Mula Bisnes Episod 1 – Realiti Sebenar Bisnes

Realiti Sebenar Bisnes, ramai yang terlepas pandang. Akhirnya kecundang dalam dunia bisnes kerana pandang enteng tentang konsep ini.

Selamat datang ke Latihan Intensif Mula Bisnes Dengan Tangan Kosong. Ini pelajaran pertama anda. Asas yang penting, namun sering dipandang enteng.

 

Pernah tak anda dengar benda ni?

1. “Ish kau ni, nak buat bisnes, kena ada MODAL BESAR, DUIT BANYAK!

2. “Kau kena ADA KEDAI kalau nak buat bisnes ni, sewa dah la MAHAL, kau ada duit ke?”

3. “Kau nak buat bisnes? Takyah lah, nak cakap dengan orang pun SEGAN

 

Mesti pernah dengar kan? Haa jangan tipu hehe.

Boleh jadi, mereka ini dari 2 golongan :

1. Golongan generasi lama (zaman mak ayah kita)

cara memulakan bisnes dropship

Ini normal, tidak mengapa. Zaman mereka, ini yang mereka faham.

Dan kebanyakan sudah biasa dengan “makan gaji”.

Saya sendiri, mak ayah agak keberatan bila saya nekad nak buat bisnes.

Yelah, background engineering, tapi buat bisnes pulak.

Tapi alhamdulillah, lepas mereka tengok hasil yang saya dapat, akhirnya mereka okay sahaja.

Fuhhh, lega, penting tu, redha dan doa mak ayah.

 

 

2. Golongan NEGATIF dari sekeliling kita.

Setiap kali kita ada idea untuk berjaya, dan mahu bertindak,

PASTI akan ada orang negatif ini, mengurangkan semangat anda.

Abaikan, atau tukar kritikan mereka menjadi obor semangat!

Mereka mengatakan begitu, kerana mereka sendiri gagal untuk bertindak.

Tetapi bukan anda.

 

Bagaimana dengan anda? Pernah lalui situasi ini?

 

Baiklah kita sambung cerita balik.

 

Pernah tak anda alami situasi seperti Liza ? (bukan nama sebenar)

 

Liza (bukan nama sebenar) ialah pekerja syarikat swasta,

berminat nak mulakan bisnes sebagai income tambahan,

maklumlah ekonomi negara makin merosot,

duit dalam tangan dari gaji selepas saving 3 bulan,

adalah dalam RM500.

Liza pun survey-survey, apa produk yang boleh buat untung,

yang ramai orang beli.

 

Tiba-tiba Liza tertengok “Produk X”.

WOW! Bagusnya produk ni, boleh kuruskan badan lah.

Ada testimoni, okay kot ni, AKU RASA boleh jual ni.

Liza dengan happy-nya, borong Produk X,

habis-habis RM500.

Dia pun cuba lah menjual,

di FB, di IG, di Mudah, di Wassap Group dll.

Hampa. Jualan suram.

Nak jual kat family dan kawan-kawan, segan.

Takut apa nanti diorang cakap.

Akhirnya, Produk X tersimpan rapi dalam kotak, di bawah katil.

cara buat bisnes planning

Kumpul lagi duit gaji, borong Produk Y (mungkin tudung pula),

dan kemungkinan besar, Liza akan ulang kembali kesilapan yang sama.

Ini adalah satu cebis cerita, dari ribuan kisah benar yang sama.

Kesilapan “tipikal” dalam memulakan bisnes,

yang memang ramai orang buat.

 

Apakah kesilapan-kesilapan yang boleh diperbaiki?

1. Perkataan “AKU RASA”.

Liza RASA produk ni boleh jual. Itu apa yang Liza fikir.

Bukan bakal pembeli dia.

 

2. Borong produk tanpa “TEST MARKET”.

produk paling laris

Atau kata lain, Liza tidak Validate.

Liza tidak cuba “tanya” dulu market, mereka nak tak produk ni?

Rasa boleh jual, borong, akhirnya simpan bawah katil.

Pedih cara ni…sejujurnya, saya sendiri pernah buat kesilapan ini. 🙁

 

 

3. Tidak buat kajian pada produk, pembeli dan pesaing.

Kesilapan ramai orang buat ialah :

Cari produk dulu, baru cari orang nak beli.

Ya, tidak dinafikan mungkin ada jualan, tapi boleh jadi

untung keseluruhan tidak seperti yang kita ingini.

 

Jadi,

anda berminat tak nak tahu, tips & solusi dan langkah perlu diambil

agar tidak terjatuh dalam jerat kesilapan tipikal ini?

 

 

Tips ini digunapakai oleh ramai peniaga online atau offline,

dan berjaya membuat jualan 4, 5 angka,

walau TANPA MODAL, TANPA KEDAI, TANPA JUMPA ORANG,

dan dalam masa yang sama, mengurangkan kerugian memborong produk yang salah.

 

Nantikan emel saya yang seterusnya. 🙂

 

Sementara menunggu, anda boleh tanya soalan di ruangan komen di bawah,

atau tuliskan pandangan anda tentang realiti bisnes yang anda rasa.

 

Atau pengalaman anda sendiri? 🙂

 

Jumpa anda di emel lagi.

Al-Farabi Shariff

Al-Farabi Shariff