bisnes online dropship

5 Kelebihan Mulakan Bisnes Online Secara Dropship

Bisnes online dropship merupakan antara jenis perniagaan online yang mampu menjana untung yang begitu besar jika kena dengan caranya.

Selain itu, bisnes online dropship sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak untuk mulakan bisnes online dan timba pengalaman berniaga kecil kecilan di dunia maya ini.

Sebelum ini, untuk memulakan perniagaan online.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan sesuatu produk dan sebagainya yang kusutkan minda saja dan akhirnya tidak bermula lansung.

kan?

Antara jawapan untuk segala kekusutan anda untuk mulakan bisnes online ini adalah mulakan sebagai agen dropship saja.

Jom kita selongkar apa benda bisnes dropship ni.

Apa itu dropship?

bisnes online dropship

Dropship atau agen dropship ialah konsep perniagaan mudah, ringkas dan amat sesuai untuk orang yang ingin menceburi perniagaan online.

Anda akan menjadi orang tengah antara dropshipper(pembekal) dan pelanggan. (sila rujuk gambar diatas)

Konsep dropship tidak memerlukan modal yang tinggi dan boleh juga jadi bisnes online tanpa modal.

Yup, ada dropshipper yang kenakan yuran pendaftaran dan ada yang tak kenakan sebarang bayaran untuk anda berdaftar sebagai agen dropship mereka.

Selain itu, ada dropshipper yang akan guide anda dalam melakukan pemasaran produk dan share tips bisnes online sebagainya.

Kena pandai cari la okay dan biasanya jenis macam ni akan kenakan bayaran pendaftaran.

Apakah kelebihan memulakan bisnes online dropship?

1) Tidak perlu uruskan stok

Selain itu, apa yang seronok bisnes online dropship ni ialah anda tidak perlu menguruskan stok barang.

Selain itu, penghantaran barang ke pelanggan kerana semuanya akan diuruskan oleh dropshipper produk tersebut.

Tugas anda hanya perlu mempromosikan produk tersebut sahaja sehingga ia terjual.

Tak perlu nak susah urusan postage dan sebagainya. Best kan?

Dari segi jualan pula, harga anda akan tentukan mengikut kesesuaian dan harga pasaran produk tersebut.

Sebagai contoh:

Harga kos produk: Rm 30

Harga anda jual: Rm 45

Maka anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak Rm 30 sahaja kepada dropshipper anda dan anda telah jana untung sebanyak RM 15 dari hasil jualan tersebut.

Selepas itu, dropshipper yang akan membuat penghantaran produk tersebut terus ke pelanggan anda.

2) Risiko yang rendah

Dengan bisnes online dropship, bagai perniagaan modal kecil tapi menguntungkan atau boleh dilakukan tanpa sebarang modal.

Kerana sesetengah dropshipper mengambil yuran pendaftaran dan ada yang tidak.

Jadi tidak ada isu modal hangus dan sebagainya jika mulakan bisnes online secara dropship ni.

Kerana modalnya tidaklah sebesar untuk anda mulakan bisnes fizikal.

Jadi tak salah cari pengalaman kan?

3) Pelbagai pilihan produk

Terdapat pelbagai produk yang ditawarkan oleh dropshipper dengan bisnes dropship ni.

Anda hanya perlu memilih produk apa yang ingin dijual.

Boleh juga memilih produk berdasarkan minat dan hobi anda kerana ia akan membantu anda dapat mengenali sesuatu produk itu dengan lebih terperinci lagi dan membantu anda membuat jualan.

Antara tips nak cari dropshipper ialah anda boleh gunakan Facebook search, Instagram search dan lain-lain.

Tulis di search tersebut dengan perkataan berikut:

dropship malaysia tanpa modal
dropship tudung murah malaysia
agen dropship pakaian
dropship baju muslimah
agen dropship kasut

Dan banyak lagi, anda boleh ubah produk tersebut mengikut produk yang anda ingin jual.

Di instagram anda boleh juga gunakan Hashtag (#)  di depan perkataan tersebut. Contoh  #dropship baju

4) Bebas bekerja

Dengan bisnes online dropship anda hanya memerlukan akses internet dan komputer untuk jalankan perniagaan dropship ini.

Dengan cara ini anda bebas bekerja dari mana saja tanpa memerlukan anda berada lama di suatu  tempat.

Sambil tengok tv pun boleh buat bisnes tau sekarang.

5) Jana pendapatan sampingan dengan bisnes online dropship

Perniagaan dropship membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan sambil fokus pada kerjaya utama anda.

Anda tidak perlu luangkan banyak masa untuk menguruskan perniagaan ini cukup sekadar beberapa jam sehari untuk promosikan produk anda.

Silap haribulan, income dari bisnes dropship ni pula lagi banyak. huhu

Baca Juga: Panduan Lengkap Mulakan Bisnes Dropship

Anda nak memulakan bisnes online secara dropship di Facebook?

Tidak mempunyai modal dan  tidak tahu untuk bermula?

Anda boleh dapatkan  Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal .

Anda akan belajar tentang cara saya mulakan bisnes online dari awal hingga akhir tanpa gunakan sebarang modal.

Ebook ni lengkap, padat dan sangat sesuai untuk anda yang baru nak mulakan bisnes online.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni. Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk mula bisnes.

Dapatkan Ebook tersebut disini SEKARANG. 

Selamat Berniaga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *