video-marketing-gagal

4 Sebab Video Marketing Gagal Tapi Ramai Orang Yang Buat

Dah spend macam2 untuk buat video. Tapi, masih tak dapat result yang dimahukan. Yang tengok sampai habis pun berapa kerat je. Sedih kan? Jadi, saya nak share sebab video marketing gagal.

sebab video marketing gagal

4 Sebab Video Marketing Gagal


1. Video anda tidak relevan.

Anda buat video, tetapi video tidak focus kepada target market anda. Sebaliknya, focus kepada semua orang. Prospek tidak merasakan bahawa video itu untuk mereka, jadi mereka pun tidak melihatnya. Cuba buat video yang membuatkan prospek berkata, “Video ni untuk aku.”.

Misalnya, anda buat video storytelling tentang seseorang yang mempunyai masalah yang sama dengan prospek anda. Dalam video, anda cerita secara detail masalah yang dihadapi. Kemudian, di akhir video, anda ceritakan bagaimana dia dapat selesaikan masalah tersebut dengan produk atau servis anda.


2. Video terlalu panjang

Bakal pelanggan tidak ada masa untuk lihat video yang begitu panjang. Video anda bukan seperti filem di panggung wayang, video anda adalah iklan yang ditujukan kepada bakal pelanggan. Mereka pun takut nak tengok sampai habis sebab takut data habis. Maksimum durasi video yang sesuai ialah 4 minit.


3. Pemilihan thumbnail yang tidak menarik.

Tugas utama thumbnail adalah membuatkan prospek berhenti scroll newsfeed mereka. Setiap hari, prospek didedahkan dengan ratusan iklan sama ada dari billboard, banner dan banting. Kalau gambar thumbnail anda tak menarik perhatian mereka, mereka takkan lihat video anda. Bila mereka tidak mahu tekan butang play pada video, maka sia-sia duit,masa dan tenaga yang digunakan untuk hasilkan video tersebut.

Sebaik-baiknya guna thumbnail yang boleh mencetuskan curiosity kepada bakal pelanggan untuk tahu apa kandungan video tu.

4. 3 saat pertama video tak menarik

3 saat video pertama adalah penentu mereka akan teruskan tengok video itu sampai habis atau tidak. Semua orang tahu masa itu emas. Kenapa mereka perlu habiskan masa mereka dengan menonton video anda? Solusinya, anda perlu tukar 3 saat pertama video anda dengan sesuatu yang lebih menarik.

Antara ciri yang menyebabkan sebuah drama menjadi pilihan untuk ditonton ialah mereka meletakkan cliffhanger atau sesuatu yang membuatkan bakal pelanggan kata,”Eh, apa yang terjadi seterusnya ye?”.

Kesimpulan

Video marketing adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan untuk bisnes anda. Namun, usah jadikan video marketing anda suatu kegagalan. Gunakan kreativiti anda agar semua video yang anda hasilkan dapat ditonton oleh bakal pelanggan sehingga habis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *