Hai Assalamualaikum,

Saya Al-Farabi Shariiff seorang fulltime internet marketer.

Passion dan kepakaran saya adalah bagaimana untuk mengautomatikkan bisnes semaksimum mungkin dan menjana ribuan ringgit dengan kerja yang minimum.

Saya juga membantu ramai usahawan kecil untuk untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ok baiklah. Mari saya kongsikan kepada anda bagaimana saya menjana 4 angka walaupun dalam kesibukan dengan banyak perkara secara pasif tanpa perlu saya menghabiskan duit untuk iklan berbayar.

 

Ok ini Cara Saya

 

–> saya akan pastikan website saya berada DI PAGE PERTAMA GOOGLE (SEO Method) bila mereka buat carian di Google.

 

Mengikut statistik global, dalam 65% menggunakan Google sebagai enjin carian. Anda pun nak cari sesuatu, guna Google kan?

 

leverage bisnes online

Anda kena faham, orang yang mencari di Google, “buying intent” mereka lebih kuat dari mereka yang sedang bersosial di Facebook. Bila orang google sesuatu, mereka sedang mencari solusi kepada masalah mereka.

 

Di Facebook,produk kejar pelanggan,
Di Google,pelanggan kejar produk.

 

Dan biasanya orang hanya klik website di page pertama Google sahaja. Anda pun jarang sekali tekan page kedua kan?

Jadi bagaimana anda nak letakkan produk anda di first page google?

Jika anda merupakan seorang owner produk,bagaimana anda nak mudahkan carian jenama anda di google?

Search Engine Optimization atau yang  selalu kita dengar  SEO adalah sangat penting  pada masa kini. Jadi sangat penting untuk kita memahami maksud sebenar SEO serta potensi yang sangat besar terhadap setiap perniagaan samada berskala kecil atau besar.

 

Apa Itu SEO ?

 

 

seo

 

 

 

 

 

 

 

 

Search Engine Optimization atau lebih mudah disebut sebagai SEO adalah teknik atau setting percuma untuk memudahkan carian di Google dan rank-kan di first page google.

Algoritma Google adalah mereka akan memberikan jawapan yang setepat mungkin kepada berjuta-juta carian bagi membantu pelanggan mereka selesaikan masalah.

Jadi SEO lah yang memainkan peranan untuk Google beritahu yang kita mempunyai solusi terbaik kepada masalah pelanggan mereka berdasarkan keyword yang kita gunakan.

Sebagai contoh saya menjual produk Garcinia Burner dan menggunakan keyword untuk SEO sebagai Garcinia Burner, jika pembeli membuat carian Garcinia Burner,maka mereka akan lihat website saya pada ranking teratas di first page google.

 

SEO

Dan yang paling menarik,website anda bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia,tetapi seluruh dunia.

 

Pengalaman Saya Sehingga Menjual Produk Malaysia Ke Jepun !

Bukan sahaja orang Malaysia beli, sampai orang di Jepun pun turut beli hasil dari carian Google!

 

 

Mengapa SEO penting?

 

Orang yang membuat carian di Google adalah untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi. Jadi anda mudah tukarkan prospek kepada pelanggan anda.

Jika anda mempunyai website,tetapi tidak ada traffik,maka anda bazirkan duit sahaja.

Dalam pasaran yang kompetitif hari ini, SEO adalah sangat penting. Berjuta-juta pengguna membuat carian setiap hari mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka.

 

Jika anda mempunyai laman web, blog atau kedai online, SEO boleh membantu perniagaan anda berkembang dan memenuhi objektif perniagaan.

Majoriti pengguna google lebih cenderung untuk klik carian pada first page google berbanding page kedua dan seterusnya. JIka website anda berada pada ranking teratas dengan menggunakan teknik SEO yang betul,anda bakal menerima traffik yang sangat tinggi setiap hari secara percuma.

Kedudukan website yang teratas dalam carian,meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan kepada produk dan servis anda.

Traffik yang anda terima daripada carian google adalah “buying intent” yang tinggi. Senang untuk anda menukarkan prospek menjadi pelanggan.

SEO boleh menjadikan anda lebih kehadapan berbanding pesaing anda. Anda lebih cenderung untuk mempunyai lebih banyak pelanggan dan membuat lebih banyak jualan.

 

 

Pengenalan kepada SEO untuk newbie

 

Bagi orang yang masih baru dengan website atau pemasaran google mungkin sedikit rumit untuk faham apa itu SEO.

Secara mudahnya, Search Engine Optimization adalah satu cara untuk memudahkan carian website atau kedai online anda di carian Google ,Yahoo, Bing atau enjin carian lain.

Apabila anda melakukan carian di Google (atau mana-mana enjin carian yang lain) paparan ditunjukkan berdasarkan algoritma kompleks dan disusun mengikut ranking.

Algoritma ini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan web page yang mana akan berada di tempat pertama, tempat kedua dan lain-lain.

 

SEO memberikan kelebihan kepada website anda untuk berada di dalam carian teratas google berbanding website yang tidak menggunakan SEO sekaligus dapat menghantar traffik percuma yang sangat tinggi.

Recommended : Bagaimana Saya Leverage Bisnes Online Saya Dan Buat Duit 3-4 Angka Secara 80% Automatik

 

 

Apakah perbezaan SEO dan pemasaran Internet?

 

Ada orang bertanya kepada saya, “adakah SEO sama seperti Internet Marketing?” Jawapan mudah yang saya berikan, SEO adalah salah satu senjata pemasaran yang sangat power yang wajib anda gunakan dalam perniagaan anda daripada beratus-ratus senjata pemasaran yang ada.

Ia tidak seperti Internet Marketing tetapi ia boleh menjadi sebahagian daripada kempen Pemasaran Internet anda secara keseluruhan yang biasanya termasuk perkara-perkara lain seperti promosi media sosial, strategi kandungan dan lain-lain.

 

Jika anda sebelum ini menggunakan medium seperti facebook,instagram dan lain-lain,anda perlu tambah dengan medium google untuk pemasaran untuk bertahan lama dalam medan perniagaan.

 

 

SEO adalah satu asset kepada bisnes anda

 

SEO adalah stategi jangka masa panjang untuk anda berada di medan perniagaan.

Syarikat atau perniagaan yang tidak mempunyai website atau tidak mempunyai SEO yang bagus boleh dianggap tidak serius dengan perniagaan untuk jangka masa panjang.

SEO adalah salah satu cara terbaik untuk anda mendapat traffik yang berterusan secara percuma tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan.

 

 

Sekian saja perkongsian dari saya.

JIka ianya bermanfaat,jangan lupa untuk share ya.

 

Al-Farabi Shariff
Pengetua Sekolah IM Hustler

Al-Farabi Shariff

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor