Saya ada berjanji untuk kongsikan tips bagaimana seseorang yang bergelar jutawan sekarang pun,
menggunakan teknik yang sama pada masa mereka baru bermula.
Sifu bisnes saya yang ajar step ini, beliau namakannya “Teknik Gear Bisnes”.
Seperti gear kereta, anda kena ikut turutan dari Gear 1 kemudian naik Gear 2.
Jika anda lompat ke Gear 3, boleh je, tapi mungkin ada kecederaan yang kita ‘tak nampak’ pada gear box kereta.
Begitu juga dengan ‘gear bisnes’ anda.
Gear Pertama
1. Anda perlu buat keputusan dan nekad.
Anda memang saja nak buat duit sampingan atau betul-betul nak berbisnes?
“Clear”kan matlamat anda. Apa tujuan anda nak buat bisnes? Nak bayar hutang?
Nak beli rumah? Nak bawa mak ayah pergi haji? Atau sebab minat?
Bertindak Sekarang : Ambil 1 kertas A4 kosong dan sebatang pen.
Senaraikan :
(a) visi, misi dan objektif anda nak berbisnes.
(b) apa yang anda nak capai dalam masa 5 tahun lagi.
(c) berapa ribu RM anda nak capai untuk 3 bulan pertama?
2. Hidu Peluang
Asas bisnes paling penting :
“Orang beli produk, bukan kerana produk, tapi kerana nak selesaikan masalah yang dihadapi.”
Bisnes ialah kita (penjual) menjadi penasihat kepada bakal pembeli kita, produk apa paling sesuai untuk selesaikan masalah dia.
Ingat, mindset kena betul. Kita bukan semata jual barang, kita nak bantu orang selesaikan masalah dia.
Murni kan niat kita? Bukan nak duit semata. Hehe 🙂
Jadi di sini, ‘hidung’ anda kena sensitif ‘menghidu masalah (baca = peluang buat duit)’.
Bertindak Sekarang : Perhatikan orang di sekeliling anda.
Apa masalah yang mereka sering hadapi?
Senaraikan 10 masalah paling besar yang anda kaji dari orang sekeliling.
Masalah kegemukan? Jerawat? Nafas berbau? Nak jubah cantik sesuai untuk ibu menyusu? Nak tudung tak perlu gosok?
Ada 1001 masalah yang mereka ni tunggu bila lah kita nak offer solusi pada mereka ni.
Mereka memang dah sedia nak hulur duit, kita je tak nampak peluang. Atau buat-buat tak nampak.
Jadi, HIDU PELUANG!
3. Cari produk sesuai untuk masalah yang anda dah HIDU.
Dah senaraikan 10 masalah?
Okay, dah ada masalah nak selesaikan baru kita cari produk.
Biasa orang buat, ialah cari produk dulu, baru cari pelanggan yang bermasalah. Boleh, tapi kurang efisien.
> Bagaimana nak cari produk & pembekal?
Saya ada ajar dalam ebook case study saya, boleh refer balik ok 🙂
Gear Kedua
Anda sudah ada produk. Anda mulakan dengan menjadi agen dropship, bukan borong.
Kenapa? Sebab taknak produk yang kita borong tersimpan rapi bawah katil, kerana tak laku.
Kenapa? Kena “TEST MARKET” atau “TEST WATER” atau “VALIDATE”.
Saya bagi anda kisah benar-benar berlaku. Kisah ni agak sedih, diceritakan oleh mentor bisnes saya.
Tapi ada pengajaran penting dalamnya.
“Ada seorang pekerja bank, kerja 30 tahun, dengan boss yang memang dia tak suka perangainya.
Tapi sabar jelah selama 30 tahun. 30 tahun ya, bukan 3 tahun. Kumpul punya kumpul selama 30 tahun,
dapatlah saving RM200,000. Berhenti kerja, dia terus melabur duit itu untuk buka restoran.
Sad story, ujian besar untuk dia, bisnes dia tak jadi. RM200k? Burn.”
Mentor saya kata, salah satu kesilapan, ialah dia main lajak letak duit untuk benda yang belum “TEST/VALIDATE” lagi.
Samalah macam kita, tapi taklah 30 tahun, atau RM200k. Saving duit gaji 3 bulan, dapat simpan RM2000.
RM2000 main borong je produk yang “aku rasa boleh jual”, tapi burn (baca = simpan bawah katil).
Bagaimana nak Validate?
Ok, dalam nak Validate atau Test Market, saya kongsi dengan anda 2 cara dari 2 mentor bisnes saya.
2 Cara ini saling berkaitan dan membantu melengkapi.
Validate penting untuk tahu sama ada produk itu kita boleh promote secara habis-habisan atau hanya dapat jual 2-3 unit sahaja.
- Teknik KFC.
Bukan makan ayam KFC yer.
K = next of Kin (family, saudara kita)
F = Fan/Friends (peminat atau kawan-kawan kita)
C = Colleague (kawan sekerja kita)
Haa, nak buat apa dengan mereka ni?
Cuba offer solusi (produk anda) kepada masalah yang mereka hadapi.
Tengok boleh terjual tak? Jika dengan “KFC” pun kita susah nak jual, kita ada masalah.
Persoalan : Bagaimana nak guna Teknik Validation dengan KFC?
Baca Teknik No. 2.
- Teknik Validate dengan Bertanya.
Fahami psikologi manusia.
Setiap hari, dalam 24jam seseorang itu tengok ribuan iklan.
Mereka makin skeptikal dan mungkin ada rasa menyampah jika penjual promote direct atau hard sell.
Contoh hard sell yang kurang digemari :
“Produk X ini bagus untuk masalah Y. Beli sekarang! Offer terhad.”
Percayalah, majoriti manusia dah muak dengan cara ni.
Sekali, anda pun promote cara hard sell. Mereka reject. Anda sedih.
Jadi, jangan terus menjual, tapi BERTANYA.
Bertanya, berborak dan berikan solusi.
Ya, dengan cara ini, penerimaan mereka lebih terbuka.
Salah Satu Cara Validate (saya melabur duit untuk belajar teknik ini, anda dapat Percuma):
Tanya di media sosial, seperti FB dan Whatsapp Group
“Tau tak siapa kat sini ada masalah jerawat batu yang susah nak hilang?
Aku ada terjumpa produk A ni, yang boleh selesaikan masalah jerawat ni dengan sapu sahaja, dan ambil masa 1 hari sahaja untuk kecut.
Jika ada bagitahu yer, atau pm saya terus/ whatsapp saya di 0123456789/ komen di bawah, nanti saya pm.”
Cara yang sama jika anda face-to-face, secara offline.
Jika ada yang PM/Whatsapp anda,
- Berborak, perkenalkan diri, tanya tentang masalah mereka
- dengar masalah mereka dengan penuh perhatian
- offer solusi dengan kaitkan manfaat produk dengan masalah yang dihadapi. Tunjukkan testimoni yang berkaitan dengan masalah.
- baru SEBUT HARGA.
Bagaimana dengan Gear 3 & 4 ?
Lihat emel saya seterusnya untuk dapatkan gear 3 & 4 ya? 🙂