bisnes dropship

Panduan Lengkap Cara Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Bisnes Dropship 2024

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk jana income secara online pada masa kini. Yelah gajet pun makin lama makin canggih.

Ada smartphone dan internet saja pun dah boleh buat duit.

Senang kan?

Dalam artikel ini saya akan dedahkan cara lengkap untuk anda mulakan bisnes dropship secara online dan bagaimana menjadikan bisnes dropship yang menguntungkan.

Taknak celoteh panjang sangat, sebab artikel agak panjang kali ni.

Tapi berbaloi-baloi!

Moga dapat membantu anda yang nak mulakan bisnes online dengan dropship.

Jadi pastikan anda baca sampai habis dan terus gunakan ilmu ni ya.

Jom mula!

Apa Itu Bisnes Dropship?

bisnes dropship

Secara ringkasnya,bisnes dropship ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.

Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper(pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.

Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula dan mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.

Simple kan?

Sebab itu ramai golongan yang sibuk seperti pelajar, pekerja yang nak buat side income dan suri rumah juga sering memilih bisnes online secara dropship dimana mereka boleh jana duit tanpa perlu tinggalkan komitmen utama mereka.

Baca juga: 5 Kelebihan Mulakan Bisnes Online Secara Dropship

Tugas anda sebagai agen dropship?

Jika semua urusan barang sudah dilakukan oleh dropshipper, jadi apakah yang saya kena lakukan?

Dalam bisnes dropship ada dua perkara penting yang anda kena lakukan untuk menjamin kejayaan bisnes online anda.

Kerana bukan anda seorang saja yang menjual produk tersebut, ramai lagi yang membuat perniagaan sama seperti anda. Silap-silap mereka pun mengambil dari pembekal yang sama dengan anda.

Jadi dua petua bisnes dropship ini akan membantu anda dalam bersaing dengan peniaga lain dalam bisnes online ini.

Apa benda dua petua tu?

Dua perkara penting tersebut ialah cara menjual dan value yang anda berikan kepada prospek(pelanggan).

  • Cara menjual

Dalam bisnes dropship terdapat pelbagai cara menjual yang boleh digunakan mengikut produk yang anda tawarkan.

Tidak semua produk boleh dijual dengan teknik yang sama. Terdapat pelbagai cara pemasaran yang ada, cari cara pemasaran yang paling sesuai untuk anda lakukan.

Teruskan membaca kerana saya akan dedahkan bab ini pada bahagian marketing nanti okay.

  • Value

Seperti saya katakan tadi, mungkin ramai lagi peniaga online yang menjual produk yang sama dari pembekal yang sama dengan anda.

Jadi apa yang akan membezakan anda dengan pesaing tadi?

Yes, servis dan value yang anda berikan.

Antaranya cara melayan para pelanggan, response yang cepat dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda.

Itulah antara kunci untuk kekal bersaing dengan bisnes dropship ini.

Sekarang kita akan masuk bahagian yang penting untuk mulakan bisnes online secara dropship ni.

Jom hadam!

Market Research 

bisnes dropship

Untuk mulakan bisnes dropship dan bisnes online lain sekalipun, market research(kajian pasaran) ini ialah langkah pertama untuk anda kenal pasti produk yang anda akan jual ada permintaan atau tidak.

Mesti dalam kepala anda semua sudah terlintas produk apa yang nak dijual sejak dari mula awal membaca tadi kan?

Bagus bagi yang dah tahu, bagi yang masih tertanya saya akan berikan tips untuk cari produk.

Tips cara pantas pilih produk:

  • Hobi dan minat

Kebanyakkan orang mempunyai hobi, jadi antara cara untuk memilih produk ialah yang berkaitan dengan hobi dan minat anda.

Hal ini akan membantu anda mengenali produk dengan lebih mendalam lagi kerana anda sudah ada pengetahuan tentang produk tersebut. Jadi mudah untuk anda promosikan produk tersebut kelak dengan pengetahuan yang anda miliki.

Sambil tu dapat juga kongsi minat anda tu dengan pelanggan kan. Silap-silap dapat kawan baru yang sama hobi pula.

  • Produk trending

Produk trending ialah produk yang mendapat permintaan tinggi pada masa tertentu saja. Habis musim, sepi lah produk tersebut dari pasaran.

Contohnya seperti selipar Crocs, vape, fidget spinner dan banyak lagi yang pernah mendapat sambutan hangat dulu. Pergi kemana saja mesti ada produk tersebut.

Sampai banyak tempat sold out pulak tu.

Hebat penangan produk trending ni kan.

Anda boleh masuk pasaran trending ni dengan ketahui produk apa yang tengah trend pada masa sekarang atau masa akan datang.

Tapi produk trending tak bertahan lama, sampai masa ia akan sunyi dari pasaran. Jadi pastikan anda boleh buat jualan gila-gila masa produk tersebut tengah trending.

  • Produk evergreen

Bagi produk yang sentiasa ada permintaan (evergreen) pula, jualannya mungkin tak sekencang seperti produk trending.

Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut kerana ia tidak bermusim.

Sebagai contohnya seperti produk kecantikan diri, produk kesihatan dan sebagainya.

Faham sesuatu?

Jika masih tidak mempunyai idea tentang produk untuk dijual, anda boleh buka link yang saya kongsikan ini untuk ketahui produk yang mendapat sambutan di luar negara.

Mungkin anda boleh jadi orang pertama jual produk tu kan?

Okay dah dapat produk kan?

Sekarang saya akan kongsikan cara untuk ketahui jika produk tersebut ada permintaan atau tidak. Antaranya anda boleh gunakan Google Trend, bertanya dalam group facebook, bertanya dalam forum dan banyak lagi.

Untuk gunakan GoogleTrend anda tidak perlu bayar atau daftar apa-apa pun, ia tools percuma yang ditawarkan oleh Google. Manfaatkan okay.

Di bawah macam mana data yang anda akan dapat di dalam Google Trend.

bisnes dropship
Google Trend Graph

Ikut saja arahan dalam kotak merah tersebut, anda akan dapat data yang anda inginkan.

Untuk interest over time sebaiknya anda cari produk yang mempunyai carian melebihi 50 dan keatas. Jadi produk tersebut masih relevan dalam pasaran.

Untuk data dalam group forum dan sebagainya, anda boleh lihat feedback orang terhadap produk tersebut. Jika ramai yang mahukan bermakna anda boleh teruskan untuk menjual produk tersebut.

Faham dah macam mana nak dapat data untuk tahu demand produk?

Boleh ikut tak step atas tu?

Baru first step tu geng, banyak lagi saya nak share ni.

Jom selongkar lagi!

Kenal Pasti Produk Yang Nak Dijual 

Sekarang mesti dah ada banyak produk yang anda pilih kan? Dah buat research sekali lah harapnya. Jadi, anda sudah miliki data yang boleh membantu anda buat pilihan nak jual apa untuk bisnes dropship ni.

Okay sekarang fasa kita akan pilih produk yang boleh dijual berdasarkan permintaan yang anda telah research dalam step pertama tadi.

Data dari google trend dan sebagainya. Jadi pilih produk yang paling banyak mendapat permintaan.

Kalau anda dah tahu dengan harga produk sekali lagi bagus, anda boleh pilih produk yang margin tinggi. Berbaloi la sikit bila menjual produk yang untung pun tinggi kan.

Okay dah selesai narrow down list produk anda?

Kita akan pergi ke bahagian seterusnya untuk cari supplier atau dropshipper produk tersebut pula.

Let’s go!

Pemilihan Pembekal Bisnes Dropship

bisnes dropship
Kredit gambar: www.oberlo.com

Sekarang produk dah ada, tapi mana nak dapatkan produk tersebut? Fasa ini lah saya akan kongsi bagaimana mendapatkan dropshipper(pembekal) produk yang anda nak jual tu.

Jom kita gali ilmu lagi.

Perkara yang perlu diselidik untuk mencari dropshipper atau supplier

Untuk memastikan anda mendapat trusted dropshipper dengan servis yang baik, sila pastikan anda telah menyelidik beberapa perkara ini dahulu sebelum menjadikan mereka dropshipper anda.

  • Background dropshipper

Disini anda boleh menyelidik dan dapatkan feedback dari agen dropship yang mengambil perkhidmatan dengan dropshipper tersebut jika dropshipper tersebut mempunyai latar belakang yang baik dalam servis yang ditawarkan atau tidak. Anda pun lebih yakin nak promosikan barang mereka kan.

  • Masa diambil setiap penghantaran

Hal ini akan berkait rapat dengan reputasi bisnes dropship anda. Jadi anda perlu titik beratkan bab penghantaran ini. Yelah, mana ada orang yang nak barang lambat sampai kan? Sebab tu masa delivery barang sangat penting untuk anda. Makin lama masa yang diambil, makin sukar untuk anda mencapai kepuasan setiap pelanggan anda. Jadi sila pastikan dropshipper anda boleh membuat pengeposan secara kerap. Sekarang hari sabtu dan ahad pun pejabat pos buka tau.

  • Polisi dropshipper untuk pemulangan, kerosakkan dan sebagainya

Ini sangat penting untuk bisnes dropship anda kerana hal ini mungkin akan berlaku dan mencemarkan bisnes dropship anda jika tiada tindakan yang baik diambil oleh semua pihak. Anda perlu selidik atau bertanya dropshipper tersebut apakah cara atau polisi mereka untuk selesaikan masalah diatas sekiranya ia berlaku. Jadi anda lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan dan tahu langkah yang patut diambil untuk hadapi masalah tersebut.

Baca Juga : 8 Masalah Disebalik Bisnes Dropship Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Okay sekarang anda dah tahu apa perkara yang nak diperhatikan untuk memilih dropshipper anda.

Tapi dekat mana nak cari dropshipper atau pembekal ni?

Baik sekarang saya akan tunjukkan kepada anda cara untuk mencari dropshipper melalui beberapa cara.

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda mencari pembekal atau dropshipper untuk setiap produk.

Antaranya ialah:

  • Google

Anda boleh gunakan enjin carian Google sebagai tempat untuk mecari dropshipper produk yang anda kehendaki.

bisnes dropship
Contoh carian dropshipper di Google

Cuma gunakan perkataan seperti ini di ruangan search:

  • Dropship kasut Malaysia
  • Bisnes dropship baju
  • Agen dropship Malaysia
  • Noufa Beauty (letak nama produk pun boleh)

Dan banyak lagi. Masukkan nama produk yang anda kehendaki dan banyak website yang akan menawarkan produk tersebut untuk anda.

  • Media social

Medium media sosial juga boleh digunakan untuk anda mencari pembekal produk. Antaranya anda boleh cari di Facebook dan Instagram.

Kebanyakkan dropshipper pada masa sekarang turut mencari agen dropship dengan menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran mereka.

Cara untuk mencari dropshipper di media sosial lebih kurang sama juga seperti anda buat carian di Google.

Cuma kali ni anda buat carian di media sosial seperti facebook.  Akan ada banyak group yang ditunjukkan dan ada juga page. Anda boleh masuk ke mana-mana group dropship dan lihat apa yang ditawarkan dalam itu.

Biasanya dalam group tersebut terdapat lebih dari satu dropshipper, jadi boleh selidik perkara yang saya tekankan sebelum ini.

bisnes dropship
Contoh carian bisnes dropship di Faceook

Jika di Instagram, anda boleh gunakan tambahan hashtag (#) di depan perkataan untuk melihat post yang berkaita dengan #hashtag yang anda tulis. Biasanya post tersebut juga akan menggunakan #hashtag yang anda tuliskan.

Sebagai contoh seperti:

#dropshipkasut

#agendropshipdiperlukan

#bisnesdropshipbuku

Dan banyak lagi.

bisnes dropship
Contoh carian dropshipper di Instagram.
bisnes dropship
Contoh carian menggunakan hashtag di Instagram.

Alright, sekarang dah tahu dimana nak cari dropshipper produk yang anda mahukan?

Yang penting jangan lupa selidik dulu pembekal tersebut sebelum terus menjadi agen dropship mereka.

Faham ke faham?

Tak faham kasi faham juga. Haha.

Sekarang kita pergi ke langkah seterusnya dimana saya akan bongkarkan platform(tempat) yang anda boleh gunakan untuk menjual produk anda.

Let’s do this!

Platform Menjual 

Kita dah masuk langkah sterusnya untuk mula bisnes dropship ni. Yang dimaksudkan dengan platform menjual ialah tempat yang anda boleh gunakan untuk promosikan produk dropship tersebut.

Ibarat kedai, tempat untuk anda menjual tetapi kali ini anda hanya lakukan bisnes online dari rumah saja.

Best kan?

Disini saya akan dedahkan platform online yang anda boleh gunakan mengikut produk anda. Antara platform yang saya akan fokuskan ialah Facebook dan Instagram. Tapi masih banyak saja lagi platform online lain yang boleh digunakan seperti Wechat, Blog, Whatsapp dan sebagainya. Cuma dalam artikel kali ini saya fokus pada dua platform tersebut dahulu.

Pertama anda kena kenal siapa sasaran pelanggan anda.

Dalam istilah orang bisnes ia dikenali sebagai customer avatar.

Untuk permulaan anda tidak perlu untuk tahu dengan lebih terperinci seperti:

  • Siapa orang yang anda target untuk membeli produk anda?
  • Apakah jantina mereka?
  • Berapa umur mereka?
  • Apakah pekerjaan mereka?

Cukup sekadar mengetahui produk yang anda ingin jual dan apa kebaikan, kelebihan dan manfaat dari produk tersebut

Contohnya anda nak jual produk kurus, siapakah sasaran pelanggan anda?

Tapi jika anda mengetahu lebih detail tentang customer avatar ia akan lebih membantu anda untuk membuat pemasaran.

Kerana di Facebook dan Instagram mempunyai ketegori pengguna yang berbeza peringkat umur, minat, pekerjaan dan sebagainya.

Dibawah saya tunjukkan statistik pengguna Facebook dan Instagram pada tahun 2017 di Malaysia.

bisnes dropship
Data statistik pengguna Facebook dan Instagram di Malaysia pada 2017

Anda perlu kenal pasti setiap pengguna laman-laman sosial tersebut untuk memudahkan anda menjual produk anda.

Kenal pasti siapakah sasaran pembeli produk tersebut.

Lelaki atau wanita?

Remaja atau dewasa?

Jadi dari situ anda lebih tahu platform mana yang sesuai untuk dijadikan kedai online anda berdasarkan data yang saya berikan.

Ibarat seperti anda ingin menjual ikan, adakah anda akan menjual di stadium ketika perlawanan bola sedang berlangsung?

atau anda akan menjual di pasar tani?

Anda lebih tahu jawapannya.

Sekarang anda boleh memilih sendiri platform yang sesuai untuk menjual produk anda mengikut umur dan jantina yang sesuai untuk produk tersebut.

Belum habis lagi.

Kita pulun habis, kali ni memang saya nak beri artikel yang actionable untuk anda.

Baca dan boleh terus buat.

Tiba masanya untuk masuk part pentig yang dinantikan.

Marketing Untuk Bisnes Dropship

Marketing ialah cara untuk anda beritahu kepada orang ramai tentang kewujudan produk anda. Sebaik mana pun produk kita kalau orang tak tahu tetap tak guna juga kan? Jadi inilah tugas utama marketing.

Dalam bahagian ini saya akan kupaskan beberapa cara dan tips untuk promosikan produk bisnes dropship anda.

Apa yang penting disini ialah konsisten. Jika macam biskut je posting kita, kejap ada kejap hilang orang nak percaya pun susah kan?

Jadi perkara utama yang harus diterapkan ialah konsisten dalam lakukan pemasaran produk anda.

Anda dah pilih kan platform online mana nak guna?

Sekarang kita akan gunakan medium media sosial tersebut sebagai tempat untuk kita buat marketing.

Untuk kali pertama ini, kita pakai free cost marketing saja, sebab saya menekankan mula dengan bisnes tanpa modal dahulu.

Okay jom belajar step-by-step.

Copywriting

Platform untuk buat marketing dah ada, tapi macam mana nak beritahu orang ramai tentang produk ni?

Itulah tugas utama copywriting iaitu untuk menyampaikan mesej tentang produk tersebut kepada bakal pelanggan anda.

Copywriting yang power akan membantu anda dalam membuat jualan.

Ada banyak jenis copywriting dalam dunia ni. Lain orang lain cara yang mereka gunakan.

Paling penting apa yang kita mahukan dari setiap ayat copywriting ini ialah:

  1. Mampu menarik perhatian bakal pelanggan (prospek)
  2. Dapat mempengaruhi emosi prospek
  3. Memberi keyakinan kepada prospek
  4. Buat Prospek kita bertindak
  • Mampu menarik perhatian bakal pelanggan

Apa yang dimaksudkan dalam point ini ialah bagaimana anda mampu buatkan prospek luangkan masa mereka untuk membaca iklan anda.

Disini anda perlu tekankan penggunaan headline yang memukau mata mereka. Headline tidaklah perlu panjang, cukup sekadar menggunakan ayat yang mudah difahami, pendek tapi padat.

Sebagai contoh:

Kulit awak kusam? (ayat pendek dan mudah difahami)

Berbanding

Anda mengalami masalah kulit kusam, dapatkan produk ini kerana ia sangat sesuai dengan masalah kulit anda. (ayat headline panjang dan tak nampak point utama)

Nampak?

Selain itu, penggunaan huruf besar juga boleh dilakukan untuk membezakan headline dengan point isi yang lain.

Penggunaan gambar juga mestilah bersesuaian dengan ayat headline anda okay. Janganla cakap tentang cara nak dapat kulit flawless tapi letak gambar gunung kan? Pastikan gambar selari dengan apa yang anda nak sampaikan.

  • Dapat mempengaruhi emosi prospek

Ayat isi anda mestilah dapat empengaruhi minda prospek dan kuatkan mereka untuk membeli. Antaranya anda boleh beri testimoni, ceritakan manfaat dan kebaikan produk. Selain itu anda boleh juga kaitkan masalah yang dihadapi orang ramai dengan produk yang anda tawarkan

  • Memberi keyakinan kepada prospek

Selain itu anda mestilah memberi keyakinan kepada prospek anda tentang produk yang anda tawarkan. Antaranya anda boleh berikan testimoni, produk anda berdaftar dengan badan-badan bertauliah seperti KKM dan sebagainya, berikan jaminan pemulangan semula wang dan banyak lagi.

  • Buat prospek kita bertindak

Ayat dah power tapi prospek tetap tak bertindak takda guna juga kan. Ini antara bahagian yang mencabar untuk seorang peniaga.

Okay antara tips yang oleh digunakan disini adalah:

  1. Berikan tawaran (siapa yang tak suka dengan promosi sebagainya kan)
  2. Buat urgency (maksudnya tawaran tersebut akan tamat pada tempoh masa tertentu)
  3. Call to action (anda kena arahkan prospek untuk call, whatsapp, PM, DM dan sebagainya)

Faham sesuatu?

Harapnya faham lah, takdala saya rasa syok sendiri. Huhu.

Okay jom hadam topik terakhir!

Dah power buat copywriting bagai tapi post pada masa yang salah pun tak function juga ye dop?

Waktu yang sesuai untuk anda buat post iklan

Berikut adalah tips buat iklan pada waktu yang sesuai di media sosial yang anda boleh cuba.

  • 8am – 10am

waktu ini adalah waktu pelanggan anda ke pejabat, kelas dan sebagainya. Lebih mudah dikatakan mereka di dalam kereta, jalan kaki dan sebagainya.

Anda boleh post sesuatu yang relax atau iklan soft sell berkaitan produk anda.

  • 12pm – 2pm

Waktu rehat tengah hari atau orang keluar dari pejabat untuk berehat. Jadi mereka ada banyak masa untuk layari media sosial dan sebagainya.

Pada masa ini anda boleh lakukan iklan untuk menjual.

  • 8pm – 10pm

Pada masa ini prospek anda mungkin banyak masa lapang dan relax.

Masa ini sangat sesuai untuk anda lakukan promosi tentang produk anda kerana engagement yang tinggi adalah pada masa ini.

Baca juga: Tahukah Bila Masa Sesuai Untuk Beriklan Di Facebook?

Akhirnya kita dah sampai di penghujung.

Penutup 

Sebagai penutup saya ingin simpulkan semua yang saya kongsikan di atas ini berkaitan bisnes dropship secara online.

Produk yang tepat

Anda perlu memilihan produk yang mempunyai permintaan, untung yang menarik dan pembekal yang bagus. Secara tak lansung ia dapat membantu anda dan bisnes dropship anda untuk pergi lebih jauh. Teruskan mencuba sehingga anda jumpa produk yang tepat.

Cara pemasaran

Cara pemasaran yang efektif akan membantu dalam bisnes dropship anda. Jadi teruskan mencari ilmu untuk membuat pemasaran dan bantu anda hasilkan jualan yang konsisten walau dengan bisnes online.

Perkhidmatan atau value yang anda berikan

Perkhidmatan atau value yang ada pada anda yang akan membezakan anda dengan peniaga online yang lain.

Jagalah pelanggan sedia ada kerana potensi mereka untuk membuat belian seterusnya lebih tinggi jika apa yang anda tawarkan tiada pada peniaga online lain.

Kos mendapatkan pelanggan baru lebih tinggi, jadi jaga pelanggan sedia ada sebaiknya.

Tindakan

Kejayaan hanya datang pada mereka yang berusaha melaksanakannya. Panjang lebar dah saya berkongsi dalam artikel ini.

Saya harap anda boleh gunakan ilmu ini untuk mulakan bisnes dropship online anda sekarang. Tindakan sangat membantu kejayaan seseorang. Jika anda ada ilmu seluas lautan sekali pun, jika tiada tindakan maka sia-sia semuanya.

Orang yang gagal merancang, dia merancang untuk gagal.

Hah, jadi rancang bisnes online anda ni sebaiknya dan terus bertindak.

Adakah anda masih memerlukan bantuan untuk membantu anda lebih faham dengan panduan bisnes dropship di atas ini?

Panduan yang saya syorkan ini akan lebih membantu anda untuk memulakan bisnes online dengan cara dropship ini.

Ebook Case Study!

berniaga online

Dengan Ebook Case Study ini anda akan ketahui bagaimana Al-Farabi Shariff menjana Rm1085 seawal hari ke-8 tanpa modal satu sen pun.

Ebook ini akan lebih membantu anda untuk mulakan bisnes dropship ini kerana ia merupakan ebook panduan yang lengkap dari pencarian produk hinggalah cara jual produk dan termasuk cara close sales.

Anda berminat nak dapatkan?

Untuk anda yang berjaya baca artikel ini sampai habis, saya nak berikan anda kupon diskaun untuk anda dapatkan Ebook Case Study ini sebagai tanda penghargaan saya kepada anda kerana berjaya habiskan bacaan yang superb panjang ini.

Special untuk anda saja. Masukkan kod bewarna merah ini OFFRM5 untuk diskaun semasa pembelian.

Boleh dapatkan Ebook tersebut disini sekarang okay?.

Selamat Berniaga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *