Apabila makin ramai boleh buat duit dengan Tiktok, makin ramai cari cara daftar Affiliate Tiktok. Maklumlah, tak perlukan modal duit berbayar, hanya kemahiran sahaja.
Tanpa lengah masa, saya tunjuk terus cara daftar ya.
(Jika anda lagi prefer video saya ada letak video di atas boleh skip ke minit 11:29. Jangan lupa susbcribe!)
(Nak lagi laju/shortcut, follow je panduan bergambar di bawah)
Dalam artikel ni anda akan tahu tentang :
- Cara Daftar Affiliate Di Tiktok (jika followers lebih/kurang 1,000)
- Cara Buat Beg Kuning Di Video Tiktok
- Cara Tambah (Keluarkan) Produk di Profile Tiktok.
Ada 2 situasi untuk daftar :
-
- Jika akaun tiktok anda ada lebih 1,000 followers
- Jika akaun tiktok anda ada kurang 1,000 followers
Hal ini kerana, secara default, nak daftar affiliate perlu ada minima 1,000 followers, tapi anda jangan risau, ada cara boleh daftar affiliate juga dengan akaun baru yang kurang 1,000 followers.
Cara Daftar Affiliate Tiktok – Jika Lebih 1,000 Followers
1. Pergi ke profile tiktok anda, klik burger icon belah kanan atas, dan klik Creator Tool
2. Klik butang Tiktok Shop For Creator atau Tiktok Shop
3. Klik butang “Apply”.
Di sini anda boleh lihat yang syaratnya ialah 18 tahun ke atas dan mempunyai minima 1,000 followers.
4. Klik butang “Start Earning” dan isikan maklumat sebenar anda.
Kemudian berikan masa untuk Tiktok verify account anda. Kebiasaannya tak lama, dalam beberapa minit sahaja.
Selepas itu anda sudah boleh mempromosikan. Jika nak tau tutorial bergambar step-by-step nak tambah beg kuning affiliate di tiktok, teruskan scroll di bahagian bawah sekali.
(Quick Ads)
Jika anda ada bisnes dan nak berniaga dengan lebih menguntungkan di Tiktok…
Jika anda memang berniaga dan nak tahu rahsia dan cara lebih efektik berniaga di Tiktok, saya sarankan anda invest sedikit duit untuk belajar ilmu yang dapat menguntungkan kembali bisnes anda inshaAllah.
Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut : Panduan Bisnes Tiktok Shop!
Cara Daftar Affiliate Tiktok – Jika Kurang 1,000 Followers Atau Akaun Baru
1. Download Apps Tiktok Shop Seller Center
2. Klik “Sign up with Tiktok”, tapi pastikan negara itu negara kita sendiri, sebab lepas ni dah tak boleh diubah. Lepas itu, tekan butang “Confirm”.
3. Klik butang Authorize.
4. Anda perlu isikan borang dan letakkan maklumat sebenar, termasuk upload gambar IC anda. Selepas itu klik “Submit”.
5. Selepas pastikan semua maklumat betul, klik butang “CONFIRM”.
6. Dan anda akan dibawa ke Homepage, dan tunggu verification dari Tiktok. Pengalaman saya sendiri tak ambil masa 5 minit pun untuk verified.
7. Selepas verified, anda buka kembali akaun Tiktok anda, dan lihat, sudah ada tab “beg kuning”! Yeay!
Jadi begitulah cara untuk daftar affiliate tiktok dengan 2 situasi, ada lebih atau kurang 1,000 followers.
Tips Tambahan : Cara Buat Beg Kuning (Produk Affiliate) Di Video Tiktok
1. Pergi ke tab Beg ini, dan klik butang Visit belah kanan tu.
2. Anda akan sampai di Dashboard Tiktok Shop, klik butang Product Marketplace.
3. Di sini disenaraikan semua produk yang anda boleh jualkan dan dapat komisen. Anda boleh guna butang search untuk cari produk yang anda nak jual, atau cari nama kedai, kemudian tekan butang merah Add untuk masukkan produk anda ke Showcase. (senarai produk affiliate yang anda nak jual)
4. Anda juga boleh klik tab Free Sample untuk lihat kedai mana yang boleh bagi anda Free Sample. Namun syaratnya anda kena publish video review produk tersebut di Tiktok atau Tiktok akan larang anda untuk request lagi. Boleh lihat syarat-syaratnya bila anda tekan request free sample nanti.
5. Cara nak tambah beg kuning? Masa nak upload video, tekan butang Next, dan tekan butang Add Links, kemudian tekan Product, dan pilih produk yang anda nak jual dengan video yang nak di upload itu.
6. Anda boleh tukar nama di sini, nama ini akan keluar beg kuning di paparan video nanti.
Jadi beginilah cara buat beg kuning di Tiktok. Jika video anda masuk FYP dan viral, orang berminat nak beli selepas tonton video anda, mereka pun tekan beg kuning tu dan beli di Tiktok Shop seller tersebut.
Kemudian seller itu yang uruskan penghantaran, anda hanya tunggu Tiktok bayar komisen anda yang diluluskan. Best kan?
Kadang-kadang video yang FYP tu boleh viral berbulan, dan juga mungkin viral sehari dua. Bergantung.
Yang penting, konsisten hasilkan video jika nak hasil yang lebih baik. Pastikan anda juga meletakkan Call To Action, iaitu arahan untuk beli di beg kuning, percayalah, ini dapat meningkatkan kebarangkalian untuk mereka tekan dan beli.
Tips Tambahan – Cara Tambah Produk Di Tiktok Shop (Di Profile)
Selepas anda pilih produk dan tekan butang add produk yang anda nak jadi affiliate, mesti rasa pelik kan, kenapa tak keluar kat tab Beg shopping ni di profile?
Dia jadi kosong je camni.
Haaaa jangan risau
1. Pergi ke Apps Tiktok Seller Center.
2. Klik butang Settings, pergi ke Linked TikTok Accounts.
3.Pergi ke Official Account dan scroll bawah, dan klik butang “Unlink Official Account”. Jika anda baru daftar Affiliate melalui Tiktok Shop, anda kena tunggu 24 jam untuk Unlink.
4. Selepas Unlink, pergi ke Linked TikTok Accounts kembali, dan klik Marketing Accounts.
5. Di sini, anda kena Link kan balik ke akaun Tiktok anda tadi, masukkan username tiktok tersebut di ruangan yang disediakan, kemudian tekan butang Send Invitation.
6. Buka akaun TikTok kembali, kemudian pergi Notification, tekan Notification tentang Link new account tersebut, dan tekan butang “Accept Request”.
7. Voila, selepas ni anda pergi profile anda dan tekan tab Bag Shopping, anda dah boleh nampak senarai produk yang anda dah Add untuk jadi Affiliate.
Kesimpulan
Itu sahaja 3 tutorial untuk :
-
- Cara Daftar Affiliate Di Tiktok (jika followers lebih/kurang 1,000)
- Cara Buat Beg Kuning Di Video Tiktok
- Cara Tambah (Keluarkan) Produk di Profile Tiktok.
Nak Tahu 6 Cara Buat Duit Dengan Tiktok?
Jika anda masih belum baca lagi artikel ni, saya sarankan anda baca sekarang :
Jika anda ada bisnes dan nak berniaga dengan lebih menguntungkan di Tiktok…
Jika anda memang berniaga dan nak tahu rahsia dan cara lebih efektik berniaga di Tiktok, saya sarankan anda invest sedikit duit untuk belajar ilmu yang dapat menguntungkan kembali bisnes anda inshaAllah.
Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut : Panduan Bisnes Tiktok Shop!