cara buat video

Belajar Strategi Video Marketing Dari Syarikat Gergasi : Volvo Trucks

Huh? Video Marketing susah? Yeke susah. Takkan nak buat Video Viral je kan. Tak tahan lama. Better yang boleh tahan lama.

Sebenarnya senang sahaja nak buat strategi video marketing. Cuma kena rajin belajar dan melihat sekeliling kita. Kali ni saya nak share case study video marketing oleh sebuah brand besar yang dikenali satu dunia.

Bayangkan company menjual lori pun boleh menggunakan video marketing. Haaa, syarikat yang saya maksudkan tu ialah syarikat gergasi Volvo.

video marketing

3 Fasa Penting Dalam Video Marketing Funnel

Untuk pengetahuan anda, Video Marketing Funnel mempunyai 3 fasa yang sangat fundamental dan penting iaitu :


1. Fasa Awareness

– Fasa untuk orang yang tak tahu, menjadi tahu dengan kewujudan anda


2. Fasa Consideration

– Fasa untuk orang mula rasa yang mereka perlukan produk/servis anda


3. Fasa Action

– Fasa untuk membuatkan mereka rasa membuak-buak untuk mendapatkan produk/servis anda dengan segera

 

Baca juga tentang : Sebab Video Marketing Gagal Tapi Ramai Orang Yang Buat

 

1. Fasa Video Marketing #1 : Awareness

Untuk fasa awareness, Volvo menggunakan video experiment yang sangat bahaya. Dalam video itu, seekor hamster digunakan untuk memandu sebuah lori Volvo. Video tersebut menerima jutaan views.

Tetapi, hanya sebilangan kecil sahaja yang menjadi target audience untuk Volvo.

Maklumlah, siapa je yang minat nak beli Volvo Trucks kan? Mestilah syarikat besar yang banyak menggunakan logistik.

Jadi, bilangan kecil inilah yang akan akan dibawa melalui funnel, untuk pergi ke fasa seterusnya.

 

 

Syarikat gergasi Volvo pun mestilah telah membuat research dan kenal benar tentang pelanggan mereka.

Mereka senaraikan apakah sebenarnya masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pemandu lori/trucks. Jadi, sebenarnya, setiap masalah yang disenaraikan boleh menjadi “idea gila” untuk mereka buat khas video tentang masalah itu sahaja, dan apa solusi yang Volvo bawakan.

Jadi mereka pun educate bakal pelanggan mereka, bahawa mereka telah setelkan masalah-masalah besar dan mampu memberikan solusi yang pesaing mereka tak dapat nak berikan. 

 

 

 

2. Fasa Video Marketing #2 : Consideration

Untuk Fasa Consideration, Volvo memberi info-info yang lebih mendalam tentang produk mereka melalui video.

Dalam video ini, Volvo memberitahu ciri-ciri dan kelebihan setiap model lori.

Jadi untuk mereka yang dah nak membeli, apatah lagi benda yang mahal seperti kenderaan, mesti mereka akan buat perbandingan antara pelbagai jenama.

Di sinilah Fasa Consideration memainkan peranan penting dan di sinilah peluang untuk anda tunjukkan, kenapa mereka harus memilih jenama anda! Dan bukannya yang lain.

 

Untuk fasa ini juga, video testimoni daripada syarikat yang konsisten menggunakan lori Volvo juga digunakan. Pelanggan-pelanggan mereka memberitahu pengalaman menggunakan lori Volvo dan kenapa mereka masih menggunakannya.

Video ini memberi social proof dan meningkatkan keyakinan pelanggan berpotensi untuk membeli produk tersebut.

Maklumlah, kita sendiri senang termakan bila kawan kita sendiri recommend tempat makan yang sedap, kita mesti lebih percaya dari kata dan mulut orang ketiga berbanding jenama tu sendiri yang beritahu.

 

 

3. Fasa Video Marketing #3 : Action

Untuk fasa Action, Volvo mengeluarkan video untuk menjawab soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan.

Volvo menceritakan secara terperinci bagaimana automatic traction control mereka berfungsi. Volvo memastikan mereka menjawab semua soalan yang bermain dalam fikiran mereka untuk membuat jualan.

 

Jadi bila semua persoalan telah dijawab, makin mudah seseorang untuk memilih dan membuat keputusan.

Dan jangan lupa, untuk selalu letakkan emosi sebagai kata kunci setiap video.

Ini kerana, orang membeli kerana emosi.

 

Walaupun mereka kata, mereka beli sebab rasional, tapi realitinya tetap melibatkan emosi.

Volvo nak orang guna brand dia untuk pemandunya rasa selamat dengan semua ciri-ciri keselamatan dan teknologi mereka.

Volvo nak orang guna brand dia agar mereka berbangga dengan pesaing-pesaing, staff, dan ahli keluarga mereka.

Semuanya melibatkan emosi kan?

 

 

Tontonlah sendiri video-video yang Volvo buat ni. Ni baru sikit, ada banyak lagi sebenarnya video-video mereka di Youtube.

Bayangkan, semuanya diceritakan dengan jelas secara visual. Puas hati melihat. Dengan semua tips-tips yang diberikan, maka Volvo telah membina kepercayaan dengan bakal pelanggan dan pelanggan mereka yang sedia ada.

Dan yang paling mahal, mereka juga telah memposisikan diri mereka sebagai pakar dalam industri lori (trucks) dan telah menaikkan jenama mereka ke level yang lebih tinggi. 


Senang Je Kan Nak Belajar Strategi Video Marketing 🙂

Jadi bagaimana?

Anda belajar sesuatu?

Sebenarnya nak belajar tentang formula atau teknik cara buat video marketing, paling senang ialah bagaimana syarikat gergasi ni buat video-video mereka.

Dan anda boleh rujuk semuanya di website atau di youtube. 

Senang kan untuk belajar?

Jadi apa lagi, observe dan belajar, dapatkan idea, dan cuba apply mana yang sesuai dan perah otak kita lagi untuk dapatkan kreativiti. 

Akhirnya, anda juga yang paling kenal tentang bisnes, produk dan servis anda kan? 🙂

 

Untuk belajar lebih lanjut, anda boleh tonton video-video mereka di sini : Channel Youtube Volvo Trucks.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *