Kalau anda masih belum tau lagi cara buat duit dengan tiktok, anda rugi!
Semua orang tau sekarang ni Tiktok menjadi satu fenomena dan trend terkini, bukan untuk Malaysia dan benua Asia sahaja, tetapi juga 1 dunia.
Walaupun ada negara yang sudah banned Tiktok seperti negara India dan Taiwan, namun tidak dinafikan, platform ini menguntungkan bagi mereka yang bijak mencari peluang.
Jadi anda yang jumpa artikel ni pun mesti nak tau kan macam mana caranya untuk buat duit dengan Tiktok?
Jom kita bincang tentang 6 cara buat duit dengan Tiktok :
- Buat Duit Dengan Menjadi Content Creator Tiktok (Influencer)
- Buat Duit Dengan Menjadi Affiliate Tiktok
- Buat Duit Dengan Buat Live Di Tiktok
- Buat Duit Dengan Menjual Produk & Servis Anda
- Buat Duit Dengan Tiktok Ads
- Buat Duit Dengan Membantu Bisnes Lain
1. Buat Duit Dengan Menjadi Content Creator Tiktok (Paid Review)
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Menjadi Content Creator.
Sama seperti zaman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter (X), sesiapa yang memegang currency zaman kini, dialah yang untung!
Bukan followers.
Currency zaman kini ialah : ATTENTION.
Siapa yang dapat attention yang lebih, bisnes-bisnes, small brand hinggalah big brand akan sanggup membayar anda agar mereka boleh menumpang ATTENTION followers anda.
Jadi bagaimana nak menjadi content creator di Tiktok?
Anda perlu konsisten untuk membuat video-video yang berguna dan suka ditonton orang.
Ada 2 jenis video,
satu video berbentuk Entertainment, video yang menghiburkan.
Kedua berbentuk Education, video yang memberi manfaat dan tambah nilai.
Anda juga boleh selang-selikan.
Jadi bagaimana anda nak bermula?
Kenali diri anda dulu, pilih beberapa Niche atau Topik yang anda boleh berborak 24/7 tanpa bosan.
Bagi saya, jangan terlalu strict 1 topik sahaja.
Be yourself. Be human, penonton anda juga manusia.
Contohnya, jika anda seorang suri rumah yang sangat suka memasak.
Anda boleh buat pelbagai video yang berkaitan dengan memasak.
Kemudian kenali audiens anda, jika mereka pun surirumah atau wanita yang minat memasak, yang follow anda juga memang memasak.
Jadi selain memasak, anda juga boleh buat video berborak tentang pengalaman sebagai suri rumah, pengalaman mendidik anak.
Anda punya natural vibe, akan masuk dengan orang yang memahami diri anda, dan makin lama makin menyukai anda kerana “you speak their language” atau “you understand me”.
Jadi boleh kata,
70% video tentang masak & makanan – tips, showcase, video rasa masakan sendiri,
10% video luahan perasaan sebagai suri rumah
10% video apa-apa tentang anak, boleh jadi cerita atau pengalaman atau benda yang kelakar anak anda buat
10% video terpulang nak video apa-apa sahaja. Boleh jadi video anda pergi bercuti atau video affiliate (lihat perenggan seterusnya untuk belajar)
Untuk menjadi Content Creator, fokus anda ialah membina followers.
Bagaimana nak membina followers?
- Konsisten buat video dan upload setiap hari – ini membantu algorithm Tiktok untuk push video anda masuk FYP (For Your Page) dan mendapat exposure lebih tinggi.
- Rajinkan komen yang membina atau menarik di video-video yang lalu di FYP anda. Jika komen anda menarik, orang akan tertarik untuk pergi profile anda dan tonton video-video anda.
- Rajinkan reply semua komen dan engage dengan followers anda.
- Consistency is the key. Memang kena upload atau schedule kan video.
Tapi kalau tanya saya, better fokus 1 hari buat video. 1 hari fokus edit video.
Kemudian kita schedulekan.
Boleh jadi dalam 1 hari kita boleh buat content untuk 2minggu atau sebulan terus.
Jadi bagaimana nak buat duit dengan Content Creator?
Dengan mempromosikan diri anda available untuk membuat review produk dari brand-brand yang anda pilih.
Selain itu anda juga boleh approach dengan DM profile Tiktok brand-brand di Malaysia dan offer untuk anda buatkan review dengan pakej harga anda sekali.
Kiranya, bisnes atau brand lain akan minta anda review produk mereka dengan menghantar sample product kepada anda. Dan video tersebut selepas anda edit akan di publish di akaun anda, dan memberi izin untuk mereka post di akaun mereka juga. Kadang-kadang mereka perlukan video tersebut untuk run iklan berbayar.
Kesimpulannya :
- Bina followers (dengan content)
- Buat Paid Review
Bila dah ada followers, buat cara No 2 dan 3 di bawah, memang syok!
Ada 2 lagi peluang buat duit sebagai Content Creator iaitu :
- Tiktok Creativity Program
(Anda akan dibayar mengikut jumlah views di Tiktok) - Collect Tips – Tip A Creator On Tiktok
(Sesiapa sahaja boleh send anda duit dengan klik butang Tips di profile Tiktok anda)
Namun sayangnya, 2 cara ini tak ada lagi di Malaysia, buat masa ni sedang beta-testing di certain negara sahaja seperti di Amerika Syarikat.
2. Buat Duit Dengan Menjadi Affiliate Tiktok
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Menjadi Affiliate.
Affiliate ialah anda menjadi orang tengah kepada bisnes atau brand yang menjual di Tiktok Shop. Anda tolong jualkan produk mereka melalui video yang anda upload, kemudian anda letak “BEG KUNING” dimana mereka boleh beli terus.
Jika mereka beli, anda tak perlu buat apa-apa. Brand tersebut yang perlu poskan barang. Dan Tiktok yang akan bayar komisen kepada anda mengikut percentage tertentu.
Sebelum ni, ramai orang buat Affiliate Shopee, disebabkan orang banyak membeli di Shopee.
Kemudiak Tiktok Shop datang, menggunakan “feel and look” yang sama macam Shopee, dan orang pun makin selesa membeli do Tiktok Shop. Dengan adanya kupon-kupon diskaun, membuatkan orang mencuba untuk beli di Tiktok kemudian makin banyak membeli.
Jadi kita boleh gunakan kelebihan ini untuk promosikan produk orang lain.
Jadi macam mana nak buat duit dengan Affiliate Tiktok?
1- Klik butang ini di profile anda
2- Klik Enter
3- Klik Add Product
4- Pilih dan cari produk yang anda nak jual, kemudian tekan butang ADD
5- Anda juga boleh request sample untuk anda beli sendiri dan dia poskan ke rumah anda. Dengan barang tersebut barulah anda boleh buat video.
Nak Jual Produk Affiliate Apa?
Cadangan saya, cuba cari produk yang berkenaan dengan niche atau topik yang anda pilih.
Jika dalam contoh tadi, niche utama anda ialah masakan. Jadi anda boleh cari produk yang berkenaan seperti
- Bahan masakan
- Alat masakan
- Barang elektronik untuk memasak
- Makanan ready untuk dimakan
Ini kerana audiens yang anda dah bina juga akan berminat dengan produk tersebut.
Namun tidak salah juga anda pilih produk yang tak berkenaan, contohnya jual microphone yang anda guna sendiri waktu buat video.
Takde right and wrong sini, buatlah yang penting boleh buat duit, hehe.
Tak buat tu yang tak buat duit 😛
Jika anda nak belajar lebih dalam lagi tentang affiliate, jemput baca artikel ni:
Tak semua produk ada di Tiktok Shop, namun ada satu platform dalam artikel tu yang anda boleh daftar kemudian jual produk tersebut dengan link affiliate. (sebagai tambahan cara buat duit)
3. Buat Duit Dengan Buat Live Di Tiktok
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Menjadi Live Streamer.
Syarat untuk dapat buat Live di Tiktok ialah kena ada minimum 1000 followers.
Jika saya tak silap, anda boleh buat LIVE tanpa followers yang mencukupi jika anda daftar akaun sebagai business account.
Bermaksud anda ialah sebuah brand. Dan syaratnya waktu LIVE, perlu letak produk sekali.
Bagaimana nak buat duit dengan Live di Tiktok?
- Letak beg kuning barang affiliate
- Letak beg kuning barang yang anda jual sendiri
- Dengan gifts dan coins
Mostly orang dapat duit dengan gifts dan coins yang orang berikan.
Biasanya jika penonton suka dengan Live anda, mereka akan berikan gifts.
Jadi apa nak cakap waktu LIVE?
Nasihat saya, be yourself.
Buat apa yang anda rasa suka dan boleh buat tanpa orang paksa.
Mengikut contoh tadi, niche anda suka memasak,
anda buat LIVE waktu anda memasak.
Dah habis masak, LIVE sambil makan.
(Pastikan suami takdelah, nanti kecik hati dia hehe)
Ataupun sambil-sambil duduk,
buat LIVE dan berborak dengan followers anda dan penonton baru.
Inilah peluang anda untuk naikkan followers jika ada penonton baru yang jumpa anda sedang LIVE.
Borak lah pasal anak ke, pengalaman ke, atau buat sesi soal jawab.
Be creative. Buat macam borak dengan kawan.
Buat Duit Dengan Subcsription (Live Tiktok)
Ada satu cara terbaru ialah penonton/follower kita boleh subscribe kepada akaun kita secara bulanan. Cuma butang subscribe ini hanya boleh keluar buat masa ini ketika sedang LIVE.
Ini antara kelebihan jika followers kita subscribe akaun kita :
Selain itu anda juga boleh letakkan sticker yang khas subcsriber anda sahaja boleh guna ketika LIVE :
Ini pula harga subscription sebulan, anda boleh adjust harganya :
Oleh kerana ini masih baru lagi, tak ramai tahu tentang ini. Selain itu, mesti ada reason yang kukuh kenapa mereka perlu subscribe Tiktok anda kan?
4. Buat Duit Dengan Menjual Produk & Servis Anda
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Menjual Di Tiktok Shop.
Cara Nombor 1-3 di atas boleh dibuat jika anda memang tidak berniaga ataupun berniaga.
Namun jika anda berniaga dan memang ada bisnes, anda boleh buat video-video di Tiktok dan mempromosikan produk dan servis anda.
Antara video yang anda boleh buat ialah seperti :
- video penerangan produk/servis
- video cara guna
- video unboxing
- video drama pendek yang gunakan produk anda
- video review dari pengguna lain
- video cerita problem yang orang ada dan produk andalah solusinya
Dan macam-macam lagi kreativiti yang ada.
Namun, ada 2 cara, satu ialah menggunakan profile nama orang atau personal.
Cara kedua ialah menggunakan nama brand.
Pendapat saya, menggunakan nama sendiri dan personal lebih mendapat sambutan dari gunakan brand tersebut.
Nak manage dua-dua akaun sekali pun tiada masalah.
Namun jika masa anda terhad, saya nasihatkan dahulukan dulu promosikan produk dan servis anda menggunakan nama personal anda.
Mempromosikan dengan cara ini, dipanggil sebagai Content Marketing dan Organic Marketing.
Bermaksud anda berniaga tanpa mengeluarkan duit iklan.
Daftarkan akaun anda sebagai business account dan daftar untuk buka Tiktok Shop.
Jika anda serius nak belajar lebih dalam lagi, saya sarankan panduan ini : Bisnes Tiktok Shop.
5. Buat Duit Dengan Tiktok Ads
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Membuat Tiktok Ads.
Tiktok boleh bantu push video yang anda buat untuk masuk SPONSORED POST dan push lebih lagi kepada audiens tiktok mengikut interest pengguna Tiktok.
Tapi of courselah dengan modal duit berbayar.
Ini memang sangat bertepatan lah jika anda berniaga dan buat bisnes.
Sebagai seorang marketer yang memang run iklan berbayar sejak 2015, Tiktok Ads memang sangat powerful jika video yang kita gunakan memang betul winning.
Bila kita buat TikTok Ads, orang yang tonton video boleh membeli dengan 3 cara
- Ada beg kuning yang membuatkan orang boleh beli terus di Tiktok Shop anda
- Bawa ke website anda, dan membeli di website
- Bawa ke WhatsApp dan anda close mereka di Whatsapp
6. Buat Duit Dengan Membantu Bisnes Lain
Cara Buat Duit Dengan Tiktok – Membantu Bisnes Lain.
Percayalah, selain video Paid Review, brand bisnes ni nak sangat lagi banyak video pengguna mereka yang boleh buat User Generated Content (UGC).
Kadang-kadang video tak promosikan pun secara direct, tetapi membuat video-video yang trending dan letakkan produk brand tersebut sebagai Product Placement di video tersebut.
Alang-alang anda dah menjadi influencer, content creator dan ada banyak pengalaman membuat video, anda boleh serviskan kemahiran anda tu dan buat duit tambahan.
Contohnya, bayaran RM3000 sebulan untuk menghasilkan 30-40 video.
Anda boleh caj bulanan terus atau caj per video. Namun lebih baik bulanan terus dan jumlah kuantiti yang banyak.
Selain menyediakan servis video, ada juga bisnes yang nak beli akaun tiktok yang ada followers ramai.
Jika anda berkemahiran untuk dapatkan berpuluh ribu dan beratus ribu followers dalam masa yang singkat, memang ada entiti bisnes yang nak beli.
Jadi cuba fikir di luar kotak, apa lagi yang bisnes perlukan untuk memudahkan mereka berbisnes di Tiktok.
Jika anda ada idea, cuba kongsikan di komen bawah, okay?
Kesimpulan
Ada banyak cara untuk buat duit dengan tiktok ni, hanya kena explore mana yang sesuai dengan keadaan diri sendiri, dan paling penting, pergi buat sampai jadi.
Jangan buat sikit-sikit, stop lepas dan give up. Great thing takes time alright?
In case anda dah ada produk dan memang berniaga, dan serius nak gunakan Tiktok Shop sebagai platform, saya highly recommend panduan ini :
Boleh dapatkan panduan ini di sini : Bisnes Tiktok Shop.
Kongsikan pendapat anda, soalan anda atau idea lain untuk buat duit di Tiktok okay?
Saya baca dan reply semua komen inshaAllah.