7 Masalah perniagaan online ini perkara yang sering dilalui oleh mereka yang pertama kali mahu menceburi dunia bisnes atas talian ini.
Ramai melihat pada sudut yang mudah sebelum mereka benar-benar akan menjalankan bisnes online ini.
Setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh para peniaga online membuatkan kita turut ingin mengacapi kejayaan tersebut.
Tetapi itu hanyalah yang dipertontonkan oleh otai bisnes online tu, cerita perit dia siapa yang tahu?
Mesti diingat bahawa untuk peroleh sesuatu kejayaan tiada jalan mudah atau red carpet yang dibentangi untuk mencapai kejayaan itu.
Ini membuatkan sesebuah kejayaan lebih bermakna dan menguatkan kita untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar lagi.
Berikut adalah antara masalah yang sering dihadapi sesiapa yang akan mulakan bisnes online pada hari ini.
1. Idea Produk
Ini masalah yang menyebabkan ramai orang tidak tahu apa yang akan dijual.
Bila anda terlalu memikir hal tersebut ia akan merunsingkan dan makin bercelaru pemikiran kita. Terlalu banyak produk untuk dijual.
Lebih-lebih lagi sering melihat orang menjual produk yang sama. Makin tiada idea dibuatnya.
Baca juga tips ini: 3 Tips Mudah Sebelum Mulakan Bisnes Online
2. Akses Produk
Apabila sudah mempunyai idea tentang sesuatu produk yang hendak dijual.
Datang pula masalah untuk mendapatkan produk tersebut.
Tidak tahu di mana sumber-sumber utama yang dapat membekalkan produk itu dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, masalah mendapatkan barang dengan kuantiti yang diperlukan juga merunsingkan kerana tak semua pembekal boleh menjual barang dengan harga murah dengan belian satu unit sahaja.
Untuk bisnes online, mungkin anda boleh cuba dengan konsep dropship dimana anda hanya perlu promosikan produk tersebut dan mendapat keuntungan dengan setiap jualan tanpa perlu uruskan stok, penghantaran dan sebagainya.
Bab dropship akan diceritakan pada artikel akan datang ya.
3. Tiada Modal
Masalah yang sering dihadapi ramai orang yang ingin mula berniaga ialah tiada modal.
Kerana kita sudah terbiasa dengan mentaliti untuk membuat pinjaman yang besar untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Fikirkan untuk beli stok produk yang banyak, buka sebuah kedai yang besar, mengupah pekerja dan sebagainya.
Hal tersebut akan menyempitkan otak kita untuk memulakan sebuah perniagaan.
Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh memulakan perniagaan online tanpa mengeluarkan sebarang modal pun.
Ingin ketahui rahsianya? Baca artikel ini sehingga habis ya.
4. Takut Mengambil Risiko
Kerana mentaliti kita yang sudah terbiasa untuk kerja makan gaji dan tinggal dalam comfort zone membuatkan kita takut untuk ambil risiko.
Sebahagiannya takut memulakan bisnes online kerana memikirkan segala kesusahan, kesukaran dan risiko yang bakal kita hadapi.
Disebabkan oleh semua ini membuatkan ramai daripada kita lebih memilih untuk bekerja makan gaji dan meneruskan kehidupan seperti kebanyakan orang.
5. Tak Cukup Masa
Kekangan masa juga menjadikan masa sangat berharga terutama sekali buat kita yang bekerja makan gaji.
Kerana masa siang kita telah dihabiskan di tempat kerja.
Itu menyebabkan kita mengalami kekangan masa dan ini tidak termasuk dengan masa yang dihabiskan untuk menempuh kesesakan lalu lintas semasa pergi dan pulang dari tempat kerja.
Jadi bila pula masa untuk keluarga dan diri sendiri kan .
6. Pemasaran Produk
Antara yang majoriti orang yang bermula dalam bisnes online juga akan mengalami masalah ini di mana kita tidak tahu bagaimana untuk memasarkan produk itu.
Pemasaran amat penting dalam bisnes online ni di mana pelanggan hanya akan mengetahui tentang produk kita itu berdasarkan keberkesanan cara kita pasarkan.
Kerana sehebat mana produk tersebut.
Kalau kita tidak tahu cara pemasarannya maka takkan ada orang yang tahu tentang produk tersebut.
Sebab itu penting untuk kita kenali produk yang ingin dijual.
Supaya kita tahu medium manakah yang sesuai untuk produk tersebut sama ada Facebook, Instagram, YouTube dan banyak lagi medium sosial yang boleh digunakan untuk memasarkan produk kita sama ada secara percuma atau berbayar.
Baca juga: Kepentingan Facebook Fanpage Untuk Bisnes Online
7. Tiada Gambaran
Peniaga yang baru ingin memulakan perniagaan tidak mempunyai gambaran atau flow sejelasnya tentang tindakan yang perlu diambil.
Di manakah patut bermula?
Bagaimana nak uruskan stok barang?
Perlu kah membeli produk?
Selepas itu kita hanya habiskan masa untuk berfikir dan tiada tindakan yang diambil untuk mulakan.
Adakah anda juga akan mengalami salah satu masalah di atas?
Itulah lumrah permulaan seorang peniaga online.
Jangan risau, setiap masalah tersebut datang juga dengan solusinya, sebab tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.
Anda nak memulakan bisnes online di Facebook?
Tidak mempunyai modal dan tidak tahu bagaimana untuk bermula?
Inginkan panduan yang lengkap untuk bisnes online di Facebook?
Jika ya, Anda boleh dapatkan Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal .
Anda akan belajar tentang cara saya mulakan bisnes online dari awal hingga akhir tanpa gunakan sebarang modal.
Sudah 552 orang sudah dapatkan Ebook Case Study ni. Sekarang semuanya bergantung pada diri anda untuk mula.
Dapatkan Ebook tersebut disini SEKARANG.
Selamat Berniaga!