utama dimana iklan akan dipaparkan kepada penonton video di Youtube.

 

1.Iklan pertama – mesti korang annoying gila sebab awal-awal sebelum tengok video dia keluar iklan. Kena tunggu 5 saat sebelum boleh tekan butang “Skip Ads”. Ada tu yang tak boleh tekan Skip Ads, dia paksa tengok sampai habis. Tapi kadang-kadang iklannya best, kita layan jugak sampai habis kan? Haha

 

2. Iklan kedua – Masa korang tengah tengok video, tiba-tiba ada iklan di bahagian bawah video tersebut. Sama ada iklan bergambar atau bertulis sahaja. Kacau betul, tengah sedap-sedap tengok video matluthfi terpaksa klik “X”.

 

3. Iklan ketiga – Iklan di bahagian kanan atas, tepi video yang sedang di tonton. Mata kita akan wajib tengok iklan tu kerana ianya tempat yang sangat strategik untuk meletak iklan.

 

4. Iklan keempat – Sedang korang tengah tengok video Youtube yang duration-nya panjang, seperti 30minit atau 1 jam lebih, sedang-sedang tonton tu akan keluar iklan. Contohnya selang 15 minit, akan keluar 1 iklan bentuk video yang seperti iklan video di awal-awal video.

 

 

Tahukah anda, setiap kali penonton video anda di Youtube klik iklan tersebut, anda sebagai pemilik video tersebut akan dapat komisen? Sebab kerana video anda lah, orang tersebut klik pada iklan tersebut. Dan pemilik iklan tersebut bayar kepada Google untuk paparkan kepada pelawat-pelawat Youtube.

 

So, Advertiser Bayar Youtube –> Youtube paparkan iklan di video-video anda –> Orang klik & buat untung kepada Advertiser –> Youtube bayar anda komisen, dan korang berdua berkongsi untung sama-sama.

 

 

Cara Kedua : Affiliate

Affiliate ialah dimana anda menjadi orang tengah yang mempromosikan produk-produk penjual, dimana anda akan dapat komisen apabila orang melalui produk-produk tersebut melalui link khas anda.

Link khas itu akan diberikan oleh sistem pemilik produk tersebut.

Contohnya ada program Affiliate Lazada & Zalora.

 

 

Contohnya lagi, anda buat 1 video review tentang sebuah handphone Asus Zen2  lalu anda pun memberikan 1 link affiliate untuk membeli handphone tersebut di Lazada. Jika orang tersebut jadi beli dengan link anda, anda akan dapat komisen.

Dan banyak lagi sebenarnya program affiliate  yang anda boleh join, sama ada di dalam negara atau luar negara.

Dan ianya bergantung kepada genre Channel Youtube anda & video jenis apakah yang anda kan buat.

 

 

 

Kenapa Dinamakan Komisen USD Pasif?

Pertama, kerana Google Adsense akan berikan komisen dalam USD.

Kedua, anda tak perlu promote & tak perlu melakukan aktiviti setiap hari agar anda dapat komisen. Anda yanya buat video secara berkala, dan upload di Youtube. Selagi mana orang menonton video anda, walaupun anda dah bertahun-tahun tak buat video atau promote produk, anda masih akan dapat komisen dari situ.

Hanya buat video, upload & forget.

Tapi of course, kena ada caranya yang tepat, itulah yang akan diajar dalam Panduan Duit Video ini.

Dan of course setiap panduan buat duit ada pro and cons nya. Ada kelebihan & kekurangannya. Teruskan bacaan untuk tahu apa pandangan saya tentang video ini. (Inilah tujuan saya buat review ini 🙂 )

 

 

Apa Beza Pakej Utama & Pakej Advance Duit Video?

Pakej Utama

Di bawah ni adalah topik yang anda akan belajar dalam Pakej Utama Duit Video ialah seperti di bawah :

  1. Siapa Gobala Krishnan?
  2. Cara Salah Buat Duit Melalui YouTube
  3. Apa Yang Anda Perlu Ada?
  4. Pendapatan Aktif Vs Pasif
  5. Lubuk Duit YouTube – Statistik 2016!
  6. Cara Setup Akaun Google & YouTube
  7. Lengkapkan Maklumat Channel Anda
  8. Cara Upload & Setting Video
  9. Cara Buat Thumbnail Video Yang Cun
  10. YouTube Channel Manager
  11. Cara Apply Google AdSense
  12. Steps Selepas Adsense Dah Approve
  13. Verify PIN Number Google Adsense
  14. Cara Schedule Video
  15. Setting Channel Default
  16. YouTube Channel Editor & Music
  17. Mencari & Signup Program Affiliate
  18. Teknik Paling Effektif Untuk Affiliates di YouTube
  19. Cara Membuat Giveaway Untuk Menarik Subscribers
  20. Cara Mendapat Subscribers
  21. Komen & Berinteraksi Dengan Subscrbers Anda
  22. Cara Mendapat Ranking Google & Trafik
  23. Analisa Statistik Akaun Youtube Anda
  24. Kesimpulan & Recommendation Saya

 

 

Antara screenshot panduan Duit Video yang anda akan nampak bila sudah mendapatkan Panduan Duit Video :

 

duit-video-youtube-review-1 duit-video-youtube-review-2 duit-video-youtube-review-3

 

Pakej Advance Duit Video

Update September 2016 : Pakej ini sudah tiada lagi.

Bagi anda yang pernah ada pengalaman dalam Youtube Adsense, mungkin ini ialah basic untuk anda. Sebab itu direkomenkan tak kisah sama ada newbie atau pun experienced, agar ambil pakej Advance terus.

 

  1. Coaching Intensif Secara Live Selama 8 Minggu

    Ianya seperti anda menghadiri kelas seminar tanpa susah payah berjalan jauh & bayar duit minyak/tol. Kerana kelas ini secara online sahaja, anda hanya perlukan laptop/smartphone dan internet untuk hadir LIVE.Ini apa yang anda akan belajar dalam Coaching Intensif tersebut :
    duit-video-pakej-advance-live-coaching

 

 

 

2. Lesen Reseller

duit-video-pakej-advance-lesen-reseller-1

 

Apakah maksud “Lesen Reseller”?

Maksudnya anda mempunyai hak untuk menjual semua Pakej Utama Panduan Duit Video ini dan mengaut untung 100%. Jika anda tiada lesen reseller ini, anda tidak dibenarkan menjual panduan ini sama sekali. (Kalau buat, duit tak berkat bro)

 

So, bila ada lesen reseller ni, pemilik panduan ni dah bagi izin dan anda pun boleh mengaut untung 100% untuk diri anda sendiri.

 

Namun ada beberapa syarat jika anda nak jual Panduan Duit Video ini, iaitu seperti gambar di bawah :
duit-video-pakej-advance-lesen-reseller-2

duit-video-pakej-advance-lesen-reseller-3

 

Belum Jadi Pembaca VIP Review Produk IM?

Supaya anda tidak terlepas menjadi orang pertama dan utama mendapat emel updates dari saya.

Tuliskan Nama Glamor & Emel yang anda selalu buka di bawah :

Tq! Anda boleh teruskan bacaan. Tapi jangan lupa sentiasa cek emel eksklusif dari saya ya? 😉

 

Adakah Duit Video  Sesuai & Berbaloi Untuk Anda?

 

Untuk mereka yang memang sudah tahu tentang Google Adsense, anda mungkin sudah tahu banyak benda dan akan rasa bosan. Jadi dicadangkan agar ambil Pakej Advance dimana anda boleh belajar lebih lagi..

 

Namun untuk mereka yang first time dengar tentang Google Adsense & Affiliate, dan tak pernah lagi buat komisen darinya, panduan video ini sangat berbaloi & sangat membantu anda memahami rahsia disebaliknya, dan dalam masa yang sama anda turut serta buat duit USD secara pasif.

 

Teruskan bacaan untuk tahu pandangan saya.

 

 

Apa PRO and CONS & Pandangan Saya Tentang Panduan Duit Video Ini?

PRO :

 

1.Penyampaian yang jelas dan mudah faham walaupun anda first time nak buat duit online. Tanpa term-term yang terlalu susah. Lagipun ini kali pertama Gobala Krishnan buat duit pasif dengan Youtube Adsense tanpa menggunakan kemahiran & pengalaman 10 tahun beliau dalam Internet Marketing. Kerana beliau nak tunjukkan yang sesiapa pun boleh buat.

2. Income pasif dalam USD yang berterusan walaupun kita dah berhenti buat video (selagi mana video kita ditonton)

3. Pelbagai pilihan produk & jenis video/channel Youtube yang kita boleh pilih & buat. Anda boleh buat video tentang benda yang anda paling suka atau minat. (Tidak limited)

4. Pakej Advance ada sediakan Lesen Reseller. Bagi saya ini sangat berbaloi, sebab untuk pengetahuan anda, jika nak bagi Lesen Reseller, memang kena bayar lagi mahal. Anda boleh jual balik Panduan Duit Video ni dan boleh balik modal duit.

5. Tak perlukan website, tak perlu kelengkapan mahal

6. Anda tak perlu jadi seperti Matluthfi atau Zukieee untuk tarik orang tengok video anda. Gunakan cara & pendekatan yang anda selesa.

7. Tak perlu pandai cakap English jika anda selesa dengan bahasa Melayu.

 

CONS

 

Antara kekurangan Panduan Duit Video :

 

1.Panduan yang agak basic bagi mereka yang sudah ada pengalaman dalam Google Adsense. Tapi bagi yang masih baru, ini ialah satu ilmu yang mahal sebenarnya. Yang jarang diajar di Malaysia. Kalau ada pun, lebih mahal.

 

2. Video yang agak banyak & meleret. Saya ni sebenarnya jenis tak banyak masa nak tengok video tutorial. Saya suka penjelasan yang straight to the point. Jika nak tunjuk contoh, tunjuk direct tanpa perlu ulas benda yang saya dah tahu. Sebenarnya video itu boleh dipendekkan lagi duration dan kuantiti.Biar pendek tapi padat.

Tapi bila fikir balik, lain orang lain cara penerimaan. Tak semua orang macam saya. Mungkin diluar sana lebih memerlukan video yang lebih panjang dan explanation yang lebih agar mudah faham.

Jadi untuk kemaslahatan umum, sebab itulah Gobala cuba sebaik mungkin untuk explain dengan details, agar mereka yang masih baru dalam dunia buat duit online pasif pun boleh buat dengan baik.

 

3. Bagi mata kasar saya, tiada apa yang istimewa atau ilmu advanced dalam Intensif Coaching LIVE. Kerana dari topik yang akan diajar dalam 8 minggu tu nampak seperti umum atau benda yang anda boleh tahu sendiri.

Tapi tak tahulah akan ada rahsia-rahsia advanced yang tidak diberitahu sekarang dan mungkin akan dikongsikan nanti. Dan benda-benda yang anda boleh jimat masa dari godek dan cari sendiri. Malah lagi best, sebab nampak anda buat bersama-sama dengan Gobala sendiri.

So harap anda lagi semangat nak buat, dan takdelah lepas beli simpan terperak kat folder je kan. :P. Siap ada hadiah challenge RM200 lagi kepada sesiapa yang buat duit & susbcriber terbanyak.

On other hand, baguslah, sebab Gobala ajar banyak dan tak ajar basic sahaja.Kalau anda tanya saya, saya nak dan akan beli Pakej Advance terus sebab saya boleh dapat Lesen Reseller. Saya boleh jual balik Panduan Duit Video ni dan kaut untung 100%.

Haa, kan dah boleh balik modal, dan buat income berterusan? Income pasif dari Youtube Adsense dapat, income aktif dari kita promote panduan ni pun dapat. Pandai dop?

 

4. Nombor 4 ini saya tujukan khas kepada mereka yang ada pengalaman tak best dari pembelian produk Tuan Gobala Krishnan pada tahun lepas. (Bagi yang tak tahu tu, boleh abaikan point ni dan teruskan bacaan ya).

Mungkin ada yang serik nak beli lagi dari Gobala kerana ada beberapa isu pada produk yang dikeluarkan pada tahun lepas (yang saya tak nak ulas di sini, mungkin saya akan ulas secara khas di waktu lain).

Tapi pendek kata, apa yang dijual dahulu ialah “Software” persendirian, dan kali ini Panduan Duit Video ialah panduan penuh secara tutorial video bersiri berdasarkan benda yang proven dan memang ramai dah Youtuber buat duit dari Youtube Adsense. Ia bukannya sesuatu yang baru yang orang tak pernah lagi buat duit dengannya.Bagi saya setiap orang akan ada “kesilapan kritikal” yang mereka ter-buat, ter-lepas pandang dan perlu diberi peluang kedua.

Contohnya, Tuan Wazeen sendiri mendapat kritikan tentang produk jenis “software” yang beliau launch tahun lepas. Namun pada tahun 2016, beliau dan teamnya, mampu buat produk jenis “Panduan Video Tutorial” yang terbaik pernah dihasilkan oleh Internet Marketer Malaysia. iaitu Shopievo. (Klik sini untuk info Shopievo)

So why not we give them a second chance?

(Dear Mr. Gobala & Mr. Wazeen, if you’re reading this, I’m sorry that I have to be honest and state these to my readers, as I received the same complaints from my subscribers about your previous products)

 

5. Cara Buat Duit Guna Youtube Adsense ini sangat bergantung kepada kreativiti anda sebenarnya, bagaimana anda nak dapatkan subscribers tegar anda sendiri, dan pastikan topik dan niche video anda relevan dan menarik perhatian orang untuk tonton video anda (benda ni diajar dalam panduan ini). Jika anda nak cari easy money seperti 4 D (duduk diam dapat duit), ini bukan produk sesuai untuk anda.

 

6. Komisen yang diberikan oleh Youtube Adsense memang sedikit & lambat, bergantung kepada trafik yang datang tengok video anda, terutamanya pada mula-mula.

So memang kena banyak sabar dan teruskan buat video. Lama-kelamaan, jika anda serius buat sampai jadi, makin lama komisen tu akan  jadi lebih banyak. So it will take months, if not years, depending on your effort.

 

 

 

So kesimpulannya, ia bergantung keada situasi anda. Bagi saya teknik buat duit cara ni TAK SESUAI dijadikan sumber income utama.

Tetapi jika anda ada masa lebih untuk buat video dan jadikan ia salah satu sumber income pasif anda, barulah ia LEBIH SESUAI.

 

Tepuk dada tanya poket di dada.
Kalau poket diseluar, tepuk kaki anda. (hambar pulak lawak ni, kah2)

 

 

Berminat Nak Dapatkan Duit Video?

 

Jika anda rasa :
1. Rasa berminat,
2. Rasa produk ni sesuai untuk anda,
3. Nak jadikan ia income pasif USD berterusan walaupun selepas ini anda stop, duit masih mengalir

 

Anda boleh dapatkan Panduan Duit Video ini dari link saya.

 

Kerana saya akan berikan BONUS-BONUS bernilai 4 Angka yang dapat membantu lagi meningkat income anda.
Bonus-bonus yang say berikan bukan bonus yang takde kaitan, malah lebih “shortcut” dan jimat masa anda nanti 🙂

 

Klik sini untuk dapatkan lebih info di sales page :

http://duit-video.alfarabishariff.com

 

 

Nak tengok “BONUS 4 ANGKA” saya? KLIK SINI 

http://alfarabishariff.com/bonus-duit-video

 

In case jika anda ada soalan lanjut & nak tanya saya secara personal, boleh PM saya di Facebook nni haaa. Klik gambar di bawah ini :

 

fb-alfarabishariff-pm

Klik gambar di atas untuk PM saya.

 

Belum Jadi Pembaca VIP Review Produk IM?

Supaya anda tidak terlepas menjadi orang pertama dan utama mendapat emel updates dari saya.

Tuliskan Nama Glamor & Emel yang anda selalu buka di bawah :

Tq! Anda boleh teruskan bacaan. Tapi jangan lupa sentiasa cek emel eksklusif dari saya ya? 😉

 

Sekian,

Al-Farabi Shariff
Kaki Review Produk IM

Al-Farabi Shariff

 

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor