Tak dinafikan ramai orang mula cari cara berniaga di Shopee selepas platform ni melonjak naik macam platform Amazon.com yang menjadi pilihan rakyat US, UK dan 1 dunia. Selain di Malaysia, Shopee juga famous di Indonesia dan Filipina. Boleh lihat statistik website Shopee Malaysia, Jumlah orang yang melawat Shopee sahaja, sekitar 41 juta sebulan. Secara purata orang akan visit 9 page produk dan setiap orang meluangkan masa 9minit 18 saat di Shopee.
Shopee juga menjadi website No. 5 paling dilawati di Malaysia, dan No. 1 sebagai website E-commerce & Shopping di Malaysia.
Asas berniaga ni simple. Cari tempat ramai orang, dan menjual di situ. Trafik yang lalu lalang, nampak gerai kita akan berpotensi nak beli. Lagi ramai trafik, lagi ramai potensi untuk membeli.
Jadi, jika anda memang sudah berniaga, dah ada produk, dan belum lagi menjual di Shopee, masih belum terlambat. Baca artikel ni dan upload produk anda, dan menjual di Shopee hari ini juga.
Namun, ramai juga baru nak mula berniaga, produk pun belum ada lagi, kekurangan atau tiada modal.
Jangan risau, artikel ini boleh bantu anda bermula berniaga di Shopee tanpa modal berbayar!
Tanpa pegang produk, tanpa perlu uruskan penghantaran produk, hanya fokus menjual di Shopee sahaja.
Cara Berniaga Online Tanpa Modal – Dengan Konsep Dropship
Secara ringkasnya,bisnes dropship ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.
Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar/supplier, pihak ketiga atau dropshipper(pembekal/supplier) yang menjual produk tersebut dan pegang stok.
Dalam konsep bisnes dropship ini, anda mencari customer untuk beli produk supplier yang anda menjadi ejen dropship tu, kemudian pembeli pun bayar kepada anda dengan harga jualan, anda pula gunakan duit tersebut untuk bayar kepada supplier dengan harga ejen dropship (jauh lebih rendah).
Perbezaan harga jual dan harga yang anda dapat sebagai ejen dropship itulah dipanggil Margin Untung atau Profit Margin.
Jika anda jual harga RM100, dan anda punya harga sebagai ejen ialah RM70, jadi margin untung anda ialah RM30.
Anda minta maklumat penghantaran dari pembeli, kemudian berikan maklumat tersebut kepada supplier, dan mereka yang akan poskan dan hantarkan.
Anda tak perlu pegang produk, tak perlu uruskan penghantaran, hanya fokus marketing dan sales. Fokus jual produk sahaja.
Sebab itu ramai golongan yang sibuk seperti pelajar, pekerja yang nak buat side income dan suri rumah juga sering memilih bisnes online secara dropship dimana mereka boleh jana duit tanpa perlu tinggalkan komitmen utama mereka.
Sekarang anda dah faham konsep berniaga dengan dropship itu bagaimana, jika nak tau lebih dalam lagi, di sini saya buat 1 artikel panduan yang menceritakan bisnes dropship dengan lebih dalam, siap cara menjual lagi. Klik link di bawah untuk baca :
Bagaimana Cara nya Berniaga Di Shopee Dengan Cara Dropship
Okay sekarang konsepnya bagaimana pula kalau kita nak berniaga di Shopee secara Dropship? Supplier pula dari Dropship juga. Tak berlawan ke?
Sebenarnya ada 2 cara situasi :
- Jadi ejen Dropship kepada supplier yang menjual di Shopee
- Jadi ejen Dropship kepada supplier yang tidak menjual di Shopee
Jika anda bermula, saya sarankan pilih no 1. Kerana lebih
Mudahnya platform Shopee sebab anda boleh terus order dan bayar kepada
Pembekal anda di Shopee, dan mereka poskan terus keapda customer anda.
Tak perlu nak bank in manual, tak perlu nak tanya stok ada ke tak, terus order
sahaja. Jika ada masalah boleh chat terus di situ.
Dan anda juga boleh kumpul Shopee Coins untuk redeem pembelian seterusnya.
(untuk Featured Seller sahaja boleh redeem Shopee Coins buat masa ni)
Ini langkah-langkah yang anda perlu buat :
- Pergi ke shopee.com.my atau download Apps Shopee di smartphone anda.
- Daftar akaun anda jika belum.
- Buat carian untuk produk yang anda nak jual.
- Sort dekat bahagian Price agar dia tunjukkan harga terendah dahulu. Low
Price – High Price. - Pilih beberapa Penjual di Shopee yang menjual produk yang anda nak, dan
lihat beberapa kriteria :
- Rating dan feedback yang bagus
- Shipping dari dalam Malaysia (agar cepat sampai)
6. Mesej penjual tersebut dengan tekan butang “Chat Now”.
Mesej dia dan inform 3 point penting di bawah :
- Kita nak jadi Ejen Dropship untuk produk-produk dia
- Kita nak order terus produk customer kita melalui sistem Shopee
- Kita nak dia poskan barang tersebut terus ke customer tanpa letakkan resit
(supaya customer tak pelik kenapa kat resit harga lebih murah dari harga dia
beli kat kita)
Ini contoh mesej yang anda boleh buat :
“Hai, boleh saya nak jadi Ejen Dropship untuk semua produk dalam kedai tuan?
Kiranya saya nak hantar order kepada customer saya terus. Tak perlu letakkan
resit sekali. Boleh?
PERSOALAN : Kenapa Perlu Minta Izin Nak Jadi Ejen Dropshp?
Tak boleh ke kalau kita order terus di Shopee untuk customer tanpa perlu bagitau?
Sebenarnya ini khusus untuk yang beragama Islam & nak rezeki yang berkat.
Kerana ada saranan dari Rasulullah SAW untuk perniagaan seperti Dropship ini.
Kita nak dapat duit yang berkat kan?
Jadi ikut sahaja saranannya. InshaAllah income kita lebih berkat dan akan diluaskan rezeki lagi.
Basically, larangannya ialah kepada tidak boleh menjual barang yang tidak ada pada
tangan.
Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia meminta agar aku
menjual kepadanya barang yang belum aku miliki, dengan terlebih dahulu aku
membelinya untuk mereka dari pasar?” Rasulullah SAW menjawab, “Janganlah
engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu.”
Riwayat Abu Daud (3503), al-Nasaie (4613), al-Tirmidzi (1232) dan Ibn Majah (2187).
Secara kesimpulannya,
- Kita tidak boleh menjual barang yang bukan milik kita tanpa izin pemiliknya.
(Pembekal/Supplier) Contoh, buat iklan dulu, baru nak cari supplier. - Bahawa boleh Pembekal letak sekian harga (harga ejen) dan beri kebenaran
kepada kita untuk jual berapa sahaja yang kita mahu.
Jadi jika nak selamat, hanya minta izin sahaja. Jika dia tak bagi, kita cari Pembekal
lain. Dan berlambak sebenarnya. Mereka pun perlukan kita untuk sama-sama buat
duit.
Maklumat lanjut dari Mufti : Hukum Perniagaan Dropship
Jika Nak Cari Supplier Di Luar Shopee?
Boleh sahaja, contohnya boleh cari supplier di :
- Facebook group – tempat para bisnes mencari ejen Dropship
- Carian di Google
- Direct contact brand bisnes di website atau media sosial mereka
- Lazada
- Majalah.com
- Mana-mana supplier melalui apa-apa platform
Yang penting supplier ni boleh dipercayai dan respon dengan pantas.
Nasihat saya, untuk produk yang anda nak jual cari backup supplier juga, just in case ada masalah nanti.
Dulu waktu platform e-commerce Lelong tengah hot dulu, saya cari supplier di sana. Saya rasa sekarang pun masih boleh gunakan Lelong untuk riki supplier.
Anda boleh tengok gambar di bawah, waktu saya aktif berniaga Dropship sekitar tahun 2015. Walaupun dah lama, anda masih boleh guna skrip ini untuk jadi ejen dropship kepada supplier ini.
Antara soalan yang anda boleh tanya juga seperti :
- Bolehkah menjadi ejen/reseller?
- Jika boleh, berapa harga dan pembelian minima?
- Berapa lama masa diambil untuk proses order.
- Lokasi COD, jika ada.
Apa Seterusnya Selepas Meminta Izin Jadi Ejen Dropship?
Anda pun gunakan seluruh gambar dan info produk di kedai Shopee supplier tersebut, dan upload balik di kedai Shopee anda. Adjust harga, info produk, title produk juga. Wujudkan kelainan, especially bahagian title.
Dan untuk buat perkara di atas, mestilah anda kena daftar dulu di Shopee atau Shopee Seller Center.
Hiaskan nama, info kedai dan upload produk mengikut kategori yang ditetapkan. Platform Shopee sangat intuitif, bermaksud anda boleh godek sendiri untuk tahu cara nak upload produk, kemudian ikut sahaja arahan yang diberikan.
Selain berniaga di Shopee, anda juga boleh promosikan produk dropship anda tu di mana-mana platform media sosial.
Jika anda nak belajar bagaimana nak berniaga di group-group FB, boleh dapatkan panduan ini :
Ebook Case Study : Bagaimana Saya Buat RM1085 Untung Bersih Yang Pertama di Facebook Dalam 8 Hari Tanpa Modal.
Bagaimana Nak Hantar Tempahan Dari Pelanggan Yang Beli Dari Kita?
Jika supplier di Shopee, biasanya kita beli terus di kedai dia. Bermaksud, harga kita jual lebih tinggi dari harga di kedai Shopee dia.
Jadi, kita pun order macam biasa tapi letak informasi mereka.
1. Pilih kuantiti produk dan tekan buy now.
2. Di informasi penghantaran, pastikan, nama, alamat dan nombor telefon ialah info customer kita.
3. Bayar menggunakan duit kita. Pastikan kita dah kutip duit dulu dari customer.
4. Mesej supplier di Shopee, inform dan remind sekali lagi, ini ialah untuk customer, tak perlu letak resit (yang tunjuk harga supplier).
Jika Supplier kita bukan di Shopee, tanya supplier yang anda dah daftar jadi ejen dropship tu, bagaimana nak order.
Adakah kena submit di WhatsApp, atau ada sistem kena daftar. Ikut sahaja arahan yang mereka berikan.
Contoh Produk Yang Saya Dropship Di Shopee Dulu
Ini antara produk yang saya jual dulu dan saya memang hubungi direct HQ mereka, dan dapatkan harga ejen, kemudian hantar order di WhatsApp. Bayar ke akaun mereka secara manual.
Disebabkan produk ini “panas” waktu tu, jadi ramai yang mencari. Jadi saya pun cari Hot products kemudian jadi ejen dropship dan upload di Shopee Shop saya.
Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Bermula Sekarang!
Jadi beginilah caranya untuk berniaga di shopee tanpa modal, tanpa produk, hanya menjual produk orang lain. Tiada alasan lagi untuk tidak bermula sekarang. Rajinkan diri dan push diri anda untuk keluar dari zon selesa. Fahamkan konsep dropship, belajar teknikal daftar akaun seller, upload produk, semua tu teknikal yang anda boleh belajar sendiri atau tonton mana-mana tutorial.
Apa Strategi Seterusnya?
Bila anda dah boleh buat untung, target untuk capai certain jumlah kemudian anda pun boleh upgrade dari ejen dropship kepada stokis. Mungkin syarat nak jadi stokis ialah kena keluar duit untuk beli sejumlah produk, mungkin 10 unit, 50 unit, 100 unit etc untuk dapatkan harga produk yang jauh lebih rendah. Tapi bila anda dah pegang produk, margin lebih tinggi, anda kena lah menguruskan penghantaran.
Namun ada juga yang saya jumpa, anda boleh dapatkan margin Stokis, tapi HQ yang pegang produk dan poskan. Cuma anda kena bayar dahulu sejumlah amount tersebut. Ini lebih memudahkan pada pendapat saya. Jadi misi anda ialah teruskan mencari supplier yang boleh berikan margin yang best, dan produk tersebut pun memang bagus membantu customer, bukan produk sampah dan tak berkualiti.
Lagi bagus jika anda pun order untuk diri sendiri dan cuba hasil dan kualitinya.
Kumpullah modal dari untung bisnes, invest balik untuk dapatkan deal margin yang lebih tinggi. Bukan spend semua untung dengan upgrade lifestyle. Jangan, nanti menyesal. Percaya cakap saya. 🙂
Saya sendiri bermula dari ejen dropship, kemudian upgrade jadi stokis untuk pelbagai produk, keluar modal beribu ringgit. Ada juga deal yang saya dapat tanpa keluar modal tapi margin lebih tinggi. Jadi teruskan bernetwork dengan orang-orang bisnes.
Ini Saranan Saya
Jika anda nak belajar lebih dalam lagi, ada 2 panduan yang saya suggest:
- Panduan Berniaga Di Facebook Dengan Dropship (Tanpa Modal).
Ini pengalaman saya sendiri buat RM1085 UNTUNG BERSIH dalam 8 hari.
Selain saya menunggu secara pasif orang jumpa produk di Shopee yang banyak competitor, saya sendiri membuat marketing secara aktif di group-group Facebook.
Bagaimana caranya?
Dapatkan panduan ini :
Bagaimana Saya Buat RM1085 Untung Bersih Yang Pertama di Facebook Dalam 8 Hari Tanpa Modal. - Panduan Jadi Seller Di Shopee
Panduan ini khas jika anda memang nak mendalami menjadi seller di Shopee. Kalau lihat testimoni yang belajar dari panduan ini memang alhamdulillah terbukti membantu mereka, dengan izin Allah.
Sebab itulah saya sarankan anda invest in yourself untuk belajar ilmu buat duit. Dengan untung yang anda bakal dapat balik inshaAllah, cover dah kos pembelajaran, dan terus menerus buat untung. Just jangan give up dan rajikan usaha. Buat sampai jadi, okay?
Dapatkan panduan tersebut di sini : Panduan Jadi Seller Di Shopee.
Bila anda dah ready, ada 5 cara saya boleh bantu anda :
1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).
2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50” untuk diskaun 50%.
3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.
4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.
5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.