Facebook Fanpage merupakan satu platform online yang sangat terkenal di kalangan peniaga Malaysia untuk promosikan produk atau servis mereka dengan lebih berkesan.

Bagi orang yang lebih serious dengan bisnes online menggunakan medium Facebook, sangat digalakkan untuk membina page anda sendiri untuk nampak lebih profesional di mata pelanggan anda.

 

Antara kebaikan memiliki page sendiri adalah.

 

Mengasingkan kehidupan peribadi dan bisnes

Disini anda dapat menjaga reputasi anda sebagai peniaga online.

Yelah jika anda sering post iklan di ruangan akaun personal ia akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakan Facebook anda.

Lama-lama mereka pula menyampah dan lebih padah silap-silap boleh kena unfriend terus.

 

Friend list tanpa limit

Facebook personal  biasanya hanya boleh memuatkan sebanyak 5000 orang sahaja sebagai friend kita.

Dengan kelebihan yang diberikan Facebook secara percuma ini, anda boleh kumpul hingga berjuta orang dalam page tanpa ada sebarang masalah.

Jadi lebih mudah untuk mengumpul audience yang banyak dalam satu tempat kan.

Silalah manfaatkan ya.

 

Branding bisnes

Dengan membuat page, ia sangat membatu anda untuk bina branding terhadap jenama dan produk anda.

Sebab page kan boleh kumpulkan lebih ramai orang dan page nampak lebih authority dari menjual di Facebook personal anda.

Dengan page yang berkualiti, sambil tu juga anda boleh bina brand dikalangan likers page anda tu.

Bisnes online kecil-kecilan pun boleh nampak ‘gah’ bila anda menggunakan page. huhu.

 

Membantu anda dalam membuat Facebook Ads

Miliki page memudahkan anda untuk membuat iklan berbayar menerusi Facebook Ads.

Kerana antara rules dari saudara Mark Zuckerberg ni memerlukan fanpage untuk anda layak menggunakan khidmat iklan berbayar Facebook.

 

Berikut pula adalah turutan untuk membina fanpage anda.

 

Pemilihan ‘category page ‘

Pastikan anda memilih category page yang sesuai dengan tujuan penubuhan page anda tersebut.

Jika untuk berniaga atau mempunyai kedai, mungkin anda boleh memilih local business or place atau boleh juga letakkan kategori brand atau produk.

Ini bertujuan Facebook dapat mengenal pasti siapa yang sesuai untuk singgah ke page tersebut.

 

Pilih Nama Page

Perkara yang perlu diambil berat ialah berkenaan nama page anda.

Kerana nama sangat memainkan peranan penting untuk menarik minat orang terhadap produk atau servis yang anda tawarkan.

Selain itu, nama page juga sangat membatu dalam menaikkan branding perniagaan anda.

Nak letak nama apa?

 

Anda boleh memilih untuk meletakkan nama syarikat ,brand  atau produk.

 

  • Nama syarikat atau brand

Jika anda sudah miliki syarikat atau jenama sendiri boleh saja digunakan sebagai nama page anda.

Ini sesuai untuk bantu mengembangkan dan mengukuhkan lagi jenama perniagaan anda dan membina kepercayaan dengan pelanggan anda sendiri.

 

  • Nama produk

Nama produk juga boleh digunakan untuk memberitahu pelanggan bahawa anda menyediakan produk tersebut dan menarik orang yang berminat dengan produk tersebut ke page anda.

 

 

Photo cover

Photo cover ni ialah gambar yang dipamerkan pada bahagian atas Facebook page anda.

Jadi photo cover ni merupakan benda pertama yang  akan dilihat selepas orang membuka page anda.

Untuk memastikan orang terus meneroka page anda dengan lebih dalam lagi, anda mestilah menghasilkan gambar yang mampu menarik perhatian dan berkaitan sama ada dengan brand atau produk anda.

Mungkin anda boleh gunakan Canva.com , Fotor.com dan sebagainya untuk design photo cover anda.

 

Isikan bahagian ‘About Page’

Bahagian ini akan menjadi rujukan selepas pada cover photo.

Jadi anda boleh isikan maklumat bisnes secara ringkas,

maklumat kepakaran anda dan call to action (CTA) seperti link website atau nombor telefon untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda.

 

Bina post

Selepas selesai semua urusan untuk memastikan orang kenal tujuan page anda.

Anda boleh mula membina post.

Boleh banyakan post seperti meletak gambar produk, gambar testimoni, soft-sell, hard-sell, teaser dan banyak lagi.

Pastikan anda sentiasa update page tersebut untuk meyakinkan pelanggan dengan bisnes anda.

 

Bagi anda yang nak belajar ilmu bisnes online dari awal hingga akhir tanpa sebarang modal di Facebook.

Anda boleh dapatkan Ebook Case Study Bagaimana Saya Menjana RM1085 Dalam Masa 8 Hari Tanpa Modal.

Panduan tersebut amat sesuai untuk anda yang baru nak mulakan bisnes secara online tetapi masih tidak tahu cara untuk mulakan bisnes tersebut.

Dengan Ebook ini, anda boleh kenal pasti produk apa yang boleh dijual dan paling penting kandungannya disampaikan dengan mudah, ringkas dan padat.

Sesuai untuk mereka yang baru bermula dalam bisnes online.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni. Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk bermula.

Untuk maklumat lanjut atau ingin dapatkan Ebook tersebut anda boleh ke  http://alfarabishariff.com/case-study-rm1085-farabi/            

Selamat Berniaga!

 

.