Gear-Gear Bisnes 2

Post ini ialah sambungan Gear-Gear Bisnes. Bahagian pertama anda boleh baca kembali di sini.

KLIK SINI : BACA GEAR 1 & 2.

 

GEAR KETIGA

Anda dah ada produk, anda dah cuba validate.

Tengok-tengok, produk yang anda jual memang ada permintaan.

Ramai yang bertanya, dan mungkin sudah dapat 3 jualan dalam 3 hari.

(jika tak berjaya, ulang balik Gear Kedua, cuba produk lain dan validate balik)
cara buat bisnes planning

Itu petanda baik, anda boleh teruskan memperkuatkan strategi menjual produk tersebut.

Strategi ini dinamakan, Strategi Jualan Utama (SJU).

Lain bisnes, lain SJU.

Ada beberapa strategi untuk 1 bisnes,

cuba beberapa dan lihat mana satu yang paling buat untung.

Dalam SJU, anda perlu faham betul-betul 3M ini.

3M itu ialah Market, Mesej dan Media.

1. M Pertama – Market

Siapa customer anda?
Apa ciri-ciri bakal customer anda?
Di mana mereka selalu lepak?
Di mana anda mudah mencari mereka?
Apa sebab utama mereka nak selesaikan masalah mereka?
Dalam mencari customer yang betul, faham prinsip ni :

“Jangan Jadi Hero Untuk Semua Orang!”

Contoh, pada siapa nak jual produk kurus ni?

Saya nak jual pada semua orang yang ada masalah kegemukan.

 

Salah! Orang kampung saya kata :

“If you sell to everyone, you’ll end up selling to no one”

Jika anda nak menjual pada semua orang, akhirnya, seorang pun tak beli.

Spesifikkan target anda.

Ini contoh untuk anda lebih faham.

Saya bagi contoh produk kurus ya.

Saya ada 3 segmen pelanggan yang spesifik.

1. Wanita bujang umur 20-30an yang ada masalah kegemukan, yang nak kahwin tak lama lagi, dan nak nampak cantik di atas pelamin nanti.

2. Ibu anak ramai, umur 27 tahun ke atas, yang berat naik mendadak selepas melahirkan anak, nak nampak lebih cantik depan suami.

3. Wanita bekerjaya, 25~35 tahun, yang nak nampak kurus sedikit, agar lebih yakin berjumpa dengan semua orang.

 

Contoh bonus dari sifu saya, Tuan Faisal : Beliau target lelaki yang bekerja di depan komputer dan tiada masa bersenam.

Nampak tak?

Jika target anda lebih spesifik, anda akan dapat banyak idea bagaimana nak tackle emosi dan masalah mereka.

Cuba buat beberapa segmen pelanggan, cuba promote pada mereka, dan lihat, mana satu segmen yang lebih mudah terjual.

Cuba sebulan dua, tengok hasil. Kemudian fokus 1 segmen sahaja kaw-kaw.

2. M Kedua – Mesej

Marketing tanpa mesej yang betul, bukan lah marketing.

Dalam dunia bisnes, Mesej ini dipanggil Copywriting.

Copywriting ialah ayat iklan atau ayat jualan.

Ayat jualan anda mestilah ditujukan pada bakal pembeli yang spesifik. (seperti yang anda baca di atas tadi)

Tapi, ayat iklan anda juga perlu fokus dan spesifik juga.

Contoh kesilapan dalam copywriting :

A. 1 Produk Banyak Penyakit Nak Sembuhkan.
Katalah produk yang anda nak jual ini, produk minuman kesihatan.

Boleh rawat kencing manis, darah tinggi, gout, kanser dan resdung.

Anda pun bubuhlah semua penyakit dalam ayat anda :

“Ada tak kenal siapa-siapa yang ada masalah kencing manis, darah tinggi dan gout?

Saya ada produk A yang bla bla bla…..”

Jangan macam atas ni ya.
Satu ayat copywriting, fokus untuk selesaikan 1 masalah sahaja.

Jika kencing manis, kencing manis sahaja.

B. 1 Produk, 1 Penyakit, Target Banyak Masalah Pula.
Anda jual 1 produk ni, khusus untuk 1 penyakit. Katalah ubat resdung.

Resdung ni akan menyebabkan beberapa masalah kepada penghidapnya.

Contoh masalah ialah, migrain, gatal-gatal hidung, jerawat, hidung berair, kerap selsema terutama waktu pagi.

Lain orang, lain jenis masalah yang dihadapi oleh penghidap resdung.

 

Anda pun katalah dalam ayat anda,

“Ubat resdung ini mampu hilangkan masalah V, W, X, Y dan Z”.
Jika anda ada masalah W (katalah gatal hidung) dan tiada masalah V(katalah migrain),

anda akan rasa iklan atau ubat ni bukan untuk anda.
Dan kita kena faham, dalam dunia internet, kita ada 3 saat sahaja untuk tarik perhatian pembaca.

Kebanyakan mereka ialah fast-reading, dia scan je ayat tu.

Boleh jadi, mereka akan terlepas baca bahagian yang ubat ni boleh selesaikan masalah mereka.
Jadi untuk lebih selamat, spesifikkan masalah, dan try beberapa kali untuk semua jenis masalah.

Lihat, masalah mana yang sering dihadapi, dan lihat mana yang lebih mudah terjual.

Kemudian, fokus mencari pelanggan yang ada masalah itu sahaja.

Contoh lain : Krim kecantikan muka yang boleh hilangkan jerawat, jeragat, parut, melicinkan muka, memutihkan wajah.

Jangan letak semua. Pilih 1 sahaja masalah untuk diselesaikan dalam 1 ayat.

Anda boleh cuba nak selesaikan setiap masalah, tapi fokus 1 sahaja dalam 1 copywriting.

Kemudian fokus, masalah mana lebih banyak buat jualan.

3. M Ketiga – Media

Ini platform, tempat anda meniaga.

Saluran Media apa yang anda pilih untuk sampaikan Mesej(ayat jualan) kepada Market (Spesific Customer).

Ada yang guna Facebook, Instagram, Website, Mudah, Lelong dan lain-lain.

Nasihat mentor saya, fokus 1 platform sahaja.

Jika FB, FB sahaja.

Jika IG, IG sahaja.

Anda boleh buat dua-dua, tapi takut kerja anda kurang berkualiti, kurang fokus.

Kalau boleh kita nak fokuskan 1Market, 1Mesej, 1Media.

untuk betul-betul letak usaha maksimum, betul-betul kuasai bisnes anda.

(Tapi sebelum pilih 1 untuk fokus, kita kena test dulu beberapa segmen Market, beberapa segmen Mesej, dan beberapa segmen Media,

lihat mana yang boleh buat lebih keuntungan, baru kita fokus – test ini akan ambil masa berbulan-bulan)

Ingat, jutawan yang ada beberapa bisnes pun, mereka fokus dulu sampai betul-betul mereka kuasai.

 

PRE-Gear 4.

(Gear 4 – dimana bisnes sudah jadi fully-automatic, atau half-automatic, dan sudah berkembang, dimana mencapai RM1juta dalam setahun bukan lagi mustahil)

 

Untuk masuk Gear Keempat, bukan dalam masa sebulan dua selepas anda mulakan bisnes.

2, 3 tahun? Mungkin ya, mungkin belum lagi.

Sifu Faisal Abdullah kata, mengikut kajian,

secara PURATA, sesebuah perniagaan itu akan mengambil masa 10 tahun untuk baru masuk Gear 4.

Tapi itu, statistik lama, bertahun-tahun lepas.

Mungkin boleh dipakai lagi, atau mungkin dengan teknologi moden sekarang, kita dapat shortcut sedikit.

Atau tidak.

Cuma saya nak anda faham, ia akan ambil masa lama.

Ianya satu proses.

Anda belajar, bertindak, gagal, bangun balik, bertindak, berkembang.

 

Ramai yang GIVE UP di awal jalan.

Antara sebabnya? Mereka takut GAGAL.

Baiklah, ini REALITI BISNES yang anda kena  pegang lumat-lumat.

 

Anda akan GAGAL!

 

Ya, anda kena faham anda AKAN GAGAL.

Kisah manis-manis peniaga jutawan yang anda dengar,

mereka semua pernah GAGAL. Bezanya, mereka BANGKIT KEMBALI.

Dan belajar dari kesilapan.

Jadi, terima realiti ini awal-awal, anda akan gagal,

supaya, anda bersedia untuk BANGKIT KEMBALI dan TERUSKAN PERJUANGAN.

Anda mungkin akan tersungkur di Gear 2 atau 3, anda mula balik Gear 1.

Naik balik, step-by-step.

Orait, anda dapat terima tak REALITI BISNES ni?

 

Jika dapat, reply emel saya “Saya TERIMA!”

Baiklah, tunggu emel saya seterusnya untuk dapatkan sambungannya. 🙂

 

 

“It’s not about how many times we tried, but how many times we fall and keep moving forward”

Al-Farabi Shariff

Al-Farabi Shariff

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor