Leverage Bisnes Online? Apa tu?

POST INI KHAS UNTUK ANDA YANG ADA MASALAH :

  1. Baru nak mula bisnes tapi tak tau nak mula dari mana

  2. Nak mula bisnes tapi TAK BANYAK MODAL

  3. Nak buat bisnes tapi SIBUK bekerja makan gaji, belajar, dan jaga anak kat rumah

  4. Dah mula buat bisnes tapi PENAT nak promosikan produk setiap hari di FB & IG

  5.  Owner produk yang nak tambah medium pemasaran

 

Begini, saya mula bisnes ketika saya sedang belajar di sebuah IPTA, mengambil “Degree in Mechatronics Engineering”. Bukan nak bangga atau apa, kos ni dikatakan diantara kos yang paling susah jugaklah di Uni saya tu. Tu lah ngada-ngada nak ambil sangat, kan dah kena haha.

 

Saya juga kahwin awal, masa umur 22 tahun. Ketika tu awal 3rd year di IPTA.
Saya juga mengajar tusyen dan aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO.

 

Sooo, sebenarnya nak katakan saya seorang yang sangat sibuk.
Seorang pelajar-suami-ayah-guru tusyen-peniaga-aktivis.

 

Dan yang paling menyibukkan saya ialah kos engineering yang makin susah, sibuk dengan assignment, quiz, projects dan exams yang memeritkan.

 

Jadi, otak saya ligat memikirkan cara bagaimana dalam kesibukan ini, saya mampu berniaga online tanpa mengambil terlalu banyak masa saya. Sebab banyak komitmen kot. Nak bagi nafkah pada keluarga lagi.

 

Jika nak promote produk di Facebook group, nak buat Facebook Ads dan close sales, sangat mengambil masa yang lama.

Dahlah weekend, nak kena balik kampung, rumah mertua lagi. Masa berkualiti bersama isteri lagi. Nanti tak spend masa majuk pulak bini tu huhu.

 

Oleh sebab itulah selepas beberapa kali percubaan & kegagalan, akhirnya saya “terjumpa” cara untuk masih buat 3-4 angka dengan membuatkannya “automatik” sebanyak 80%. Pendek kata, saya “LEVERAGE” bisnes online saya tu.

 

Saya hanya ambil masa kurang 10 minit untuk close sales & uruskan order. Masa yang selebihnya saya guna untuk buat bisnes saya secara aktif (seperti buat iklan berbayar), masa untuk belajar, dan untuk family.

 

Jadi Bagaimanakah Saya Buat Dia 80% Automatik?

Saya ringkaskan ya. Begini stepnya :

  1. Saya mulakan bisnes tanpa modal, dengan konsep dropship (jadi orang tengah).
    Jadi jimat banyak masa, tak perlu pegang barang, tak perlu restock, tak perlu pos barang.
  2. Saya buat Website cara tersimple, tanpa perlu coding & benda renyah.
  3. Saya buat sales page di website tu, segala info & cara pembelian dinyatakan disitu.
  4. Bila ada orang SMS/Whatsapp, saya close sales dengan penuh seni dan hantar order dengan owner dropship. Kalau tak beli saya follow up sampai lebam.

Eh takkan tu je?

Okay nampak simple kan, tapi apa yang 80% automatiknya?
Bagaimana orang boleh jumpa website kita, sales page kita dan akhirnya nak buat belian?

 

 

Ok ini RAHSIANYA

–> saya akan pastikan website saya berada DI PAGE PERTAMA GOOGLE bila mereka buat carian di Google.

Mengikut statistik global, dalam 60% menggunakan Google sebagai enjin carian. Anda pun nak cari sesuatu, guna Google kan?

Anda kena faham, orang yang mencari di Google, “buying intent” mereka lebih kuat dari mereka yang sedang bersosial di Facebook. Bila orang google sesuatu, mereka sedang mencari solusi kepada masalah mereka.

Di Facebook,produk kejar pelanggan,
Di Google,pelanggan kejar produk.

Dan biasanya orang hanya klik website di page pertama Google sahaja. Anda pun jarang sekali tekan page kedua kan?

So saya akan pastikan mereka jumpa website saya di page pertama, apabila mereka cari “perkataan tertentu”.

Apakah Kelebihan & Kekurangan Teknik Ini?

 

Kelebihannya :

  1. Tak perlu sibuk cari pembeli baru
  2. Website kita bila dah masuk tempat pertama, akan susah nak turun ke page kedua.
  3. Tak perlu penat-penat promote setiap hari. Bila kita sibuk & tak promote, tiada orang beli kan?
  4. Tunggu je orang contact kita. Orang yang contact kita ni betul-betul “targeted”, inshaAllah mudah nak close sales.
  5. Tak perlu penat-penat keluar duit iklan lagi. 

 

 

Kekurangan :

  1. Tak senang nak letak website kita di first page Google, apatahlagi bila ramai saingan, namun boleh je, kena ada caranya (itu yang saya ajarkan nanti)
  2. Ambil masa yang lama (dalam 1 bulan -3 bulan) untuk rank di first page. Bila dah rank first page, boleh tuai hasil untuk bertahun-tahun lamanya. 🙂
  3. Orang takkan contact anda setiap hari, kerana bila ada orang google masalah tu sahaja, mereka jumpa website anda. Dan jika berminat mereka contact.
    Ikut pengalaman saya, dalam sebulan, bawah 20 orang akan contact saya. Itu cukup untuk saya buat 3-4 angka secara santai-santai.

 

 

Anda perlu jadikan “Leverage Bisnes Online” ini adalah salah satu senjata pemasaran anda daripada berpuluh senjata pemasaran yang anda ada.

Anda  just rank-kan website di page pertama Google, dan biarkan. Set & forget. Tau-tau ada orang whatsapp. Close sales, siap.

 

Jadi, saya nak kongsikan kepada anda bagaimana saya buat ni, dari A sampai Z. Tanpa selindung apa-apa.

Saya namakan ia Sekolah IM Hustler : Leverage Bisnes Online.

 

Bukti saya buat 3-4 angka tanpa fb ads

Boleh tonton video dibawah :

Maafkan suara saya yang tak jelas dalam video di atas ni, waktu ni tak beli Microphone mahal lagi. Rakaman & Kelas Live akan lebih jelas suaranya.

 

Apa Yang Anda Akan belajar Dalam Program Leverage Bisnes Online?

leverage-bisnes-online

Program Leverage Bisnes Online ini ialah Rakaman kelas intensif 6 minggu (6 weeks course).

Secara webinar, kelas online. Depan laptop, di bilik anda jer. Tak perlu bazir duit dan masa pergi kelas jauh-jauh.

 

Dimana saya kongsikan dari A sampai Z. Sangat sesuai untuk mereka yang kosong, baru nak bermula, sedang sibuk dan dalam masa sama nak berniaga juga.

Oleh itu saya sudah “design” program ini agar ia mudah faham, banyak praktikal, bukan teori semata.

So apa yang anda akan belajar nanti?

Week 1 : Asas, Overview, Niche & Product Selection

– Wajib mula dengan kelas ini
– Di sini anda akan belajar ASAS BISNES yang ramai peniaga terlepas pandang & ambil enteng
– Brainwash & mempersediakan anda untuk membina bisnes, bukan hanya buat duit
– Blueprint A-Z, saya terangkan strategi dari awal hingga akhir setiap satu, agar anda dapat lihat overview keseluruhan dahulu sebelum mula kelas seterusnya
– Cara memilih niche, product & supplier yang sesuai dengan strategi ini (akan timbul masalah jika tersalah pilih)

 

Week 2 : Website & WordPress Mastery

– Anda akan belajar tentang Domain, Hosting, WordPress, Cpanel, Google Analytics, Webmaster
– Kelas Teknikal tetapi saya akan pilih yang penting & perlu sahaja
– Saya akan bagi panduan saya untuk buat website dengan cara paling simple tanpa perlu coding. Ia semudah membeli barang di Lazada.
– Selepas

 

Week 3 : Copywriting & Customer Avatar

– Anda akan belajar Copywriting/Ayat Iklan yang berkesan & proven
-Tak perlu jadi master copywriter, tak perlu mula dari kosong, guna sahaja formula rahsia & apply
– Cara membina copywriting yang menghasilkan sales page yang convert
– Customer avatar : Kenal pelanggan anda sedalam-dalamnya
– Tujuan Customer Avatar yang ramai orang tak tahu

 

Week 4 : SEO : Traffic Getting Mastery

– Anda akan belajar selok belok untuk meletakkan page anda di 1st page Google
– Pendedahan rahsia bagaimana anda boleh menembus 1st page Google di Malaysia walau saingan anda kuat
– anda sekarang sudah boleh menjadi SEO player

 

Week 5 : The Closer : Close That Sale!

– Anda akan belajar seni close sales yang halus mulus
– Saya akan kongsikan contoh skrip close sales saya yang berjaya convert 80% prospek kpd pembeli (biiznillah)
– Belajar psikologi manusia dalam membeli
– Penggunaan & pemilihan perkataan yang “trigger” emosi & “buying button”
– Cara follow up berseni

 

Week 6 : Automation & Advanced

– Di sinilah saya akan tunjuk secara full bagaimana nak automatekan segalanya
– Dan saya akan kongsikan rahsia bagaimana anda boleh go further and beyond dari apa yang anda belajar sekarang ini.

 

 

 

Ada Testimoni Ke Program Leverage Bisnes Online Ni?

Sebenarnya pada bulan Mac 2016, saya sudah mulakan program ini secara underground, untuk small circle saya sahaja.

Jadi ini antara testimoni pelajar yang sudah berjaya dan mula buat duit selepas praktikkan apa yang saya ajarkan 🙂

 

Testimoni Leverage Bisnes Online Pertama

 

“Dalam 45 hari, 8 orang PM, 3 orang beli. Sales RM690Tanpa buat iklan berbayar – tunggu orang PM je.”

testimoni-leverage-bisnes-online-1

 

Mohammad Syafiq ialah diantara peserta Program Leverage Bisnes Online (LBO) yang sentiasa hadir ke kelas 6 minggu ni. Sangat bersemangat dan ikut direct apa yang saya kongsikan.

 

Alhamdulillah, setelah dalam 3 bulan, website beliau sudah mula ranking di 1st page Google. Produk yang beliau jual dan keyword yang digunakan bukan calang-calang, tinggi juga persaingan. Iklan berbayar memang sentiasa ada untuk keyword produk tersebut.

 

Namun alhamdulillah tanpa buat iklan berbayar, hanya ikut apa yang Program Leverage Bisnes Online ajar, dalam 45 hari beliau dapat 8 orang PM. 3 orang jadi beli. lagi 5 tunggu na follow up. Sales yang dibuat dalam RM690.

Dan yang bestnya :

  1. Tak perlu keluar duit iklan berbayar untuk buat sales
  2. Hanya guna masa tak sampai 10 minit untuk close sales & uruskan order
  3. Masa yang selebihnya, beliau fokus jual produk yang sama secara aktif dengan cara lain pula.

 

Sebab itulah dinamakan program ini Leverage Bisnes Online, bermaksud kita “leverage”-kan dengan letakkan website kita di first page google, dan hanya menunggu orang contact kita sahaja, tanpa perlu buat apa-apa (bila dah ranking).

 

testimoni-lbo-muhammad-syafiq
testimoni-leverage-bisnes-online-2

Testimoni Leverage Bisnes Online Kedua

 

Nurul Shafiqah antara yang last minit nak join Leverage Bisnes Online. Tak silap dia lah peserta terakhir daftar.

 

testimoni-leverage-bisnes-online-4

 

Dahulunya beliau hilang keyakinan untuk berbisnes kerana telah beberapa kali gagal, bila buat bisnes je tiada sambutan. Sebelum ni beliau jual produk dropship di Facebook. Penat kan nak buat post jualan setiap hari.

 

Tapi alhamdulillah, beliau ikut sebijik apa yang saya kongsikan, malah sekarang sudah berjaya masukkan websitenya ke page pertama Google untuk 3 jenis produk yang hot giler dijual di Facebook.

 

Tau tak, kadang2, kita penat buat iklan FB Ads, tapi last2 dia search kat Google jugak sebab masih kurang konfiden. Last-last beli kat penjual di Google. Customer saya banyak je camni.

 

Semasa gambar dibawah ni, 2 keywords sudah rank 1st page, tapi keywords ketiga 2nd page. Sekarang alhamdulillah keyword ketiga pun masuk 1st page. So semua yang dia buat dapat masuk first page.

 

Itulah RAHSIA yang saya kongsikan kepada pelajar Program LBO. Rahsia dimana anda masih boleh masuk 1st page ranking, walau persaingan kuat. Teknik “whitehat” dan legal sahaja. Kita nak cari rezeki berkat kan? 🙂

 

 

Testimoni Leverage Bisnes Online Ketiga

 

Nurul Atiqah ialah antara peserta yang terawal mendaftar Program LBO. Walaupun sibuk & ada masalah dengan laptop, beliau gigih untuk hadir setiap sesi dan buat seperti yang saya kongsikan.

Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan juga website beliau dah mula ranking untuk produk yang juga panas dijual di Facebook menggunakan FB Ads. Ni pun dah beberapa orang PM dia. 🙂

 

testimoni-leverage-bisnes-online-5

 

Apa Feedback & Review Peserta LBO Yang Lain?

 

Jangan risau, saya sudah compile-kan semua testimoni & feedback pelajar-pelajar lain. Anda boleh tengok semuanya di sini : (KLIK LINK DI BAWAH NI)

 

Testimoni Sekolah IM Hustler : Leverage Bisnes Online

 

Yang paling best sekali teknik ni adalah,secara automatik pelanggan anda adalah worldwide

 

Pengalaman Saya Sehingga Menjual Produk Malaysia Ke Jepun !

Bukan sahaja orang Malaysia beli, sampai orang di Jepun pun turut beli hasil dari carian Google!

BERMINAT UNTUK JOIN PROGRAM LEVERAGE BISNES ONLINE?

leverage-bisnes-online

Kebetulan buat masa ini, sedang ada promosi kupon diskaun KHAS untuk Program 6 Minggu Leverage Bisnes Online ni.

Tapi kena cepatlah, takut kupon ni dah tamat tarikh dah.

Jika nak tebus kupon diskaun tu, boleh Klik butang kuning di bawah ni ya 🙂

 

 

Sekian,

Al-Farabi Shariff
Pengetua Sekolah IM Hustler

Al-Farabi Shariff