Anda ada angan-angan untuk menjadi seorang pengasas bisnes atau kata glamour dia business founder? Kebelakangan ini banyak kita dengar orang melayu sudah mula maju dalam perniagaan. Ada yang buat bisnes kecil-kecilan, perniagaan francais dan lain-lain.

Mesti anda tertanya-tanya kan bagaimana mereka memulakan perniagaan? Mungkin ramai yang mulakan bisnes tanpa sebarang asas, tapi tahukah anda 3 tahun pertama merupakan satu cabaran besar untuk memastikan bisnes tersebut boleh kekal sustain.

Jadi saya akan kongsikan asas untuk anda memulakan perniagaan dan menjadikan ia satu bisnes long-term anda.

Mungkin ada tips bisnes dibawah boleh membantu untuk mulakan perniagaan kelak .

 

Jom geledah!

 

1) Bina branding

Kenapa jenama? Yelah berapa ramai orang sanggup berabis duit untuk dapatkan sesuatu barang tu sebab jenama je? Contoh mudah Apple. Beratur orang menunggu bila setiap keluaran baru mereka keluar.

Jadi sangat penting untuk kukuhkan jenama di tempat yang betul. Dengan jenama saja, anda mampu membina kepercayaan orang ramai kepada bisnes anda. Impak branding ini penting membantu bisnes anda pergi lebih jauh.

 

2) Bina networking bisnes

Dalam bisnes, penting untuk anda bina “networking” atau hubungan dengan orang yang ada mentality sama dengan anda (mentality bisnes). Kerana disamping itu anda boleh memperoleh pandangan yang berbeza, berita terkini dan ilmu baru dalam dunia perniagaan ni.

 

3) Lakukan perkara yang anda suka sebagai bisnes

Menjadikan hobi, kemahiran atau perkara yang anda minati sebagai satu sumber untuk menjana duit adalah idea bisnes yang terbaik.

Dengan perkara ini anda akan lebih semangat untuk buat perkara tu berulang kali, yelah dah suka sangat buat benda tu kan.

 

4) Pelbagaikan sumber pendapatan

Jika anda baru ingin memulakan perniagaan, penting pelbagaikan sumber pendapatan anda kepada pendapatan aktif(pendapatan utama), pendapatan pasif dan pendapatan sampingan(buat bisnes kecil-kecilan). Kerana dalam 3 tahun pertama perniagaan, ia merupakan cabaran terbesar untuk anda hadapi.

Oleh itu, sangat digalakkan untuk pelbagaikan sumber terlebih dahulu sebelum anda benar-benar menjadikan bisnes yang anda lakukan sebagai sumber pertama. Standby payung sebelum hujan la kan.

 

5) Mula melabur untuk ilmu bisnes

Bisnes merupakan satu perlumbaan dimana jika anda ketinggalan dalam satu fasa ia boleh menghambat bisnes tersebut seperti yang dihadapi oleh syarikat Kodak dan lain-lain.

Laburkan sikit wang anda untuk join kelas, seminar atau apa-apa yang membolehkan anda memperolehi ilmu baru untuk bisnes anda. Belajar dari mereka yang pakar dan berpengalaman untuk menambah baik ilmu dan skil anda.

Dengan ilmu terebut anda mampu untuk mengawal dan maramal risiko dalam bisnes dengan lebih baik.

 

6) Platform menjual yang betul

Dalam bisnes, platform menjual ni sangat penting kerana ia adalah medium untuk anda berhubung dengan bakal pelanggan anda. Ibarat kedai anda la.

Antara platform online yang boleh digunakan adalah Facebook, instagram, website dan banyak lagi. Jadi anda boleh pilih platform yang bersesuaian dengan produk anda.

Selain itu boleh gunakan medium Whatsaap, SMS dan sebagainya untuk “follow up” dengan pembeli produk anda.

 

7) Kawan dengan orang yang lebih berjaya

Siapa anda pada masa akan datang adalah siapa kawan-kawan anda sekarang. Sebab hal tersebut akan mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan anda dalam segenap sudut.

 

8) Kongsi rezeki bisnes

Anda dah ada bisnes yang “sustain”, apa kata anda buka peluang kepada orang lain juga. Sebab “More you give, more you get”. Lagi seronok kan kita dapat berkonsi rezeki kita dengan orang lain juga.

 

Semoga artkel di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan panduan asas sebelum anda memulakan bisnes anda sendiri kelak.

Anda dapat sesuatu? Jom SHARE artikel ni supaya lebih ramai orang dapat manfaat juga 🙂

 

 

 

WordPress Security