Kepuasan pengguna didahulukan, itulah objektif yang digunakan pihak laman sosial samada Instagram mahukan facebook untuk update algorithm mereka.
Hakikatnya, jika anda ingin terus maju dalam bisnes Instagram anda mestilah bekerja dengan algorithm tersebut bukan menentangnya.
Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana algoritma insta ini berfungsi dengan bisnes instagram anda. Bagaimana kesannya terhadap prestasi posting dan teknik perniagaan instagram yang boleh digunakan untuk beat algorithm tersebut.
Jom selongkar ilmu ini!
6 algorithm yang perlu diketahui untuk bantu bisnes instagram anda .
Bagaimana algorithm ini berfungsi?
Ini adalah misteri yang ramai orang ingin tahu iaitu bagaimana algorithm Instagram ini berfungsi? Walaupun kita tidak tahu bagaimana selok-belok algorithm Instagram ini, tak pernah jadi masalah pun untuk jadikan ia pengalaman bisnes di instagram.
Cuma bila anda tahu fungsi instagram dalam perniagaan, serba sedikit akan membantu bisnes anda.
Menurut jurucakap Instagram, ada 6 faktor yang mempengaruhi algorithm Instagram.
Nak tahu? Teruskan bacaan anda.
1# Berapa engagement yang anda dapat?
Secara umumnya, post dengan engagement yang tinggi seperti like, komen, share, view dan sebagainya akan mendapat kedudukan yang tinggi di Instagram feed. Maksudnya akan lebih ramai orang dapat melihat posting anda di newfeed mereka.
Bila post tersebut menerima banyak like dan komen, ia memberitahu algorithm Instagram bahawa post tersebut adalah yang berkualiti kerana ramai orang ingin melihat post tersebut. Jadi Instagram akan sebarkan post tersebut kepada lebih ramai orang.
Tetapi ia bukan saja berkaitan berapa banyak engagement yang anda terima. Dalam sesetengah keadaan, algorithm istagram sangat peduli tentang berapa cepat posting tersebut terima engagement.
Salah satu anda boleh lihat pada hashtag yang trending di Instagram. Walaupun jumlah engagement yang anda perolehi sangat penting, kepantasan anda mendapat engagement itu juga sesuatu yang perlu diambil kira.
Ini juga alasan kenapa anda perlu mencari waktu sesuai untuk anda buat posting di Instagram. Jika anda post pada waktu yang sesuai, ramai orang dapat melihatnya kerana anda post pada waktu yang mereka aktif melayari Instagram.
Itu akan memberi peluang kepada anda untuk dapat lebih banyak like dengan pantas dimana ia akan tingkatkan posting anda pada algorithm Instagram.
2# Berapa lama orang luangkan masa melihat posting anda
Algorithm Instagram melihat pada jumlah masa diluangkan untuk satu-satu post sebagai kunci untuk meningkatkan posting tersebut.
Jika anda jadikan instagram sebagai platform bisnes, bina caption yang menarik juga adalah sebagai kuncinya. Jika anda memiliki engaging caption, orang akan suka untuk baca atau klik butang “more” dimana ia akan meningkatkan masa mereka dengan post anda.
Ini juga adalah kenapa video atau boomerang miliki prestasi yang baik dengan algorithm Instagram. Kerana ia mengambil masa untuk menontonnya. Lebih-lebih lagi boomerang yang memerlukan kita menontonnya lebih dari sekali.
Slideshow post dengan call-to-action untuk “swipe” untuk lihat lebih banyak juga adalah cara promosi yg efektif di instagram.
3# Kawan, keluarga dan favourite account
Algorithm Instagram sangat bijak. Jika anda kerap engage dengan sesetengah akaun, anda memberitahu Instagram bahawa ada suka dengan konten yang ada pada akaun tersebut. Selepas itu, Instagram akan menunjukkan konten dari akaun tersebut pada feed anda dengan kerap. Pernah laluinya?
Ini adalah kenapa anda sering melihat posting dari kekasih anda pada bahagian atas feed anda, walaupun dia hanya ada 30 follower dan sedikit like pada gambarnya.
Situasi sama juga berlaku kepada mereka yang suka dengan konten akaun bisnes instagram anda. Jika mereka sering komen, like, lihat Instagram stories anda atau save konten anda. Post anda akan banyak keluar di newfeed mereka.
4# Bila gambar anda di post
Faktor lain yang diambil kira oleh algorithm Instagram adalah ketetapan masa post anda. Algoritma Instagram lebih gemar menunjukan posting yang baru dan fresh berbanding yang sudah beberapa hari atau seminggu yang lepas punya post.
Ia bergantung juga pada kekerapan anda melayari Instagram. Jika anda jarang buka Instagram dalam seminggu, anda akan kerap lihat post beberapa hari yang lepas untuk memastikan anda tidak tertinggal post yang lalu.
Secara umumnya, Instagram post pada hari ini adalah lebih lama di dalam newfeed. Sebab itu anda masih boleh melihat post yang di post semalam atau hari sebelumnya.
Baca juga: 5 Tips Premium Berniaga Di Instagram
5# Akaun apakah yang anda cari di ruangan search
Mungkin bunyinya agak remeh, tetapi factor lain yang diambil kira oleh algorithm Instagram adalah akaun yang sering anda cari di ruangan search.
Bila anda mencari spesifik akaun tersebut, Instagram kira bahawa anda suka dengan konten yang diberikan dan Instagram menawarkan lebih banyak konten dari akaun tersebut di feed anda.
susun strategi marketing di instagram anda supaya orang mula mencari akaun anda selepas ini.
6# Berkongsi post di Direct Message(DM)
Walaupun tiada cara untuk ketahui berapa banyak post anda telah dikongsi pada ruangan DM dengan seseorang, Instagram masih boleh ketahuinya.
Apabila anda berkongsi post tersebut dengan orang lain, Instagram mengira ia sebagai satu bentuk engagement dan menganggap anda berminat untuk lihat lebih banyak konten tersebut atau yang seakannya.
Jadi, jika anda mencipta konten yang menarik, konten yang shareable dengan orang lain, post anda boleh perform dengan lebih baik dengan algorithm Instagram.
Moga artikel ini dapat bantu anda untuk faham bagaimana algorith instagram berfungsi dan manipulasikan algorithm tersebut untuk kembangkan bisnes instagram anda.
Selamat Berniaga!