Jawapan dia betul, tak salah. Ramai orang nampak kerja di bahagian Human Resource (HR) ni mudah, iaitu hanya kira gaji dan cuti. Dan kebiasaannya HR akan sibuk pada hujung bulan dan awal bulan. Jadi tengah bulan apa yang HR ni buat? Jika anda ada persepsi kerja HR hanya kira gaji dan cuti, buang jauh-jauh persepsi ini sebab tugas hakiki HR dalam sesebuah syarikat ni sebenarnya amat luas. Dan jika anda faham dengan tugas sebenar seorang HR, anda tidak akan hanya sibuk pada awal bulan dan akhir bulan sahaja.

Tahukah anda?

HR memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan sesebuah syarikat? HR bertanggungjawab untuk mengembangkan sesebuah syarikat terutama sekali dalam bahagian pengurusan syarikat. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab HR adalah department yang sangat penting untuk membawa orang yang betul ke dalam syarikat dan meletakkan mereka di posisi yang betul supaya syarikat dapat berkembang dengan baik.

Bila dah lantik orang yang betul masuk ke dalam syarikat, anda perlu ada future planning untuk perkembangan setiap pekerja dalam syarikat. Anda bertanggungjawab untuk memberikan mereka latihan atau kemahiran dengan menghantar mereka ke kelas atau mana-mana seminar supaya dengan ilmu yang mereka ada mereka dapat bawa syarikat pergi lebih jauh.

 

Bukan itu sahaja anda juga bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pekerja.

Selain daripada gaji dan cuti, anda perlu pantau hasil kerja dan prestasi mereka. Kenapa pekerja A selalu datang lambat? Kenapa pekerja B selalu tak capai target yang ditetapkan oleh syarikat? Apa masalah yang mereka hadapi sehingga menggangu prestasi kerja mereka? Anda perlu ambil tahu perkara ini dan bagaimana tindakan anda untuk memberi solusi pada mereka? Adakah cukup dengan sesi kaunseling sahaja atau terus pecat mereka? Anda beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk tangani pekerja yang bermasalah dan membuang pekerja adalah solusi yang terakhir.

Adakah anda sudah mula nampak kerja HR ni macam mana?  Itulah serba sedikit ulasan tentang tugas HR dalam sesebuah syarikat. HR adalah jantung bagi sesebuah organisasi, jika jantung tidak dapat berfungsi dengan baik, bagaimana anggota badan (pekerja) yang lain dapat bergerak dengan lancar.

WordPress Security