Strategi Jadikan Bisnes Anda Lebih Dipercayai Tahun 2023

Strategi Jadikan Bisnes Anda Lebih Dipercayai Tahun 2023

Apakah yang perlu anda buat untuk jadikan bisnes anda lebih dipercayai untuk tahun 2023?

Anda mesti teringin nak besarkan bisnes yang anda ada sekarang ni. Besar di sini bukan hanya dari segi saiz dan fizikal, tetapi dengan strategi yang kami kongsikan ini, anda pasti mampu tunjukkan bahawa bisnes anda mampu kelihatan ‘established’ dan lebih dipercayai

1. Brand/jenama

Bisnes yang besar kebiasaannya mempunyai satu brand atau jenama yang kukuh.

Branding atau penjenamaan bukan sekadar hanya pada logo dan warna korporat, malah ia melibatkan satu pengalaman tidak langsung pelanggan terhadap produk dan servis anda seperti cara berpakaian, etika menjawab panggilan telefon, etika berkomunikasi melalui e-mel dan sebagainya.

Penjenamaan yang konsisten akan menjadikan syarikat anda dipercayai di mata pengguna. Kebiasaannya, pengguna akan membeli dari jenama yang bereputasi baik dan terkenal. Ada juga pelanggan yang sanggup membayar dengan harga yang mahal sekiranya mereka mempercayai jenama anda.

“Penjenamaan menjadikan syarikat anda rasa nilai dan autoriti. Apabila memutuskan antara dua produk, pengguna adalah 75% lebih cenderung untuk membeli daripada jenama yang mereka kenali. Pengguna berasa lebih selesa membeli dari jenama yang mereka kenali dan percayai, bukannya mengambil peluang daripada jenama yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini.”

Artikel berkaitan: Cara Menjenamakan Perniagaan Anda Dengan Lebih Baik

2. Nama produk/servis

Mencipta nama perniagaan adalah satu tanggungjawab yang besar. Nama sesebuah produk atau servis menentukan hala tuju bisnes anda.

Apabila sesuatu nama digunakan, perkara yang paling susah adalah untuk memastikan pelanggan anda terus memilih dan melakukan pembelian secara berulang.

Pemilihan nama untuk sesebuah bisnes penting untuk kejayaan anda sebagai seorang usahawan.

“The right name can be a brand’s most valuable asset, driving differentiation and speeding acceptance. The wrong name can cost millions … in workarounds and lost income over the lifetime of the brand.”

Artikel berkaitan: Memilih Nama Bisnes Online Yang Sesuai dan Menarik

3. Buat website untuk bisnes anda

Macam mana website boleh bantu jadikan bisnes anda lebih dipercayai untuk tahun 2023?

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya website terutamanya untuk anda yang memerlukan platform online untuk mempromosikan produk.

Walaupun perniagaan anda berskala kecil, namun tiada alasan untuk anda menghasilkan website yang baik untuk rujukan orang ramai.

Sekiranya pelanggan melakukan carian di enjin carian tentang produk dan servis anda, sudah pasti anda ingin memberi tanggapan pertama yang menarik kepada mereka.

4. Bekerjasama dengan syarikat lain

Untuk bisnes anda kelihatan lebih dipercayai, anda boleh lakukan kerjasama dengan syarikat lain. Ia dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli produk atau servis anda.

Kebiasaannya, pelanggan akan memilih syarikat yang biasa untuk berurusan. Ini kerana mereka akan rasa lebih selamat untuk berurusan dengan perniagaan anda.

5. Strategi yang berkesan

Bisnes Lebih Dipercayai Tahun 2023

Strategi perniagaan sangat penting untuk pastikan bisnes anda lebih berkesan dan anda akan lebih bersedia apabila ada masalah yang datang.

Setiap apa yang dilakukan perlu mempunyai strategi. Dengan strategi yang berkesan, anda akan lebih nampak matlamat yang anda ingin capai.

Semoga tahun 2023 ini bisnes anda akan lebih berjaya dan berkembang. Yang penting, jangan takut untuk gagal kerana jatuh bangun dalam bisnes adalah satu perkara biasa.

Anda boleh follow dan support saya di Facebook dan Instagram kerana saya turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

1. Kenapa Peniaga Kecil Perlukan Website Sebagai “Kedai Online”?

2. 5 Tips Premium Berniaga Di Instagram

3. Video Testimoni Membuatkan Bakal Pelanggan Anda Terpukau

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *