Email marketing adalah salah satu strategi marketing yang memanfaatkan email untuk update promosi atau tujuan marketing lain yang akan direct terus kepada email customer.
Email marketing ini biasanya dihantar secara bulk ataupun pukal. Email ini akan dihantar kepada sejumlah besar database anda dengan sekali email sahaja.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 3 kelebihan email marketing untuk bisnes anda.
1. Tak perlu bayar untuk remarketing
Anda hanya perlu bayar pada awalnya sahaja untuk tarik prospek beri alamat email kepada anda. Tetapi untuk kempen yang seterusnya, anda dah tidak perlu bayar untuk remarketing.
Ini menunjukkan bahawa email marketing memerlukan kos yang lebih rendah berbanding dengan cara lain seperti iklan televisyen atau media cetak untuk reach kepada audience.
2. Boleh pilih target audience
Bila anda dah settingkan aplikasi untuk penghantaran email secara pukal ni, anda boleh pilih untuk menghantar email marketing kepada pelanggan yang anda sasarkan sahaja.
Anda boleh buat pilihan sama ada nak hantar secara berkumpulan atau mengikut lokasi, umur, jenis peniagaan, pendapatan atau sebagainya.
Bukan itu sahaja, ia terpulang kepada anda jika anda nak emailkan kepada pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada.
Ini memudahkan anda untuk menyesuaikan komunikasi dengan pelanggan sesuai dengan keperluan dan minat mereka.
3. Capaian lebih tinggi
Anda boleh dapat open rate sekitar 20%-40% kalau anda jalankan email marketing dengan baik dan berikan content bermanfaat.
Maksudnya, kalau anda hantar 1,000 email, sekurang-kurangnya 200 orang akan baca email tersebut. Anda boleh sampaikan mesej kepada pelanggan hanya dengan klik beberapa butang sahaja.
Dengan semua kelebihan ini, email marketing merupakan salah satu cara marketing yang paling berkesan untuk bisnes anda. Pastikan anda buat senarai email yang tepat, susun mesej yang menarik, dan lihat tindak balas audience untuk tingkatkan keberkesanan strategi marketing anda melalui email.
Anda boleh follow dan support saya di Facebook dan Instagram kerana saya turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 4 Kepentingan Marketing Kepada Bisnes Yang Berjaya