Sedang orang ramai orang berniaga online sibuk dengan facebook ads, mari kita cuba cara yang lebih tradisional ni pulak. Sebab cara tradisional ni tak perlu keluar modal pengiklanan pun, cukup sekadar rajin saja.
Apakah cara itu?
Caranya ialah dengan berniaga di group facebook.
Ramai orang pernah hasilkan pasif income mereka di Facebook dengan cara begini suatu masa dulu, bahkan sehingga harini masih ada yang terus dengan cara ini.
Bukan ketinggalan, Cuma hasilnya setimpal lah dengan free cost marketing tu kan?hehe
Saya tidak cakap dengan berniaga online cara ni anda boleh jana sales sampai 4 angka, tapi belum cuba belum tahu kan?
Mungkin cara begini sesuai untuk anda yang baru mulakan bisnes online, bisnes dropship dan sesiapa yang belum mampu spend duit untuk pengiklanan.
Nak tahu caranya? Teruskan baca ya.
Berikut 4 Cara mudah menjual di group Facebook dengan “Zero Modal”.
1# Produk yang tinggi permintaan
Dalam Facebook, jika anda meawarkan produk atau servis yang tinggi permintaannya, makan ia akan mudahkan kerja menjual anda.
Kerana facebook merupakan medium yang sesuai untuk berniaga online dan jual produk yang sukar didapati pada kedai-kedai diluar. Ia akan menjadi kelebihan buat anda jika anda jumpa produk tersebut.
Bagaimana nak tahu produk tu ada demand di facebook?
Anda boleh riki (selidik) posting menjual yang tinggi engagementnya seperti like, komen dan share. Lihat pada komen orang pada produk tersebut, jika ramai yang minat maknanya produk tersebut ada potensi yang besar dalam pasaran.
Jadi anda dah boleh mula cari supplier produk tersebut dan mula susun strategi untuk menjualnya di Facebook.
2# Cari group yang sesuai dengan produk untuk berniaga online
Selepas anda dah menemui produk yang nak dijual, anda mesti tahu lubuk mana yang sesuai dengan produk tersebut untuk anda mula berniaga secara online.
Dan anda boleh mula senaraikan nama group-group di facebook yang sesuai dengan produk tersebut.
Anda perlu tahu setiap group di facebook, kerana setiap penghuninya berbeza tujuan, minat dan citarasa. Adakah ia prospek yang anda cari?
Sebagai contoh anda menjual barang motor, adakah sesuai menjual di group lubuk tudung?
Pada saya mungkin tidak sesuai.
Group kelab motosikal, group sparepart motor mungkin lebih sesuai untuk produk anda.
Sekarang anda perlu senaraikan beberapa group yang aktif dan sesuai dengan produk atau servis yang anda tawarkan.
3# Buat Copywriting santai
People like to buy but they hate to be sold
Lebih-lebih lagi dalam group, terlalu ramai orang menjual dan mungkin group sangat banyak dengan informasi.
Dari sini anda boleh cuba untuk buat soft-sell saja, iaitu menjual tanpa nampak anda menjual.
Kongsikan tips berkenaan, info, cerita testimoni dan apa saja yang sesuai dengan produk atau servis anda tawarkan.
Dari sini anda sudah membina kepercayaan dan authority bahawa anda pakar dalam menyelesaikan masalah prospek kelak.
4# Post pada masa orang aktif
Anda kena tahu yang anda berinteraksi dengan manusia bila berniaga online ni. Jika anda juga ada waktu tidur, waktu bekerja dan sebagainya.
Begitu juga dengan prospek anda.
Sebab itu penting untuk ketahui waktu orang aktif dalam group tersebut supaya anda dapat engagement yang baik untuk setiap posting anda.
Bukan sekadar itu, lebih ramai orang melihat post tersebut maka lebih besarlah peluang untuk terjual produk tersebut.
Kebiasaan waktu aktifnya ialah pada lunch hour dan waktu petang selepas orang pulang bekerja.
Baca Juga: Tahukah Bila Masa Sesuai Untuk Beriklan Di Facebook?
Itulah serba sedikit tips dan cara yang anda boleh gunakan untuk berbisnes secara free cost marketing di facebook.
Berniaga cara ni perlukan kerajinan dan konsisten yang maksimum untuk nampak hasilnya.
Nak Berniaga Tanpa Modal?
Anda masih baru dalam dunia bisnes online ni? Perlukan panduan yang mudah untuk anda fahami dan boleh buat tanpa ada teknikal, strategi yang memeningkan?
Jangan risau, saya ada satu panduan yang sangat sesuai untuk anda.
Lagi best, anda akan belajar bagaimana Al-Farabi Shariff jana RM1085 dalam tempoh 8 hari dengan berniaga di Facebook tanpa sebarang modal pun.
Dan seramai 714+ orang dah dapatkan Ebook Case Study ni tau.
Berminat?
Klik link download dibawah sekarang okay.
Download Ebook Case Study: Bagaimana Saya Buat RM1085 Yang Pertama Dalam 8 Hari Tanpa Modal.
Selamat Berniaga!