Facebook Canvas ialah sebuah tool baru diperkenalkan oleh Facebook bagi membantu mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran. Dengan Facebook Canvas, anda boleh hasilkan sebuah landing page tanpa perlu keluar daripada Facebook. Buat masa ni, iklan Facebook Canvas hanya untuk pengiklanan di mobile placement sahaja.
Sebab Anda Rugi Kalau Tidak Menggunakan Iklan Facebook Canvas
1. Mudah dihasilkan
Facebook Canvas boleh dihasilkan semudah drag and drop sahaja. Anda tidak perlu install plugin, beli domain dan hosting atau memilih theme sesuai untuk landing page. Malah, anda boleh hasilkannya dalam masa yang singkat sahaja. Yang lagi best, Facebook Canvas load dengan sangat pantas, audience tidak perlu menunggu lama.
2. Membuat audience fokus.
Di Facebook, bukan anda sahaja yang membuat pengiklanan tetapi beribu lagi yang melakukan perkara yang sama. Maka, audience tidak akan fokus kepada iklan anda. Tetapi, dengan menggunakan Facebook Canvas, audience dibawa ke landing page khas untuk iklan kita sahaja. Facebook Canvas akan memenuhi ruang pada mobile sepenuhnya supaya audience boleh fokus kepada iklan kita.
3. Mengumpul audience
Dengan adanya Facebook Canvas, anda boleh menapis audience yang anda nak. Mereka yang membuka Canvas anda, sudah tentu adalah target market anda. Maka, anda boleh membuat custom audience mereka yang telah membuka Facebook Canvas anda dan membuat iklan retargeting kepada mereka. Selain itu, anda juga boleh buat lookalike audience mereka yang telah membuka Canvas anda.
Cara Buat Iklan Facebook Canvas
1. Pergi ke page anda dan klik Publishing Tools.
2. Scroll bawah dan klik Instant Experience
3. Klik butang Create
4. Anda akan dibawa ke interface seperti dalam gambar. Klik Open blank template.
5. Pilih komponen yang sesuai. Terdapat komponen gambar, video, text, header, carousel dan butang. Design FB canvas anda mengikut kreativiti anda.
6. Klik save kemudian klik finish.
7. Pergi ke Ads Manager dan create iklan anda. Untuk iklan Facebook Canvas, hanya objektif iklan traffik sahaja boleh digunakan.
8. Setelah selesai membuat targeting dan tentukan bajet di bahagian adset. Pergi ke bahagian Ad. Pilih apa format yang anda nak guna sama ada single image, carousel, video dan sebagainya. Kemudian, klik bahagian existing dan pilih Canvas anda.
9.Tulis copywriting dan pilih gambar. Kemudian, klik Publish.
Kesimpulan
Iklan Facebook Canvas adalah tool yang bagus untuk digunakan semasa beriklan di Facebook. Design Canvas anda seolah-olah anda sedang membina landing page untuk promote produk atau servis anda.