video testimoni

Video Testimoni Membuatkan Bakal Pelanggan Anda Terpukau

Video testimoni adalah bukti yang kukuh menunjukkan produk atau servis anda berkesan. Video testimoni boleh menolak prospek dari fasa consideration ke fasa action dengan lebih pantas.

Lebih-lebih lagi, kalau ada elemen emosi dalam video testimoni. Dalam artikel ini, saya nak share beberapa tips untuk anda merangka video-video testimoni untuk produk atau servis anda.

Yang penting, testimoni tersebut, tidaklah direka-reka semata-mata nak buat video testimoni tu hebat. Tu dah menipu namanya. Takutlah, duit yang kita dapat tak berkat.

Namun nak buat video testimoni ni memang renyah sikit, sebab kita kena involve pelanggan sedia ada untuk kita arrange.

 

Ada yang kita perlu panggil ke HQ kita, ada yang kita perlu pergi ke tempat dia.

Ada yang perlu kita panggil ke studio yang kita sewa.

Namun di zaman pandemik ni, pun boleh kita buat video testimoni dengan temubual mereka secara online sahaja, seperti menggunakan Zoom.

video testimoni

 


Tips Buat Video Testimoni Yang Memukau


1. Jangan guna skrip

video testimoni

Kita kan manusia. Bakal pelanggan pun manusia. Jadi, kita pun tak suka bercakap dengan orang yang “robot”.

Mereka boleh tahu kalau pelanggan yang sedang beri maklum balas itu sedang menggunakan skrip atau tidak. Bakal pelanggan memang tidak suka ditipu.

Biarkan pelanggan tu menggunakan bahasa dan ayat mereka sendiri.

Kita pula bagi guideline sahaja apa yang mereka perlu cakap.

Malah, ayat yang tulus ikhlas dari hati boleh pengaruhi prospek untuk membeli.


2. Tanya soalan yang betul

video testimoni

Atau sediakan guideline yang betul.

Sebenarnya, tiada skrip soalan perlu disediakan kerana kalau kita tanya mengikut skrip, pelanggan pun akan menjawab dengan perasaan tidak selesa atau dengan kata lain tidak santai.

Bagaimanapun, ada guideline untuk soalan ditanya. Dapatkan maklum balas yang boleh pengaruhi prospek untuk membeli dengan bertanyakan soalan ini.

Gunakan 3 formula ini :

a. Pengalaman Sebelum
b. Pengalaman Semasa (menggunakan produk/servis)
c. Pengalaman Selepas

 

Contoh-contoh soalan yang merangkumi “Sebelum/Semasa/Selepas” :

i. Apa masalah yang anda hadapi sebelum ini? (sebelum guna produk)
ii. Apa yang membuatkan anda skeptikal untuk membeli dan akhirnya membeli juga?
iii. Apa yang anda rasa/alami ketika menggunakan produk ini?
iv. Apa kesan yang anda alami selepas mengamalkan produk ini?
v. Kenapa anda masih nak menggunakan produk ini?
vi. Apa saranan kepada prospek yang masih belum membeli?


3. Mulakan Video Testimoni Dengan Ayat Atau Scene Yang Menarik Perhatian Dalam 5 Saat Yang Pertama

video testimoni

5 saat pertama sangat penting dalam menarik perhatian, sama ada dalam apa-apa iklan, apatah lagi video. Kerana 3 saat yang pertama akan decide sama ada penonton nak teruskan tonton atau teruskan scroll.

5 saat pertama juga penting untuk menapis orang yang tepat dan sepatutnya menonton video yang anda buat tu.

Contohnya, dalam keseluruhan video testimoni, mesti ada ayat/scene yang boleh anda gunakan untuk tarik perhatian prospek anda. Guna ayat tersebut pada 5 saat pertama video supaya prospek ada keinginan untuk melihatnya sampai habis. Kalau 3 saat pertama tidak dapat menarik perhatian pelanggan, mana mungkin mereka akan melihat video sampai habis.

4. Jangan rakam video testimoni di tempat yang sama.

tips buat video testimoni

Penonton kurang gemar tonton benda yang statik untuk masa yang lama, kerana ia membuatkan orang cepat bosan atau kehilangan fokus.

Video testimoni boleh dirakam dengan 2 kamera contohnya, untuk pelbagaikan angle. (B-roll)

Selain itu, jika kita ada dua orang untuk ditemubual, rakaman hendaklah dibuat di dua tempat berbeza. Jika tempat yang sama sahaja, bakal pelanggan mungkin akan sedikit skeptikal, apabila merasakan ianya semua dirancang. (Walaupun memang semua strategi ini dirancang, haha!)

 

Jadi Dah Tau Nak Buat Video Testimoni Bagaimana?

Jangan pandang rendah dengan video testimoni. Kesannya untuk mempengaruhi bakal pelanggan sangat kuat, disebabkan ia disampaikan oleh pengguna produk/servis sendiri.

Walaupun agak renyah nak buat, sebab nak kena uruskan perjumpaan dengan pelanggan sedia ada, atau memberikan intensif untuk pelanggan buat video dan hantar pada kita, tapi kesannya takkan mengecewakan kita.

Malah video testimoni terbukti membuatkan mereka terus dari berfikir-fikir lagi kepada fasa nak membeli. 

So jangan lupa amalkan tips di atas untuk rangka video testimoni anda ya?

 

 

Baca juga artikel tentang : Belajar Strategi Video Marketing Dari Syarikat Gergasi : Volvo Trucks

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *