Tips Premium Instagram No 4 : Strategi Hashtag

[PERHATIAN] Konten artikel ini ialah PREMIUM dan khas untuk anda sahaja. Mohon tidak sebarkan link ini pada sesiapa.

 

Apakah Itu #Hashtag & Bagaimana Ia Membantu Bisnes Anda?

 

Fungsi #hashtag ialah meluaskan pencarian, memudahkan carian dan dalam masa yang sama membantu kita untuk cari audiens dengan lebih betul & targeted.

Contohnya jika Lily (bukan nama sebenar) sedang cari tudung baru, (mentang-mentang hujung bulan, dah masuk gaji), beliau pun search perkataan tudung di IG untuk cuci mata.

 

Jadi hanya peniaga yang menggunakan Hashtag #tudung akan keluar di paparan IG Lily.

Maksimum hanya 30 hashtag sahaja.

Anda boleh menggunakan Websta.me untuk memudahkan anda mencari Hashtag yang sesuai dengan bisnes/niche anda di Instagram. (seperti gambar di bawah)

websta me

 

Kesalahan #Hashtag Yang Ramai Peniaga Instagram Buat

 

Kesalahan #1 : Letak terlalu banyak hashtag sehingga nampak serabut & desperate.

 

Solusi : Rahsianya, jangan letak #Hashtag di bahagian caption gambar, tetapi letakkan semua #hashtag yang banyak tu di bahagian komen pertama!

 

Apabila anda letak di komen pertama, dan jika ada orang lain yang memberikan komen-komen seterusnya, komen pertama anda akan tenggelam dan sehinggalah kena tekan “View all comments” untuk lihat balik komen pertama anda.

 

Komen pertama yang berisi banyak Hashtag yang serabut dan desperate tu sudah tidak kelihatan, post anda nampak lebih bersih & professional, malah dalam keadaan “kuasa Hashtag” itu masih ada.

 

 

Kesilapan Hashtag #2 : Pilih #hashtag yang terlampau banyak orang guna (1juta)

 

Kadang-kadang guna #hashtag yang popular seperti #tudung, #love, dan yang mempunyai bilangan beratus ribu & jutaan.

Hashtag anda akan cepat tenggelam, melainkanlah gambar anda itu mendapat beratus likes sehinggakan ia akan tetap diatas tanpa tenggelam.

Solusi : Jadi anda bukan artis, dan gambar anda memang sangat susah untuk tetap diatas bila orang cari. Jadi pilihlah #hashtag yang tak ramai competition. (tidak terlalu sikit, tidak terlalu banyak)

 

 

Bagaimana Hashtag Menjadikan Kedai Anda Professional, Mesra Pelanggan & Memudahkan Pemilihan Prospek Anda?

 

Bayangkan anda punya Kedai Instagram penuh dengan gambar yang pelbagai. Apabila prospek datang jenguk akaun Instagram anda, dia tak tau nak tengok mana satu, sebab nampak serabut kerana :

– kadang-kadang gambar produk
– kadang-kadang gambar promosi
– kadang-kadang gambar testimoni
– kadang-kadang gambar kata-kata motivasi
– kadang-kadang gambar kucing

Jadi prospek anda confuse.

Apa nak buat?

 

Solusi : Hashtag Folder

 

Pilih satu #hashtag yang anda seorang sahaja pakai, dan jadikan #hashtag tersebut khas bila anda nak post gambar produk. (kategorikan produk mengikut hashtag)

Contoh jika saya jual Jam Tawaf. Kat luar sana berlambak orang jual jam tawaf. Jadi saya pilih #hashtag yang saya seorang sahaja pakai seperti #jamtawafmafs atau #jamtawafmafscollection (MAFS ialah nama company).

Jika nak post testimoni sahaja, gunakan #testimonijammafs

 

Di bahagian Bio-Link (tempat info anda di atas sekali), suruh mereka guna #hashtag tersebut untuk pilih produk.

 

Di setiap gambar juga, letak caption seperti “Jika nak lihat koleksi Jam Tawaf lain, tekan #jamtawafmafs”. Atau jika nak suruh mereka lihat testimoni, tulis caption “klik sini untuk lihat testimoni kami #testimonijammafs.

 

Penting! Pastikan Hashtag Folder anda unik &  anda seorang sahaja yang terpikir nak guna.

 

 

Tips Premium Hashtag Di Dalam Panduan Gerilla Instagram

 

Untuk pengetahuan anda, tips premium di atas ialah antara ilmu yang diajar oleh Sifu Aulis Uwais dalam panduannya Gerilla Instagram (Klik Sini untuk maklumat lanjut)

Baru 2 teknik #Hashtag yang power saya dedahkan kepada anda. Namun ada lagi beberapayang lebih power iaitu

  1. Hashtag SEO – menjadikan gambar anda mudah dicari, ramai orang jumpa & meningkatkan sales
  2. Hashtag Branding
  3. Hashtag Contest / Giveaway
4 hashtag

Sedutan dalam Panduan Gerilla Instagram

 

 

Dalam Panduan Revolusi Manipulasi Instagram oleh Sifu Ismail Arsad  juga diajar beberapa jenis hashtag selain yang dinyatakan diatas seperti :

  1. Hashtag tempat/lokasi
  2. Hashtag review
  3. Hashtag trending
hashtag rmig

Sedutan chapter Hashtag dari panduan Revolusi Manipulasi Instagram

 

 

Menariknya, dua-dua sifu/panduan juga ajar cara mendominasi carian hashtag di Instagram. Lain cara, namun dua-dua berkesan. Bagaimanalah jika anda dapat gabungkan kedua-duanya, mesti superb pawarr.

Ismail Arsad VS aulis uwais

 

 

Saya Rekomen Anda Baca Review Kedua-Dua Panduan :

 

Masing-masing dengan mazhab tersendiri, namun dua-dua buat duit lumayan dengan Instagram.
Boleh baca review mereka di sini :

  1. Review Revolusi Manipulasi Instagram – oleh Sifu Ismail Arsad (TAWARAN TAMAT)
  2. Review Gerilla Instagram oleh – Sifu Aulis Uwais (KLIK SINI – TAWARAN 2017 HARGA DISKAUN KAW2!)

 

 

Okay itu sahaja tentang Hashtag. Jangan lupa lihat dua review di atas. Penat saya buat untuk anda tau 🙂

Baiklah, tunggu emel saya seterusnya.

Saya nak cerita tentang Teknik Naikkan Followers pulak!

 

Keep Calm & Always Check Email! 🙂

alfarabishariff-trans

 

 




 

 

[PERHATIAN] Konten artikel ini ialah PREMIUM dan khas untuk anda sahaja. Mohon tidak sebarkan link ini pada sesiapa.