Harini saya nak kongsi satu tips iklan di Facebook mengikut masa yang sesuai dan boleh juga diguna pakai untuk media sosial lain seperti Instagram.

Sebab ramai peniaga online yang sibuk promosikan produk mereka di laman sosial tanpa mengira waktu.

Tapi hasil orang yang response masih krik-krik.

Ini terjadi kerana anda tidak menggunakan masa yang sesuai untuk anda post iklan tersebut.

Di media sosial ni ada masa-masa tertentu yang sangat sesuai untuk anda beriklan dan boleh dapat engagement yang tinggi untuk iklan tersebut.

Jadi bilakah masa yang sesuai untuk post iklan tersebut?

 

Berikut adalah tips buat iklan pada waktu yang sesuai di media sosial.

 

  • 8AM – 10AM

waktu ini adalah waktu pelanggan anda ke pejabat, kelas dan sebagainya. Lebih mudah dikatakan mereka di dalam kereta, jalan kaki dan sebagainya.

Tidak sesuai untuk anda menjual pada waktu ini.

Anda boleh post sesuatu yang relax atau iklan soft sell berkaitan produk anda.

Teknik soft-sell ni dilakukan secara halus dan lebih kepada memperkenalkan, rekomen, bercerita dan tak nampak seperti anda menjual pun.

Disini prospek akan mengetahui tentang anda dan kepakaran anda yang boleh membantu masalah prospek.

Takdala prospek anda rasa terganggu dengan post tu kan.

 

  • 12 PM – 2 PM

Waktu rehat tengah hari atau orang keluar dari pejabat untuk berehat.

Masa ini sesuai untuk anda lakukan sedikit hard- sell atau story telling kerana pelanggan anda sedang bersantai dan akan melayari media sosial mereka.

Hard-sell disini anda boleh membuat jualan seperti promosi dan menerangkan secara terperinci tentang produk anda termasuk harga dan sebagainya.

Oleh kerana pada awal  tadi anda sudah buat kaedah soft-sell, dengan kaedah hard-sell ni prospek akan lebih jelas tentang apa yang anda kiaskan dalam soft-sell sebelumnya dengan melihat detail produk tersebut yang mampu membantu mereka.

Kenapa buat hard-sell pada masa ni?

Tak macam memaksa ke?

Kan senang kalau mereka dah tahu detail produk.

Sebab pada masa inilah prospek mempunyai masa untuk membuat bayaran atau pergi ke bank untuk lakukan bayaran.

 

  • 4 PM – 6 PM

Ini adalah waktu kebanyakan orang akan pulang dari tempat kerja.

Masa ini anda boleh lakukan follow-up pelanggan-pelanggan anda tadi.

Kerana sebelum mereka pulang mereka boleh singgah ke bank sebentar untuk membuat bayaran kepada anda.

 

  • 8 PM – 10 PM

Pada masa ini pelanggan anda mungkin banyak masa lapang dan relax.

Masa ini sangat sesuai untuk anda lakukan promosi tentang produk anda kerana engagement yang tinggi adalah pada masa ini.

Kaedah storytelling dan force selling mungkin boleh digunapakai disini.

Storytelling akan menarik perhatian pembaca dan pembeli untuk membaca lanjut berkaitan dengan produk anda.

Jadi anda boleh ceritakan secara santai dan mudah faham untuk membuat prospek anda tertarik untuk habiskan bacaan mereka dan berpotensi menjadi pembeli produk tersebut.

Force selling ialah anda meletakkan tempoh masa tertentu untuk membuatkan prospek bertindak dan bayar dengan kadar segera.

Contoh ayat untuk urgency:

Produk ABC (harga biasa RM100)
Harga Promosi cuma RM50 (terhad 10 unit sahaja)
Promosi dari 10 hingga 11 November 2017.

 

Berikut adalah antara masa-masa yang boleh digunakan untuk promosikan produk anda.

Jangan pernah tinggalkan walau sehari untuk post di media sosial anda.

Kerana pelanggan lebih percaya dengan penjual yang aktif dan lebih yakin untuk membeli dari penjual tersebut.

 

Anda nak memulakan perniagaan online di Facebook?

Tidak mempunyai modal dan  tidak tahu bagaimana nak bermula?

Anda boleh dapatkan  Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal .

Anda akan belajar tentang cara saya mulakan bisnes online dari awal hingga akhir tanpa gunakan sebarang modal di Facebook.

Ebook yang padat serta mudah faham.

Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni.

Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk bermula.

Untuk maklumat lanjut atau ingin dapatkan Ebook tersebut anda boleh ke  http://alfarabishariff.com/case-study-rm1085-farabi/             

Selamat Berniaga!