5 Tips Premium Instagram Dari 2 Sifu Instagram Malaysia

Berniaga di Instagram sudah menjadi fenomena apabila majoriti pengguna Instagram dikalangan remaja dan muda-mudi mempunyai kuasa membeli yang kuat, malah mereka ini lebih celik IT untuk buat bayaran online daripada mereka yang sudah berumur.

 

Jadi jika produk yang anda nak jual atau sedang jual itu sesuai dengan golongan muda 18 – 30 tahun, kenapa tidak menjual di Instagram?

 

Dibawah ini ialah 5 tips PREMIUM untuk BERNIAGA DI INSTAGRAM yang saya kutip dari dua sifu Instagram Malaysia iaitu Tuan Ismail Arsad & Tuan Aulis Uwais. Jangan baca sambil lewa dan tutup page ni tanpa ambil nota penting! Tips ini eksklusif tau 🙂

 

Tips Berniaga Di Instagram #1 : Memilih “Nama Kedai” Yang Sesuai, Tepat & Professional.

 

Antara yang mengekalkan hayat sesuatu bisnes itu ialah “branding”. Oleh itu kita lihat pelbagai syarikat-syarikat besar (baca = jerung-jerung besar) sangat mementingkan “branding awareness”.

 

Sudah pasti anda pernah nampak billboard highway yang penuh dengan iklan “Terlajak Laris” oleh Raja Kosmetik Dato’ Aliff Syukri.

tips-berniaga-di-instagram

Sudah pasti anda terngiang-ngiang muka Dato Sri Vida (bersama dua jari di tepi dagu) dengan slogan “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putehhh”, dan yang terbaru Jus Pamoga.

 

Namun tidaklah bermaksud anda perlu buat gaya anda sendiri. Tidak, tidak.

Cukuplah bermula dengan soalan :
“Aku nak prospek-prospek dan pelanggan-pelanggan aku nak ingat aku sebagai apa?”

 

Ianya mesti sesuatu yang “unik & mudah ingat”.

 

Ya, sama ada nama anda, atau nama kedai anda. Sebaiknya anda brandingkan nama kedai anda dengan nama yang anda pilih.

 

Jangan sesekali letak nama kedai atau branding-kan “nama produk”. (melainkan ia produk anda sendiri) Lebih-lebih lagi jika ia produk orang lain, jika produk itu sudah tidak popular, mesti nama anda pun jatuh sekali.

p/s – kebanyakan produk OEM mempunyai jangka hayat yang pendek (hanya beberapa bulan atau beebrapa tahun sahaja) dan tidak tahan lama.

 

Dan saya teringat pesan guru bisnes saya,

“People buy not because of your product, but because of you!”.

 

Jadi tampilkan keunikan nama kedai anda, mungkin Farabi’s Cabin, Anim Shoppe, Anjang Collections, Zalora, Zawara.

Mudah sebut (tak terbelit lidah), mudah nak sampaikan pada orang (tidak keliru huruf apa, Caliph ke Khalif)
unik dan ada style tersendiri.

 

Tips Berniaga Di Instagram #2 : Jadikan “Kedai Instagram” Anda Professional & Mesra Pelanggan!

 

Pernah tak anda pergi ke mana-mana akaun instagram yang meniaga dan profile-nya nampak serabut dan tak tau nak mula dari mana?

 

Bakal pelanggan anda dah memang minat dengan posting anda, dan nak lihat pilihan lain yang ada. Lalu beliau pun pergi ke profile anda, dan akhirnya tak sampai 5 saat, beliau left.

 

Sebab, mungkin kedai instagram anda serabut dan tak mesra pelanggan. Noktah.

 

Contoh terbaik yang diberikan oleh Tuan Aulis Uwais ialah Fuzainy.Sejadah

bio-link-instagram

 

Perhatikan Bio-Link Instagram kedai ini. Untuk pengetahuan anda, Bio-Link ini hanya boleh muat 200 perkataan. Jadi gunakan 200 perkataan ini untuk elemen-elemen penting seperti :

  1. Perkenalkan bisnes anda (jual apa? tentang apa?)
  2. USP (unique selling proposition) – apa membezakan anda dengan penjual lain? kenapa aku perlu beli dari kau dan bukan orang lain?
  3. Kenapa perlu follow anda?
  4. Cara nak lihat koleksi barang kita (dengan menggunakan #hashtag – lihat Tips #4)
  5. Call to Action / Bagaimana nak hubungi anda?
  6. Bina kepercayaan & kredibiliti (dengan letak link ke website anda / fanpage fb anda / nombor SSM)

 

Dibawah ini pula ialah contoh yang dibawakan oleh Tuan Ismail Arsad dalam Panduan Instagram : Revolusi Manipulasi Instagram dimana beliau meletakkan NO SSM sebagai cara bina kepercayaan beliau.

profile-instagram-berpengaruh

teknik-pemasaran-instagram

 

Anda boleh edit bahagian ini di bahagian Options > Edit Profile seperti gambar dibawah :

bio-link-instagram2

p/s – Di dalam Panduan Gerilla Instagram oleh Aulis Uwais, beliau akan ajar bagaimana nak jadikan kedai anda keluar di tempat pertama apabila orang membuat carian di Instagram. Teknik ini beliau namakan #Hashtag SEO.

Tips Berniaga Di Instagram #3 : Post Gambar Yang Menarik & Ada Entiti Anda Yang Tersendiri

 

Untuk membina “kedai Instagram” yang “mesra pelanggan”, dan dalam masa yang sama meningkatkan “brand awareness” agar mereka mudah ingat bisnes, anda perlu beritahu para pelawat kedai anda :

“Ini style bisnes aku!”

 

Apa yang anda boleh buat ialah :

 

1.Gunakan “Filter” yang sama untuk gambar anda.

 

Untuk nampakkan entiti anda. Boleh guna satu Filter sahaja atau mungkin gabungan dua filter sahaja. Konsisten untuk semua gambar yang anda nak postkan.

instagram-filter

Apakah tema filter kedai anda?

2. Masukkan Logo/Branding anda di setiap gambar untuk “branding awareness”.

 

Jika anda perasan penangan Social Media Marketing oleh Dr. Azizan Osman, anda akan lihat kebanyakan gambar yang di post di Fanpage FB, Instagram, Twitter akan diletakkan logo “Richworks Academy”.

branding-instagram

Supaya secara “subconscious mind” orang akan ingat logo anda, dan ingat tentang bisnes anda bila nampak bertalu-talu, setiap hari.

 

Anda boleh gunakan Apps seperti Pixlr, Cymera dan banyak lagi apps lain yang memudahkan anda untuk letak logo dan tulisan di gambar anda.

 

Salah satu contoh terbaik menjenamakan akaun dengan logo ialah akaun instagram kamil.toneexcel seperti di bawah :

cara-post-gambar-instagram

3. Unique Style Post – Jalan Cerita yang Tiada Hujung (Real Life Stories That Never Ends!)

 

Jika anda lihat akaun instagram Casey McPerry ialanya ialah satu post gambar yang tersangat unik, bersambung dari bawah ke atas, seolah-olah ianya satu jalan cerita yang bersambung. Cara ini sahaja membolehkan beliau follower instagram yang ramai.

instagram-unique-style-post

Namun cara ini sebenarnya sangat sukar untuk dibuat. Tetapi ada lagi banyak cara yang membuatkan Kedai Instagram anda nampak kemas dan mudah untuk browse gambar.

 

P/S – 3 Teknik ini diambil dalam dalam salah satu module Panduan Gerilla Instagram oleh Aulis Uwais. Ada dalam 3-4 lagi jenis post yang diajar. Ada satu jenis post yang menjadi favourite saya, mudah dilakukan dan dalam masa mesra pelanggan. Ianya memudahkan pelanggan membuat belian dan pilihan, dalam masa yang sama meringankan jari orang nak follow anda!

Tips Berniaga Di Instagram #4 dan #5.

 

Tips premium tersebut tentang “Strategi Hashtag” dan “Teknik Naikkan Targeted Follower”.

 

“Strategi Hashtag” seperti
– Kesalahan Ramai Peniaga Instagram Dalam Menggunakan Hashtag
– Tips mencari #Hashtag yang sesuai
– Bagaimana nak “perkemaskan” penggunaan #Hashtag anda agar tak nampak serabut & desperado.- Bagaimana menggunakan #hashtag untuk “grab prospek” anda dan “convert” dia jadi customer

 

 

“Teknik Naikkan Targetted Follower” seperti
– Kesalahan KRITIKAL
dalam menaikkan followers instagram
– Follower Ramai
atau Targeted Followers?
– Pendedahan 3 Teknik Premium Naikkan “Targeted Follower”

 

 

Sebenarnya saya nak tulis di sini namun saya takut artikel ni jadi super panjang dan tidak terbaca. Dahlah tips premium dan eksklusif yang saya ambil dari dua panduan Sifu Instagram tau :P.

 

Oleh itu baik anda amalkan yang 3 tips atas ni, dan dapatkan 2 tips lagi melalui emel.

 

 

Malah bukan sahaja saya akan kongsikan lagi 2 tips premium Instagram, tapi saya akan kongsikan 3 strategi online marketing yang saya dapatkan dari pelbagai sifu bisnes dalam & luar negara, yang inshaAllah akan lebih membantu anda buat 4-5 angka sebulan dengan Instagram.

 

Seperti :
1. 2 Kesalahan KRITIKAL Ramai Peniaga Baru Buat.
2. Authority VS Commoner
3. Aset Bisnes Paling Mahal yang Dilupakan

 

 

Cek emel anda selalu ya, biasanya emel sampai kul 10am gitu. 🙂

 

Anda ada apa-apa soalan atau komen? Tulis di bawah atau jika malu, reply emel saya tu 🙂

 

Wordpress SEO Plugin by SEOPressor