cara buat page fb

4 Cara Buat Page FB Terbaik Yang Sering Diabaikan

Kalau anda fokus buat marketing untuk bisnes di FB, mestila ada FB Page kan? Nak-nak kalau yang biasa run ads.

Tapi nak tahu tak, ada beberapa kesilapan pasal FB Page yang biasanya kebanyakan bisnes kecil terlepas pandang.

Kenapa anda kena kisah pasal ni?

Sebab ni semua adalah peluang untuk tarik lebih ramai orang yang berminat dengan bisnes anda. So, kalau andabuat tak endah je pasal ni, memang rugi la.

Sebab tu kali ni saya nak sharecara buat page fb ni.

Make sure anda baca sampai habis okay?

 

Lets check it out!

1. Tak lengkapkan bahagian “About”

cara buat page fb

Cara buat page FB pertama ialah lengkapkan bahagian about. Kebanyakan bisnes kecil selalu terlepas pandang bahagian ni.

Kita ingat orang yang visit FB page kita tak kisah pon pasal ni.

Tapi sebenarnya, kalau anda isikan bahagian ni dengan betul, ia boleh jadi satu function yang sangat powerful.

Sebab orang yang nak tahu pasal bisnes kita kebiasaannya akan tengok bahagian ni.

Kalau anda isi nak taknak je kat bahagian ni, memang rugi lerr

Cara betulkan:

  • Letakkan misi & visi bisnes anda yang related dengan prospek
  • Make sure letakkan details yang paling relevan di bahagian paling atas sebab anda ada masa yang SANGAT SINGKAT untuk dapatkan perhatian prospek
  • Jawab possible question dari prospek (contoh: dah berapa lama anda buat bisnes anda)
  • Letakkan kisah kejayaan and contoh bagaimana anda dah bantu customer/klien
  • Tulis dalam bahasa yang seolah berbual dengan prospek
  • Letakkan juga keyword yang relevan dengan bisnes anda dan yang biasa prospek gunakan

 

2. Post satu jenis konten sahaja

Kebanyakan bisnes kecil hanya fokus pada satu jenis konten sahaja.

Anda kena faham, prospek ni terdiri dari berbagai behavior and preferences. Akan ada orang yang prefer post bergambar, dan sebahagian pulak suka tengok video.

Ada yang suka baca post panjang-panjang, ada jugak yang jenis nak cepat aje.

Cara buat page FB yang betul ialah dengan pelbagaikan konten di FB page anda tu supaya dapat entertain pelbagai behavior prospek.

And bila dah pelbagaikan konten di FB page tu, jangan lupa gunakan fungsi “Facebook Page Insight” (satu lagi fungsi PERCUMA FB yang selalu bisnes kecil buat tak endah) untuk kaji behavior likers page anda.

Tak habis lagi ni, teruskan baca cara buat page FB dengan betul ni okeh.

 

3. Tak gunakan fungsi “Facebook Page Insight

cara buat page fb

Ini lagi satu fungsi yang kebanyakan bisnes kecil terlepas pandang. FB bagi anda semua data ni secara percuma tau so gunakan sebaiknya.

Pernah dengar Pareto Principle atau The 80/20 Rule?

Secara ringkasnya, Pareto Principle ni kata, untuk setiap 80% result yang terhasil, biasanya datang dari 20% sumber je.

Contoh:

Anda ada 5 segmen pelanggan, dan bila anda kaji, 80% jualan anda datang dari 1/5 sahaja segmen pelanggan yang anda ada.

Kalau nak tahu lagi details pasal Pareto Principle, boleh tengok video ni.

KLIK: The 80/20 Principle

So apa kaitan Pareto Principle ni dengan cara buat page FB pulak?

Dengan data dari Facebook Page Insight ni, anda boleh tahu post jenis mana yang audience anda paling engage, waktu bila mereka paling aktif, dan banyak lagi.

So, bila dah analisis semua data tu, korang fokuskan la 80% effort tu pada benda yang sepatutnya.

 

4. Cover photo antara cara buat page fb jadi gempak

Cara buat page FB seterusnya adalah dengan fokuskan juga pada cover photo.

Anggap cover photo ni macam billboard bisnes anda. Ni la peluang untuk cerita secara simple tapi padat pasal bisnes anda pada prospek yang datang melawat page.

Gunakan gambar yang ada impak visual tinggi. Boleh ceritakan juga what & why bisnes anda untuk prospek yang mungkin bakal jadi customer.

 

Berikut adalah 4 cara buat page FB yang ramai peniaga baru abaikan, jadi moga anda gunakan cara tersebut untuk baiki fanpage anda selepas ni.

Kalau rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa share dengan rakan bisnes anda yang lain okay?

 

Nak Berniaga Tanpa Modal?

Anda masih baru dalam dunia bisnes online ni? Perlukan panduan yang mudah untuk anda fahami dan boleh buat tanpa ada teknikal, strategi yang memeningkan?

Jangan risau, saya ada satu panduan yang sangat sesuai untuk anda.

cara buat page fb

Lagi best, anda akan belajar bagaimana Al-Farabi Shariff jana RM1085 dalam tempoh 8 hari saja dengan berniaga di Facebook tanpa sebarang modal pun.

Dan seramai 714+ orang dah download Ebook Case Study ni tau.

Jangan terlepas okeh.

Klik link download dibawah sekarang okay.

Download Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal.

 

Selamat Berniaga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *