Tips Premium Instagram No 5 : Teknik Naikkan “Targeted” Follower

[PERHATIAN] Konten artikel ini ialah PREMIUM dan khas untuk anda sahaja. Mohon tidak sebarkan link ini pada sesiapa.

 

Follower ini ibarat longgokan manusia yang suka dan berminat dengan produk/servis anda.

Ada yang sekadar suka dan tinggal beberapa langkah sahaja untuk anda “push” dia hingga beli.
Ada yang sekadar nak cuci mata, ada yang sekadar nak tahu harga.

follow me ig

Followers yang betul-betul berkualiti (kita panggil Targeted Followers) ialah golongan yang hanya beberapa step lagi untuk buat pilihan membeli dari anda, dan ada faktor-faktor yang masih lagi jadi pertimbangan.

Mungkin tunggu gaji, tunggu suami bagi duit, ada masalah nak bank in dan lain-lain.

 

Followers yang tidak berkualiti ialah followers yang sekadar suka-suka “Follow”.

 

Jika saya tanya anda,

“Anda nak Followers Ramai ke Nak Followers Yang Targeted”?

 

Followers Ramai tapi tidak targeted ini seperti ada 100 orang yang datang kedai anda, tapi seorang pun tak beli. Sebab mereka sebenarnya tak minat sangat pun nak beli, sekadar suka-suka nak masuk kedai.

 

Berbanding jika Followers Targeted, contohnya anda menjual Tudung Shawl Instant tak perlu gosok, dan ada 100 ibu-ibu yang baru dapat gaji masuk kedai anda. Ibu-ibu ni kan jenis sibuk, takde masa nak gosok tudung, jadi mereka ni memang “targeted” untuk produk anda!

 

Tapi sebenarnya kita nak “Ramai Followers yang TARGETED”!

 

 

Cara Salah Untuk Naikkan Followers

Kesalahan #1 : Membeli “Followers Palsu”

fake-instagram

 

Mereka membeli “Dummy Follower” yang memang tak aktif dan ada potensi Instagram akan ban dan tapis followers ini.

 

Orang beli Followers Palsu ni sebab nak tingkatkan kredibiliti dan kepercayan, biar nampak GAH, wow ramainya followers, mesti power.

Tapi sayang, ia hanya sekadar nombor. Mereka bukanlah orang sebenar yang tiada harapan untuk convert jadi pembeli.

ban instagram

Followers palsu ini akan “dibersihkan” oleh pihak Instagram. Rugi je beli.

 

Kesalahan #2 : Spam Komen

Anda pergi kat IG orang lain dan komen promosi-promosi anda dengan menjerit :

“Follow my IG visit my IG”

Ataupun pergi IG artis-artis, komen kat gambar mereka :

“Jika nak tudung free, follow my IG”

 

Kenapa ia tak bagus dan tak relevan?

 

Orang mudah menyampah dengan anda dan bisnes anda. Anda pun ada potensi tinggi untuk kena blok dengan pemilik IG tu.

Dan jika nasib tak baik, akaun anda pun akan kena “disable” atau kena “delete” oleh pihak Instagram sendiri.

Nak tau cara naikkan followers yang targeted dengan cara yang sah dan mudah?

Jom teruskan bacaan di bawah.

 

Teknik Naikkan Followers #1 : Teknik Copy Followers

Sebelum saya berkongsi lebih, saya nak anda faham konsep “Bagaimana Orang Nak Follow Kita?”

Instagram ini media sosial, tempat orang berhubung dengan manusia orang lain.

Katakan anda baru sahaja berpindah di rumah yang baru. Bagaimana anda nak bersosial dengan jiran-jiran?

Mestilah dengan bertegur sapa. Jika dia tak mula dulu, anda mula tegur (follow) dia dulu.
Jika dia peramah dan okay, dia akan “follow” anda balik.

i follow back

 

Jadi nak orang follow anda, anda kena follow mereka dulu.

Selain itu, spend masa untuk “Like & Komen” gambar bakal “targeted followers” anda juga.

 

Namun bukan sebarang orang anda cari, tetapi “targeted followers”.
Bagaimana nak cari?

Hanya pergi kepada akaun Instagram orang lain yang anda rasa tempat berkumpulnya “targeted followers”.

 

Jika anda jual tudung, boleh Copy/Duplidate followers dari kedai lain yang jual tudung.

teknik naikkan followers 1

 

 

Teknik Naikkan Followers #2 : Teknik Follow Minat

Kita hanya follow orang yang mungkin berminat dengan produk yang kita jual.

Bagaimana nak cari mereka?

Anda pergi ke kedai IG yang menjual produk yang sama atau lebih kurang sama dengan anda, lihat siapa yang “Like & Komen”, follow mereka dan bertegur sapa dengan mereka.

Jika mereka follow kita balik, Alhamdulillah.

Dibawah ialah tips dan info tambahan tentang Teknik Follow Minat oleh Tuan Ismail Arsad dalam Panduan Revolusi Manipulasi Instagram beliau :

teknik follow minat

 

Ini bukan Curi Pelanggan Ke?

Kata Tuan Ismail Arsad, kita tak pergi ke kedai instagram lain, PM mereka atau komen dan kata beli dengan saya/potong harga. Itu memang sah-sah diharamkan oleh agama.

Instagram ialah Media Sosial, kita hanya cuba berkawan dengan mereka yang berpotensi, dan jika mereka sendiri yang ok, mereka pun akan berkawan/follow kita dengan sukarela. (Tiada paksaan)

Pastikan Tips Premium #1 &# 2, Bio-Profile anda betul-betul menarik mereka untuk folow anda kembali.

 

 

Teknik Naikkan Followers #3 : Teknik Like & Komen (Engagement)

 

Kita guna teknik ini agar bakal targeted follower kita tu sedar akan kewujudan akaun Instagram kita.

 

Follow sahaja tak cukup sebab jika kita follow sahaja secara ramai dan random, kemungkinan mereka akan terlepas pandang/tak naik notification yang ada orang follow mereka.

 

Bayangkan tiba-tiba ada orang yang asyik “Like & Komen” gambar anda di Instagram, malah siap mention nama kita lagi, mesti anda rasa tertanya-tanya siapa mamat nih.

 

Jadi wujud perasaan ingin tahu dan akhirnya dia “termasuk jerat”, eh maksud saya, dia pun pergi profile akaun Instagram kita, dan jika dia berminat, dia akan follow kita balik.

 

Sekali lagi, pastikan anda ikuti betul-betul Tips Premium #1 & #2 yang saya bagi sebelum ini.

Namun PERHATIAN!

Jangan SEBARANGAN komen tau.

Like memang senang, hanya double tap je.

Tapi, jika komen, jangan KOMEN SEBARANGAN.

Kerana takut ia dianggap SPAM, buat orang rasa tak selesa, dan akhirnya mereka report kita.

Dahlah kita kehilangan bakal pelanggan yang targeted, malah akaun kita pun ada potensi untuk kena block dan yang lebih malang lagi, kena delete oleh pihak Instagram.

 

Jadi nak komen apa?

Faham & hayati setiap gambar orang lain.

Kerana apabila mereka post sesuatu gambar mesti ada makna dan emosi tertentu yang nak diluahkan.Contoh, jika mereka post gambar pakai tudung baru, just komen “cantik tudung”.

Jangan komen menjual, komen promosi, tetapi komen seperti anda komen gambar rakan anda (dengan sopan of course).

 

Di bawah ialah tambahan Tips oleh Tuan Ismail Arsad tentang teknik ini :

teknik like dan komen

 

Tips Tambahan

Follow maksimum 50 orang sahaja dalam 1 jam atau anda bakal kena ban/delete dengan pihak Instagram.

Mengikut pengalaman Tuan Ismail Arsad, jika beliau follow dalam 1000 orang, besar kemungkinan dalam 300-400 orang akan follow-back.

Jadi ratio untuk follow back ialah 1:3.

 

Sebenarnya ini ialah pendedahan 3 Teknik dari 9 Teknik Keseluruhan yang diajar oleh Tuan Ismail Arsad di dalam Panduan Revolusi Manipulasi Instagram. (Malangnya panduan ini sudah ditutup – saya cadangkan dapatkan Panduan Gerilla Instagram yang sedah HARGA RUNTUH sekarang! – KLIK SINI)

9 teknik naikkan followers

 

Antara teknik yang lain ialah :

  1. Teknik Review/Swap Review
  2. Teknik Giveaway Contest
  3. Teknil Viral
  4. Teknik Rahsia 1 & 2, dll

(Maaf saya tak dapat reveal banyak :(. Hanya boleh berkongsi seperti yang dipersetujui oleh Tuan Ismail Arsad sendiri, jadi saya perlu respek permintaan beliau)

 

Namun jika anda buat 3 teknik ni siang dan malam, dalam seminggu inshaAllah 4 angka followers tak mustahil.

Yang penting bukan ramai tau, yang penting TARGETED!

Jika ramai, itu memang bonus! 😀

 

 

Saya Rekomen Anda Baca Review Revolusi Manipulasi IG :

Review Revolusi Manipulasi Instagram – oleh Sifu Ismail Arsad (Malangnya panduan ini sudah ditutup – saya cadangkan dapatkan Panduan Gerilla Instagram yang sedah HARGA RUNTUH sekarang! – KLIK SINI)

Buat pengetahuan anda, Tuan Ismail Arsad bermazhab “Private-kan IG”, berbeza dengan mazhab Tuan Aulis Uwais (Public-kan IG).

Namun saya perasan, USP Tuan Ismail Arsad ialah beliau ada banyak teknik untuk naikkan followers, dan bukan sebarang followers, tetapi “laser-targeted-followers” (ada 9 teknik keseluruhan)

Malah juga diajar untuk guna “Robot IG” dimana anda boleh “automate-kan” rutin harian yang leceh, seperti :

  1. follow
  2. unfollow
  3. like
  4. komen
  5. auto-schedule post di IG

 

Ini sangat memudahkan dan sangat menjimatkan masa bagi mereka yang buat bisnes sebagai part-time, surirumah yang sibuk jaga anak, masih belajar di IPT, atau sesiapa lah yang ada kekangan masa untuk berbisnes.

Jika anda betul-betul serius untuk “MASTER” dalam Instagram Marketing, saya amat rekomen anda dapatkan terus.

Baca review saya sampai habis, dan klik butang dibawah sekali untuk lihat tawaran saya yang akan lebih “menambah value” kepada pilihan anda.

Klik butang dibawah untuk baca sekarang 🙂

 

Review Revolusi Manipulasi Instagram – oleh Sifu Ismail Arsad (Malangnya panduan ini sudah ditutup – saya cadangkan dapatkan Panduan Gerilla Instagram yang sedah HARGA RUNTUH sekarang! – KLIK SINI)

 

 

Baiklah, tunggu emel saya seterusnya.

Saya nak cerita tentang Strategi Marketing Online dari saya sendiri pulak!

Keep Calm & Always Check Email! 🙂

alfarabishariff-trans

 

 

 

 

 

[PERHATIAN] Konten artikel ini ialah PREMIUM dan khas untuk anda sahaja. Mohon tidak sebarkan link ini pada sesiapa.




Wordpress SEO Plugin by SEOPressor