Gear-Gear Bisnes 3

Ini ialah sambungan kepada Gear-Gear Bisnes : Gear 1 & 2

dan juga sambungan kepada Gear-Gear Bisnes : Gear 3 & Pre-Gear 4

GEAR 4

Seperti yang saya beritahu dalam Pre-Gear 4, Gear 4 dimana bisnes sudah jadi fully-automatic, atau half-automatic, dan sudah berkembang, dimana mencapai RM1juta dalam setahun bukan lagi mustahil)
Ada dua cara business automation yang saya nak kongsikan.

Teknik Pertama : Sales Funnel

url

Tarik Traffik >> Email Marketing >> Follow Up >> Sales >> Repeat Sales

Apa yang anda perlukan ?

  1. Laman web jualan
  2. Ilmu Tarik Traffik (cari prospek) dengan iklan berbayar
  3. Ilmu Email Marketing & Follow Up
  4. Ilmu close sales

 

Antara automation ialah menarik trafik atau mencari prospek dengan iklan berbayar seperti FB Ads, Google Ads (Adwords).

Selepas mereka dapat prospek ke website mereka, mereka kumpul database seperti emel.

Dalam sesi email autoresponder lah mereka akan dapat emel secara berkala untuk beri value dan akhirnya berjaya menarik minat prospek untuk membeli.

Inilah yang dinamakan Business Funnel. Corong jualan.

sales funnel

Teknik menarik orang awam menjadi prospek,

dari prospek menjadi buyer,

dari buyer menjadi loyal customer,

dari loyal customer jadi tribe. (menjadi hard-die-fans anda)

 

 

2. Teknik Kedua : Duplicate Diri Dengan Hire Staff.

Ini saya belajar dari mentor bisnes saya. Teknik ni sesuai untuk menjual produk fizikal.

Cara untuk scale up business kita ialah dengan duplicate diri kita.

Sebab seseorang itu ada limitnya.

 

Contoh, jika saya seorang spend duit buat iklan RM100 sehari, tengok-tengok dapat RM1000 sales.

Jika ikut logik, jika naikkan modal RM1000, sales akan jadi RM10,000!

Betul tak?

Salah. Boleh jadi dia akan naik ke RM2000 ke RM5000, tapi takkan dua kali ganda. Kerana seseorang itu memang ada limit dia. Contoh, limit seseorang itu dia boleh menjual 15 unit sahaja.

Jika naikkan budget 2 kali ganda pun, dia takkan dapat double sales nya. Mungkin boleh, tapi agak tipis.

Caranya ialah dengan duplicate diri dengan hire staff. Tapi sebelum hire staff, pastikan diri sendiri dah lalui semua sistem dari buat iklan, close sales dan pos barang.

Katalah sehari maksimum saya boleh jual ialah 10 unit. Sebulan 300 unit.

Biar stabil setiap bulan terjual 300 unit untuk beberapa bulan.

 

Bila sudah stabil jual sebulan 300 unit, jika kita hire staff, dia akan jadi double, dapat 600 unit.

Tugas staff ialah close sale sahaja. Kita yang buatkan iklan, sampai kat staff, dia akan close sale.

Staff takkan tahu tentang cara buat iklan. Pastikan anda memang sudah master dalam Paid Advertising seperti menggunakan Facebook Ads & Google Ads.

Hire seorang staff dulu untuk close sale, bila seorang staff tu dah stabil buat 10 unit sehari, kita pun 10 unit sehari, kita hire seorang staff lagi.

 

Untuk buat ni anda mestilah :

  1. Sudah arif menggunakan platform iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Adwords
  2. Sudah stabil beberapa bulan dengan buat seorang diri.
  3. Sudah ada modal yang banyak untuk gaji staff & sewa office jika perlu.
  4. Ada ilmu close sale yang bagus.

 

Bila sudah stabil dengan 3-4 orang staff, kita dah boleh lepas tangan. Tugas kita hanya pantau dan buat analisis prestasi iklan sahaja. Semuanya dah automated.

 

Anda boleh buat dua teknik ini dengan :

  1. Seorang diri.
  2. Berkumpulan – Cari Partner
  3. Jadi boss (baca=leader) dan Hire staff

 

 

Tapi jika anda bermula dari kosong, mestilah anda kena buat seorang diri dulu kan.

 

Mestilah anda nak cari ilmu pengiklanan percuma dan berbayar kan.

Mestilah anda nak cari sifu A itu belajar pasal Marketing A,

cari sifu B untuk cari pasal Marketing B,

dan seterusnya.

 

 

Begitulah saya waktu dulu. Saya blurr.

Saya tak tau nak belajar apa dulu. Saya tak tau nak cari siapa dan belajar dari siapa.

Saya tak tau nak bermula.

 

Akhirnya saya banyak bazir masa, fokus benda yang tak patut. Walaupun saya banyak belajar dari kesilapan tu, saya taknak orang-orang yang baru nak mula bisnes pun bazir banyak masa.

 

Biarlah dari awal, diberi bimbingan nak mula dari mana.

 

Oleh itu saya nak kongsikan bagaimana saya yang SUPER-SIBUK sebagai pelajar-suami-ayah-guru tusyen-peniaga-aktivis.

Dan dalam masa yang sama, bermula seorang diri, pergi belajar ilmu bisnes sana sini, dan akhirnya alhamdulillah saya dapat mulakan bisnes online dengan baik walaupun super-sibuk.

Dan sekarang saya nak bimbing tangan anda untuk pergi lebih jauh.

Klik sini untuk baca lanjut : http://alfarabishariff.com/leverage-bisnes-online/

Bagaimana Saya Leverage Bisnes Online Saya Dan Buat Duit 3-4 Angka Secara 80% Automatik

 

“Lebih baik membayar yuran kepandaian dari membayar cukai kebodohan”

 

Al-Farabi Shariff

Al-Farabi Shariff

 

 

 

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor