Gerilla Instagram oleh Aulis Uwais
Kebetulan bulan Januari 2016 ni, ada keluar dua Panduan Instagram oleh dua Sifu Instagram iaitu DVD Revolusi Manipulasi Instagram oleh Tuan Ismail Arsad dan yang kedua ialah Gerilla Instagram oleh Tuan Aulis Uwais.
Saya telah buat Review Revolusi Manipulasi Instagram dan kali ni pula ialah Review Gerilla Instagram.
Prinsip saya mudah sahaja, tak semua produk sesuai untuk semua orang. Oleh sebab itu, saya suka beri “inside information” supaya pembaca blog dan subscriber emel saya boleh buat “informed decision” dan tahu apa yang bakal anda dapat dari pembelian.
Belum jadi Pembaca VIP review saya? Join dengan klik butang di bawah :
Okay, menariknya selepas saya tonton kedua-dua panduan, dua-dua Sifu Instagram mempunyai dua mazhab berbeza.
Boleh saya ringkaskan begini.
Sifu Ismail Arsad : Mazhab Private-kan Instagram
Sifu Aulis Uwais : Mazhab Public-kan Instagram
Okay, nak tahu kali ni apa yang nak disampaikan oleh Tuan Aulis dalam Gerilla Instagram nya?
Jom teruskan bacaan.
Apa Itu Gerilla Instagram?
Gerilla Instagram ialah satu panduan berbentuk digital (perlu download atau tonton online sahaja) yang mendedahkan pada anda 21 Episod Video Eksklusif (katanya akan ada free updates, jadi lebih 21 Video yang bakal anda dapat), yang mengajar anda “jalan pantas” untuk buat duit dengan meniaga di Instagram.
Pendekatan Tuan Aulis Uwais bermazhab “Public IG” lebih kepada “biar followers sikit tapi masyuk jualan” dengan ayat iklannya :
Tak Pelik Followers 400 Tapi Sales 4 Angka!
Namun tak bermaksud tak kumpul followers.
Dalam Video #13 akan diterangkan panjang lebar tentang Teknik Naikkan Followers dengan memanipulasi Algorithm Instagram dan tips untuk mudah keluar di ruangan “Explore Tab”.
Teknik Naikkan Followers yang diajarkan nampak sahaja biasa-biasa, namun strategi selepas itu yang lebih penting, iaitu menghasilkan jualan dan buat duit.
Siapa yang meniaga tapi tak nak duit, bukan?
Yang penting ialah mendapatkan customer dan buat duit.
Review Tentang 21 Video Gerilla Instagram
Saya takkan ulang point yang sama kerana anda boleh baca sendiri di sales pagenya apa yang akan diajar dalam setiap episod, KLIK SINI untuk lihat Sales Page.
Namun saya lebih suka berkongsi apa point yang menarik yang saya dapati sendiri selepas menonton.
Video #1 Hingga Video #4 – Asas & Konsep Penting Bina Profile Bisnes Di Instagram
Sama seperti Panduan Revolusi Manipulasi Instagram, Tuan Aulis berkongsi asas-asas dan konsep yang perlu anda faham untuk buat duit di Instagram.
Lain padang, lain caranya.
Selain itu penting juga untuk buat Kedai Instagram yang nampak lebih professional & dipercayai.
Tapi apa yang sangat menarik hati saya dengan Gerilla Instagram ialah di video seterusnya…
Video #5 Hingga #Video 12 – Cara Unik Design Post & Kedai Anda & Strategi #Hashtag
Jujur di sini, saya sedikit terpesona dengan “Cara Post Gambar & cada design Kedai Instagram anda menjadi cantik dan buat orang terpegun”. Malah memudahkan prospek anda membuat pilihan dan belian.
Kerana Tuan Aulis Uwais menggandingkan Strategi Post Gambar + Strategi Hashtag yang lebih memudahkan untuk convert prospek anda menjadi pembeli.
p/s – Ada elemen memenangi psikologi manusia di sini (consumer psychology)
Dan paling terkejut, ada juga term SEO Hashtag, iaitu cara membuatkan carian anda menjadi teratas di Instagram.
Video #13 – Strategi Follow & Unfollow
Berbeza dengan Panduan Revolusi Manipulasi Instagram yang menekankan pelbagai Teknik Naikkan High-Targetted Followers (ada kelebihannya yang tersendiri),
style Gerilla Instagram menaikkan followers ialah lebih bersederhana (friendly & tak paksa) namun lebih menekankan strategi menjual atau convert prospek followers & bukan followers untuk membeli.
Video #14 Hingga #21 – Insta Ads, Viral Contest, Tips Advanced Duit Pantas
Atas sebab yang tak dapat dielakkan, saya hanya dapat tonton sehingga Video #13 sahaja, namun jika anda buat bacaan di sales page, saya boleh agak yang Aulis Uwais akan lebih kepada “exploitasi Instagram Algorithm” dan push sales dengan menggunakan Instagram Ads.
Apa? Guna iklan berbayar? Taknaklah. Orang guna IG untuk buat duit tanpa keluar duit !
Saya sangat sarankan anda baca buku “How Rich People Think” oleh Steve Siebold.
Dalam Point No. 28 :
Middle class plays it safe with money… World class takes calculated risks.
Jangan sesekali fikir iklan berbayar ialah “SPENDING”, tetapi iklan berbayar ialah “INVESTING”.
Anda “melabur” duit supaya dapat hasilnya.
Namun bukan tanpa strategi yang betul, jika main taram itu bukan melabur, tapi “melebur duit”.
Penafian : Anda masih boleh buat duit lumayan tanpa iklan berbayar di Instagram, namun Insta Ads ialah salah satu pilihan untuk “boost” sales anda dengan lebih pantas.
Oleh itu, saya suka Gerilla Instagram kerana akan diajar step-by-step untuk menggunakan Insta Ads. Dan cara ini lebih sesuai untuk newbie/orang yang baru nak berjinak-jinak dengan iklan berbayar.
Malah bukan diajar basic Insta Ads, tetapi juga diajar advanced termasuklah “Retargeting”
Retargeting ialah kita akan “track” prospek yang pernah pergi kedai online kita tanpa buat belian, lalu akan keluarkan iklan “bertubi-tubi” sehinggalah prospek akhirnya membuat belian. Malah kos iklan Retargeting lebih murah. Teknik ini juga dinamakan “Teknik Saka” oleh IM tempatan.
Kenapa perlu Retargeting?
Adam Wallace, founder Content First, syarikat konsultan bisnes, menyatakan :
95% of people don’t buy on their first visit to your website
95% orang tidak akan membeli pada kali pertama ke website anda
Orait, cukup dengan Insta Ads.
Selain Insta Ads, Tuan Aulis juga lebih kepada mendedahkan cara eksploitasi Algoritm Instagram, Explore Tabs, SEO Hashtag, dan Tips Panas Proven untuk buat RM2k dalam 2 minggu (berdasarkan case study).
Gerilla Instagram oleh Aulis Uwais
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
1. Konsep Post & Design Kedai Instagram yang menarik | 1. Penyampaian yang kadang kala kurang jelas dan boleh diperbaiki. |
2. "Unfair Advantage" kerana mengeksploitasi Algorithm Instagram (Explore Tab & SEO Hashtag) | 2. Tidak banyak cara naikkan followers yang "highly targeted" (lebih kepada follow tanpa paksaan) |
3. Diajar Instagram Ads secara step-by-step. Sesuai untuk newbie. (juga diajar sedikit advanced) | |
4. Pentingkan jualan pantas | |
Kesimpulan
Walaupun kadang kala penyampaian kurang jelas, namun saya masih faham konsep dan teknik yang disampaikan.
Lain guru lain mazhabnya. Buat cara ini jadi, buat cara itu jadi.
Saya percaya jika follow betul-betul Strategi & Teknik Gerilla IG, orang yang baru dalam bisnes pun boleh buat jualan pantas, inshaAllah.
Apa pandangan anda dengan panduan ini dan review saya?
Kongsikan dengan kami dengan tulis komen di bawah! 🙂