Anda pernah dengar tak jenama Mary Kay?
Saya ini orang bisnes, jadi saya suka kaji business model syarikat lain, terutamanya kalau syarikat itu nampak gah berjaya, dan ada solid revenue tahunan.
Contohnya syarikat Mary Kay, sebuah syarikat direct selling yang menjual barangan kecantikan dan kosmetik.
Menurut kajian saya di Google, revenue Mary Kay pada tahun 2020 adalah 2.8 billion USD. Hebat bukan?
Memang benarlah ia adalah syarikat dari US kerana pemiliknya, Mary Kay Ash juga seorang American. Beliau mengasaskan syarikat ini pada tahun 1963.
Walaupun Mary Kay adalah sebuah syarikat direct selling atau MLM (Multi Level Marketing), tapi apabila saya kaji, FUNNEL atau FLOW yang digunakan adalah sangat menarik kerana ia bukan sahaja untuk dapatkan pembeli malah, menjadikan pembeli menjadi penjual produk Mary Kay.
Kajian ini saya dapat sejak tahun 2017 dan disebabkan itu, mungkin ada perubahan dari segi flow dan harga mereka.
Case study FUNNEL Mary Kay
1. Buat program/kelas belajar make up
2. Kelas PERCUMA atau berbayar serendah RM20
3. Dalam kelas, semuanya produk Mary Kay sahaja
4. Bagi value, tunjuk result depan mata
5. Bagi recommendation (baca=upsell) untuk dapatkan pakej produk
6. Harga RM500/set. Tapi ahli dapat RM200
7. No brainer punya offer. Memang majoriti nak jadi ahli
8. Bila jadi ahli, akan dapat pelbagai insentif kalau turut menjual
9. Dan akan guide untuk buat kelas sendiri dan ikut balik dari Step 1 di atas
Menarik kan funnel ni? Ia sangat proven dan hasilnya, branding menjadi sangat laju dan menjadi buah mulut orang.
Malah baru-baru ini untuk tahun 2022, salah satu sifu underground saya yang kaki kuat MLM pun turut bercerita case studies nya tentang Mary Kay.
Jadi apa pendapat anda? Anda rasa bisnes anda boleh apply tak?
Saya orang Business & Marketing, dan saya suka susun flow bagi nampak kemas dan teratur terutamanya dalam strategi Digital Marketing.
Maklumlah sekarang ini semua sudah ke arah digital dan ramai yang sudah semakin celik.
Jadi rugi kalau anda buat bisnes tapi tak manfaatkan Digital Marketing.
Kalau anda perlukan bantuan saya dan agensi Vennea saya, anda boleh isi borang di sini.
Info penuh agensi saya berserta portfolio dan case studies klien juga boleh dilihat di sini.
Semoga perkongsian saya ini serba sedikit dapat bantu otak anda running untuk sambung berjuang untuk hari esok pula.
Semoga bisnes dan kerjaya anda berjaya dan lebih maju pada tahun 2023!
Anda boleh follow dan support saya di Facebook dan Instagram kerana saya turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Belajar Strategi Video Marketing Dari Syarikat Gergasi : Volvo Trucks