Trend Digital Marketing Tahun 2023

Trend Digital Marketing Tahun 2023

Tahun baru bakal menghampiri dan pastinya business owner sedang bertungkus lumus menggali strategi dan trend digital marketing yang akan kekal relevan untuk diguna pakai tahun 2023.

Jadi untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan antara 5 trend digital marketing yang akan bantu bisnes anda berada jauh di hadapan berbanding pesaing-pesaing anda yang lain untuk tahun 2023!

1. SEO (Search Engine Optimization)

Dalam bahasa mudah SEO adalah teknik yang digunakan supaya website bisnes anda berada di halaman pertama search engine.

Teknik SEO yang terbaik mampu meningkatkan visibility bisnes anda yang berkaitan dengan apa yang orang search di Google. Dengan berada di ranking pertama search engine, website produk atau servis anda akan lebih mudah dicari pengguna.

Jadi, untuk tahun 2023, anda perlu pastikan website anda dioptimumkan dengan baik dan menggunakan keywords yang betul.

Anda juga perlu mencipta content berkualiti yang berkaitan dengan target audience anda.

2. Social Media Marketing

Penggunaan media sosial memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap bisnes.

Kajian menunjukkan bahawa…

“…hampir separuh daripada populasi dunia menggunakan media sosial.”

“Terdapat kira-kira 4.2 bilion pengguna media sosial aktif di seluruh dunia.”

Artikel berkaitan: 20+ Statistik & Fakta Media Sosial Untuk 2022

Untuk hasil yang berkesan, anda perlu jalankan social media marketing secara konsisten. Bermula dengan research tentang audience, menghasilkan content yang menarik sehinggalah menggunakan metrics yang betul.

Antara strategi yang boleh anda lakukan adalah dengan memaparkan berkenaan produk atau servis yang anda jual, testimoni pelanggan, nilai (value) atau budaya di tempat kerja dan sebagainya.

3. Email marketing

Email marketing adalah surat digital kepada orang yang berminat dengan servis atau produk anda.

Kebiasaannya, email marketing digunakan untuk menghantar content bermanfaat (content newsletter), promosi dan juga pengumuman khas dari bisnes anda.

“Email marketing atau pemasaran email adalah alat paling berkuasa yang boleh digunakan oleh usahawan. Pemasaran email boleh membantu dari segi interaksi dan membina kepercayaan dengan prospek atau pelanggan sedia ada anda.”

Artikel berkaitan: 4 Jenis Email Marketing Khas Untuk Usahawan

Jadi, pastikan untuk tahun 2023 anda manfaatkan penggunaan email marketing dalam bisnes anda.

4. Video marketing

Proven strategi digital marketing tahun 2023

Video marketing adalah sangat berkesan untuk kembangkan lagi bisnes anda untuk tahun 2023.

Dengan mencipta video yang berkualiti dan berkaitan dengan target audience anda, anda boleh menarik perhatian bakal pelanggan dan memastikan mereka berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan

5. Podcast

Trend Digital Marketing Tahun 2023

Podcast adalah program yang disediakan dalam format digital yang boleh anda dengar pada masa yang anda mahukan.

Content berbentuk podcast adalah antara content yang semakin menjadi pilihan ramai pengguna.

Podcast adalah content yang memudahkan. Ia membawa informasi yang menarik dan juga memberitahu pendengar tentang informasi yang relevan dengan bisnes anda.

“Pengguna yang mendengar mesej anda di podcast berkemungkinan besar akan bertindak selepas mendengar mesej tersebut. Anda mempunyai banyak peluang untuk berkomunikasi dengan mereka di podcast berbanding dengan media tradisional.”

Artikel berkaitan: 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Podcast Dari Sekarang

Anda perlu gunakan platform ini untuk berkongsi informasi yang bermakna kepada audiens anda. Anda juga perlu pastikan yang content anda adalah relevan dengan bisnes anda.

Jadi kalau anda masih belum merancang strategi digital marketing bisnes anda untuk tahun 2023, inilah masanya! Pastikan anda mulakan tahun 2023 dengan rancangan dan strategi yang jelas.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk gunakan trend digital marketing yang saya kongsikan di atas. Strategi ini merupakan antara strategi digital marketing yang terbukti berkesan pada tahun 2023. Selamat mencuba!

Anda boleh follow dan support saya di Facebook dan Instagram kerana saya turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

1. 4 Kepentingan Marketing Kepada Bisnes Yang Berjaya

2. Berhenti Kerja Untuk Berniaga

3. Panduan Step by Step Mulakan Bisnes Online Tanpa Modal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *