bisnes facebook

5 Sebab Anda Perlu Buat Retargeting

Retargeting ialah proses marketing kepada target audiens yang dah kenal brand anda sama ada dari iklan sebelum ini ataupun dari content yang anda bina.

Pernah tak anda survey barang atau pun produk, atau pun baca content di website, dan tak lama lepas tu, brand yang sama memaparkan lagi iklan kepada anda.

Sebagai contoh seperti Shopee, perasan tak lepas anda masuk ke website mereka untuk melihat barang. kemudian iklan barang tersebut akan terpampang di newsfeed Facebook anda?

bisnes facebook
Anda masuk ke website Shopee untuk melihat barang.

Setelah anda masuk ke website Shopee, mereka mula buat retarget kepada anda untuk terus melihat iklan barang tersebut dimana anda berada seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.

bisnes facebook
Iklan barang di Shopee tadi mula muncul di newsfeed Facebook.

Ini yang dinamakan retargeting.

Kerana tidak semua manusia membeli pada kali pertama melihat sesuatu produk atau servis itu, mungkin selepas kali ke empat mereka melihat iklan anda baru mereka buat keputusan untuk membeli.

Nak tahu kenapa retargeting ni membantu? teruskan baca okay.

 

Berikut merupakan 5 sebab kenapa anda juga perlu buat retargeting.

 

1. Tangkap Leads Baru

Semua bisnes facebook memerlukan leads yang baru bagi memastikan survivability sesuatu bisnes tersebut. Dari leads yang diterima, proses follow up akan dijalankan sehingga lah leads tadi dapat ditukarkan kepada buyer.

Melalui proses marketing, akan ada prospek yang engaged dengan iklan anda tapi tidak meniggalkan leads.

Di sinilah retargeting memainkan peranan untuk terus memberi mereka value sehingga mereka meninggalkan leads.

 

2. Prospek Lebih Senang Convert

Satu kajian mengatakan 59% pembeli lebih selesa membeli dari brand yang mereka dah kenal.

Prospek yang pertama kali melihat iklan atau pun brand anda kebiasaannya akan skeptikal.

Tetapi, bila anda berulang kali memaparkan iklan anda (dengan cara yang betul) kepada mereka, anda mampu membina trust mereka terhadap brand anda.

Apabila prospek dah ada trust terhadap brand anda, mereka lebih senang membeli dari anda.

 

3. Strategi Branding Bisnes Facebook

Untuk seseorang prospek ingat brand pada bisnes di facebook anda, satu kajian mengatakan bahawa prospek perlu melihat brand anda 5-7 kali.

Melalui retargeting, anda boleh terus memberi content atau value kepada prospek sebagai strategi branding.

 

4. Prospek Lebih Engaged

Click-through rate (CTR) adalah peratusan klik yang diterima untuk iklan bagi setiap jumlah impressions pada facebook adsĀ anda. Dalam ayat mudahnya, lebih tinggi CTR iklan anda, bermakna lebih ramai audiens yang tertarik dengan iklan anda.

Terdapat satu kajian yang mengatakan purata CTR bagi display ads ialah 0.07% manakala bagi retargeting ialah 0.7%.

Peningkatan 10 kali ganda dengan hanya menggunakan retargeting.

 

5. Proses Retargeting Yang Makin Mudah

Kini, anda tak perlu lagi ada website untuk melakukan retargeting. Facebook makin memudahkan proses retargeting pada iklan mereka. Sekarang, anda boleh retarget kepada orang yang engaged dengan business facebook page saja.

Kalau nak lagi advance, anda boleh gunakan video untuk retargeting. Dengan video, anda boleh tapis sekurang-kurangnya 4 jenis orang yang tonton video anda iaitu orang yang dah tonton 95%, 75%, 50% dan 25%.

Ini membolehkan anda melakukan proses marketing bisnes facebook yang berbeza untuk setiap segmen penonton.

 

Itulah serba sedikit kenapa anda perlu mulakan kempen retargeting kepada iklan-iklan anda. Dengan cara yang betul dan konsisten, secara tak lansung ia sangat membantu kepada peningkatan julah sales anda.

Moga bermanfaat.

Selamat Berniaga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *