Ramai yang mula nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sekarang ni. Ada yang buat bisnes sebab “passion”, ada yang buat bisnes untuk cari side income untuk tampung kos sara hidup malah ada juga yang buat bisnes sebab dah penat kerja makan gaji dan tak nak kerja di bawah telunjuk orang lain.

Untuk usahawan yang baru nak mulakan perniagaan pasti akan timbul satu persoalan sewaktu nak daftarkan perniagaan masing-masing.

Nak daftar atas nama Enterprise, PLT atau Sdn. Bhd? Ok, jangan risau. Perbezaan yang paling mudah yang boleh dilihat adalah Enterprise (perniagaan dijalankan secara sendiri).

PLT (perniagaan boleh dijalankan secara sendiri atau berkongsi dengan rakan).

Manakala Sdn. Bhd (perniagaan yang tak boleh dilakukan secara bersendirian dan sekurang-kurangnya dua orang ahli untuk ditubuhkan).

Kedua-dua bentuk perniagaan ini memerlukan lesen berdasarkan ‘Registration of Business Act’.

Dekat sini saya nak kongsikan lebih lanjut perbezaan antara 3 jenis perniagaan ini.

 

Enterprise

Jenis syarikat

 

Pendaftaran mudah, pantas & kurang formaliti. Jenis perniagaan ini ditubuhkan, dimiliki, dibiayai dari segi kewangan dan pengurusannya oleh seorang individu sahaja dimana semua urusan perniagaan bergantung padanya.

Kebiasaannya perniagaan ini secara kecil-kecilan. Bagi usahawan yang baru nak bermula dengan modal yang terhad, jenis entiti bisnes ini adalah sesuai untuk anda.

 

PLT 

Jenis syarikat

Pendaftaran mudah, pantas & kurang dokumen. (Anggaran kos pendaftaran secara online adalah RM500).

Pentadbiran paling mudah (audit berkanun tidak wajib). Kos pematuhan lebih rendah, sesuai bagi syarikat permulaan dengan kos kemasukan lebih rendah.

Penggantian berterusan & status perubahan rakan kongsi tidak menggugat kewujudan PLT. PLT boleh diupgrade kepada Sdn. Bhd apabila syarikat sudah stabil.

 

Sdn. Bhd. 

Jenis syarikat

Kos pendaftaran adalah lebih mahal & memerlukan banyak kertas kerja. (Anggaran kos pendaftaran secara online adalah RM2,300++).

Pentadbiran yang kompleks (Audit Berkanun, Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan lembaga & sebgainya). Kos pematuhan lebih rendah, sesuai bagi perniagaan yang mampu mengekalkan urusniaga dengan kos operasi lebih tinggi. J

angka hayat syarikat terjamin kerana sesebuah syarikat tidak akan dibubar jika salah seorang pengarah atau pemegang saham meninggal dunia malah boleh diwarisi.

Jenis perniagaan ini juga lebih mudah mendapat modal kerana ianya lebih teratur dari segi pengurusan lembaga pengarah, mesyuarat agung tahunan dan laporan audit.

 

Moga bermanfaat.

WordPress Security