Bisnes dropship memang mudah dengan modal yang sangat sedikit mahupun tanpa sebarang modal pun sudah boleh memiliki bisnes online dropship anda sendiri.

Selain itu, anda juga tidak perlu menguruskan barang, penghantaran dan sebagainya yang menyebabkan bisnes dropship ini sebagai pilihan ramai orang.

Awas!

Apabila anda menjalankan bisnes online dropship, anda akan memberikan sebahagian besar pengurusan bisnes online anda kepada orang lain.

Selepas anda membuat pesanan kepada dropshipper(pembekal), anda tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Anda tidak membuat pembungkusan mahupun penghantaran.

Jadi adakah anda tahu barang apa yang terdapat dalam bungkusan dan bila masa ianya dihantar dan sebagainya?

Betul, semua itu diluar kawalan anda.

Dalam artikel ini saya akan senaraikan beberapa masalah yang mungkin terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya khas untuk yang nak mulakan bisnes dropship dan mereka yang sedang buat bisnes dropship.

Ready nak tahu?

 

Berikut 8 masalah yang mungkin dihadapi para peniaga dropship.

 

1. Kehabisan stok

Merupakan masalah yang sering terjadi dikalangan peniaga online dropship ialah kehabisan stok. Lebih buruk, pihak dropshipper tidak update tentang hal tersebut dengan anda.

Isu ini akan menjejaskan bisnes dropship anda kerana barang yang diperlukan tiada.

Lagi bermasalah jika prospek dah selesai membuat pesanan dan bayaran kepada anda.

Solusi:

Anda boleh menghubungi pelanggan dengan segera, lebih baik jika anda call mereka terus dan ceritakan situasi tersebut dan nyatakan alternative yang ada.

Selain itu, anda boleh cari pembekal lain yang turut membekalkan produk tersebut sebagai persedian jika hal ini terjadi.

 

2. Penghantaran lewat

Antara perkara yang merisaukan orang yang lakukan bisnes dropship. Sebab itu penting untukĀ  ketahui jadual penghantaran barang oleh pihak dropshipper anda.

Tak semua dropshipper membuat pengeposan barang setiap hari.

Hal ini akan membuat masa penerimaan menjadi panjang dan prospek akan meragui dengan servis kita. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali membeli dengan kita.

Solusi:

Selidik dan ambil tahu jadual penghantaran pihak dropshipper supaya anda maklum dengan masa yang diperlukan untuk satu penghantaran. Jadi anda boleh beritahu prospek supaya mereka faham dengan masa penghantaran yang anda perlukan.

 

3. Tersalah hantar barang

Masalah ini boleh terjadi sekiranya dropshipper anda menyediakan pelbagai produk yang berbeza-beza.

Jadi tak mustahil barang lain boleh termasuk kedalam pesanan anda kan?

Dropshipper pun ada banyak pesanan yang lain juga. Biasalah manusia mana ada yang boleh lari dari buat silap kan?

Solusi:

Penting untuk anda tahu polisi pemulangan barang oleh pihak dropshipper. Anda akan lebih bersedia dan tahu apa tindakan yang perlu dibuat sekiranya perkara ini terjadi.

 

4. Tersalah kuantiti

Lebih kurang seperti masalah diatas, hal ini juga boleh berlaku kepada anda. Memang kesilapan datang dari pihak dropshipper, tapi bisnes dropship anda yang akan terjejas.

Sebab first-impression tu dah tercalar kan. Pelanggan akan ragu untuk buat belian seterusnya dengan bisnes online dropship anda.

Solusi:

Juga anda perlu tahu tentang polisi pemulangan,pertukaran oleh dropshipper anda.

Mudah untuk anda berurusan dengan pelanggan dan dropshipper setelah anda tahu cara untuk selesaikannya melalui polisi yang ada.

 

5. Tersalah membuat pesanan kepada dropshipper

Masalah ini mungkin berpunca dari anda sendiri. Yelah bisnes tengah hujan “PM” kan? Mungkin ada yang tersalah pandang dan sebagainya.

Dropshipper pula ada lebih dari satu, tak mustahil anda boleh tersalah membuat pesanan kepada dropshipper anda. Pelanggan pula yang jadi mangsa dapat barang lain.

Solusi:

Double check sebelum membuat pesanan. Selain itu, susun setiap data tu dengan baik.

Masukkan dalam excel dan sebagainya untuk rujukan masa akan datang. Jadi anda boleh kenal pasti masalah dengan lebih mudah samada ia datang dari kecuaian anda sendiri atau pihak yang lain.

 

6. Salah alamat penghantaran boleh menjejaskan bisnes dropship anda

Hal ini boleh berpunca dari kesilapan anda ataupun dropshipper. Masalah ini nampak berkait antara satu sama lain dengan masalah di atas kan.

Yup, itulah yang sering terjadi dikalangan peniaga dropship.

Masalah salah alamat penghantaran akan menyukarkan pelanggan juga sebab perlu membuat pemulangan semula dan sebagainya walaupun bukan salah mereka.

Solusi:

Pertama sekali ambil hati pelanggan tersebut semula kerana anda telah menyusahkan mereka. Berilah sesuatu sebagai ganjaran kepada mereka samada diskaun untuk pembelian akan datang, beri barang percuma dan sebagainya.

Selepas itu, masalah pemulangan anda boleh rujuk semula polisi yang disediakan oleh pihak dropshipper dan pihak yang terlibat antaranya pelanggan anda. Selain itu, anda mungkin boleh berurusan dengan pihak courier untuk mengubah alamat penghantaran.

 

7. Pelanggan terima barang yang rosak

Kebanyakan terjadi kepada mereka yang menjual produk elektronik ataupun produk yang sensitive untuk rosak. Pada awalnya mungkin produk dalam keadaan baik semasa berada di pembekal dan rosak semasa dalam proses penghantaran kepada pelanggan.

Masalah ini sering terjadi jika jarak penghantaran jauh.

Solusi:

Kebiasaan produk begini ada didatangkan sekali dengan warranty dan anda perlu tahu term and condition untuk tebus warranty tersebut.

Biasanya pembekal atau dropshipper akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan tugas anda hanya pastikan pelanggan membuat pemulangan semula kepada pihak pembekal terbabit.

 

8. Tersalah beri tracking number

Mungkin untuk sebahagian orang ini hanya benda kecil yang boleh diendahkan. Tapi untuk pelanggan yang membeli produk dengan harga yang tinggi, mereka sangat menantikan tracking number dari anda.

Yelah untuk orang yang pertama kali membeli dengan anda mesti risau kan, kot anda tipu dan sebagainya. Jadi isu ini bukan isu remeh sebenarnya.

Solusi:

Dapatkatkan tracking number secepat mungking dari dropshipper dan uji dulu tracking number tersebut untuk pastikan anda memberikan tracking number yang betul kepada pelanggan anda.

Sebab tracking number juga merupakan alat bantuan untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dengan bisnes dropship anda.

Tips untuk check tracking number untuk pelbagai courier, anda boleh kesini.

 

Menjalankan bisnes dropship mungkin kelihatan seperti sesuatu yang mudah dilakukan.

Benar. Tapi bisnes online dropship buatkan anda sangat bergantung pada pihak dropshipper termasuklah courier yang mereka gunakan untuk menghantar barang mereka.

Seperti biasa, apabila anda meletakkan pengurusan kepada orang lain, ia menyebabkan kesilapan boleh berlaku. Tapi, setiap masalah ada penyelesaian kan. Teruskan usaha untuk berniaga dan jangan putus asa dengan masalah seperti ini.

Jika anda ingin mulakan bisnes dropship secara online, saya ada sediakan artikel panduan lengkap dari awal hingga akhir untuk anda bermula dengan lebih yakin.

Anda boleh ke Sini untuk baca artikel tersebut.

Selamat Berniaga!